Ci:bu 49 (Tamat)

9.7K 106 37
                                    

'Wah! Nampak sepadan.. Semoga dipercepatkan jodoh antara awak berdua!'💕💕

Aku mendapat mesej whatsapp berserta gambar antara aku dengan Safiyya daripada Huda. Gambar tersebut kenangan manis adalah semasa percutian di Phuket. Aku dapat mengagak bahawa dia memperolehi gambar tersebut dari Instagram milikku. Mungkinkah selama ini dia telah mengikuti aku secara diam? Aku tersenyum sendirian sedangkan pada waktu ini aku telah terpisah dengan Safiyya.

"Weh, cepatlah sikit..terhegeh-hegeh!! Karang terlambat sampai rumah papa. Kalau aku tak datang jemput kau..memang kau takkan pergi jumpa papa kan!" Laung Kak Lin yang sedang menyandar di sebelah kereta Mercedes. Aku menjeling tanda protes- kadang-kala mulutnya boleh memekakkan telinga aku. Malam ini, penampilan Kak Lin 100% berbeza- bergaya muslimah.

Kereta yang dipandu Abang Amar memasuki perkarangan sebuah rumah banglo yang cukup asing bagiku. "Ni rumah baru papa ke?" soalku walaupun terasa sedikit dungu. "Nampak sangat tak pernah datang sini. Ini rumah papa dan umi. Dah, jangan banyak soal..mari jumpa papa ..Dia dah lama tunggu kau! " Bebel Kak Lin lagi.

"Umi?... Oh.. isteri muda papa kan?" Aku menyoal untuk kepastian. Kak Lin membalas dengan satu jelingan yang tajam. Abang Amar hanya tergelak kecil dengan perlakuan isterinya yang garang macam apa entah.

Aku semacam canggung untuk memasuki ke dalam ruang tamu- pada masa yang sama, hatiku terpalit kerinduan. Tentu papa amat bahagia sekarang bersama isteri muda. Tetapi mama? Arghhhh..

"Hariz... papa dah lama tunggu Hariz datang ke sini." Seorang wanita berumur pertengahan 30 an muncul dari dalam rumah dan terus menyapaku.

Aku tergamam- Kak Lin masih sempat menyiku lenganku. Pantas aku melarikan pandangan mata yang tertancap pada wanita yang berjubah dan bertudung serba biru yang mempunyai raut wajah yang tenang dan menawan.

"Umi, mana Heykal? Geram nak dengar mulut becok dia." Kak Lin meluru bersalam dengan wanita yang dipanggil umi. Oh! Dialah isteri muda papa. Cantik!

"Masuklah Hariz... kenapa dok tercegat kat luar.. Kat sini takde siapa yang berani pukul Hariz sampai masud wad lagi." Tegur papa yang kelihatan segak berbaju melayu. Teguran sinis darinya membuatkan umi menghadiahkan cubitan pada lengan kirinya.

Kami bertiga melangkah memasuki ke dalam ruang rumah. Seketika kemudian Umi beredar meninggalkan kami berempat yang duduk di sofa.

"Ada beberapa perkara yang papa nak bincang dengan kamu semua ni. Dah lama papa bercadang nak bagitahu kamu.. Tapi papa tahu kamu masing-masing sibuk.. dan kamu Hariz, langsung tak dengar khabar berita sampai masuk hospital tak bagitahu kami.. Nasib baik kawan papa yang bagitahu." kata-kata papa bagaikan menusuk jantungku. Aku hanya diam mendengar walaupun hati ini meronta untuk membalas kata-katanya. Kak Lin dan Abang Amar hanya berbalas pandangan sesama sendiri.

"Perkara pertama papa nak beritahu pada hujung tahun ni.. papa, mama, Lin dan Amar akan menunaikan ibadah umrah.. Kalau Hariz nak ikut serta.. papa boleh uruskan?" Papa merenung ke arahku.

"Err.. papa pergilah dahulu.. Hariz tak sampai seru lagi... Ermm.. mama ada ke kat sini?" Mataku melilau mencari kelibat mama yang tidak kelihatan. Dan aku memang tahu akan jawapan akan soalan aku itu.

"Mama tu... memang papa akan ajak dia sama ke Mekah... cuma.." Kelihatan papa mengeluh panjang. Aku menanti bicara selanjutnya yang keluar dari mulut papa. Abang Amar seperti gelisah dan seakan ingin beredar dari ruang tamu- dia berlakon untuk menjawab telefon. Aku beranggapan bahawa Abang Amar sedikit kekok apabila papa ingin berbicara soal keluarga kami.

"Duduk dulu Amar.. Amar dah jadi keluarga ini.. papa sendiri malu pada Amar.. tak mengapalah.. Papa dulu banyak buat silap.. Papa terlalu kejar kekayaan dan kemewahan dunia hingga terlupa pada keluarga sendiri. Amar juga suami dan InsyaAllah akan jadi seorang ayah.. begitu juga Hariz.. dan Lin sebagai seorang isteri perlu patuh pada suami selagi tidak melanggar hukum agama.." tutur papa sekali lagi terhenti. Dia merenung setiap wajah yang duduk bersama di ruang tamu ini.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now