Ci:bu 15

7.4K 62 1
                                    

AKU tersenyum sendirian apabila mengenang kembali pertemuan yang tidak diduga bersama Safiyya. Gadis itu yang dahulu agak chubby kini berubah sedikit kurus dan mempesonakan. dia semakin bijak bergaya dengan rambutnya telah diwarnakan dan berpakaian yang agak ketat dan seksi. Penampilan Safiyya seolah-olah mencabar nafsu lelaki yang mula memberontak.

Setelah pertemuan di gymnasium tempoh hari, kami sempat meluangkan masa untuk tea time walaupun hanya sekali sahaja. Kami berborak tentang kisah-kisah lampau semasa di alam universiti. Safiyya agak becok apabila berbicara dan yang paling ketara sikapnya yang mengada-ngada semakin menjadi-jadi. Beberapa kali bahu dan lenganku diusap dan dicubitnya.

Walaubagaimanapun, Safiyya tidak mengungkit dan bercerita berkenaan Riena. Mungkin dia ingin menjaga perasaanku yang telah terluka dek perbuatan teman baiknya..ataupun bekas teman baiknya. Menurutnya selepas berita Riena berkahwin , mereka berdua sudah tidak berhubung lagi.

Disebalik pertemuan dengan Safiyya, aku ada tercari-cari kelibat gadis misteri. Memang sekilas pandang wajah gadis misteri itu saling tak tumpah seperti Nurul Huda. Ya.. bayangan wajah Nurul Huda tidak lekang dari memori benakku malah seperti dirinya masih terbayang-bayang di ruang mataku. Aku merindui seseorang yang mungkin sudah melupakan akan diriku.

*********

"Okay..abang balik sekarang!" kedengaran suara teman serumahku, Sulaiman dari sebalik pintu bilikku. Aku bingkas bangun dari pembaringan lalu menapak keluar dari bilikku. Kelihatan Sulaiman mundar-mandir di ruang tamu rumah.

"Eh..kau kenapa ni aku tengok macam ada masalah." aku menegur Sulaiman yang terduduk di sofa.

"Aku dapat call dari adik aku... dia bagitau mak aku jatuh sakit." ujar Sulaiman sedikit sugul.

"Habis tu. takkan kau tak nak balik kampung tengok keadaan mak kau?"

"Ikut hati aku nak balik malam ni juga..tapi malang betul, kereta aku masih kat bengkel."

"Begini bro, aku rasa sempat lagi kau naik flight petang ni.. Cuba kau check tiket flight ke Johor Bharu dari Subang Airport." Aku memberi cadangan sambil berkira-kira jarak apartment kami dari Subang Airport hanya mengambil masa lebih kurang 15-20minit sahaja.

"Last flight ke JB , jam 8:35 malam. Sempat tak kalau aku pergi."

"Kau pergi siap apa patut... kita gerak sekarang." aku menggesa Sulaiman sambil melihat jam di tanganku yang menghampiri angka 6.35 petang.

Dalam kelam-kabut, Sulaiman menggalas beg sandang lalu tergesa-gesa keluar dari unit apartment kami. Aku turut sama sambil melihat riak wajahnya yang penuh kegusaran.

"Mak aku ada penyakit jantung, bro... Ayah aku dah lama meninggal. Dia dengan adik perempuan aku aja yang ada kat kampung. Abang aku yang sorang tu ada di Penang." tutur Sulaiman ketika kami mula memasuki perut keretaku.

"Sabar bro, banyak istighfar, InsyaAllah mak kau kembali sihat.. Jangan fikir yang bukan-bukan." aku cuba menenangkan Sulaiman yang semakin resah.

Aku memecut kereta melunsuri jalan raya dan menghala ke Terminal Lapangan Terbang Subang. Nasib baik keadaan trafik pada petang ini tidak terlalu sesak walaupun kenderaan masih lagi bersimpang-siur.

Mujurlah perjalanan kami agak lancar ke destinasi, aku sempat menjeling ke dashboard kereta yang baru dibeli kira-kira sebulan yang lalu. Walaupun kereta secondhand kira sesuai dengan kemampuan aku yang baru menempuhi alam pekerjaan.

"Man, aku drop kau kat sini dahulu.. sementara aku cari parking..kau terus lari pergi kaunter tiket." Aku berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ruang departure. Kelihatan seorang pengawal keselamatan terkocoh-kocoh berlari ke arah keretaku sambil menghayunkan tangan ke depan. Iyalah.. aku nak blah la ni boss!! Aku sekadar menjerit di dalam kereta tanpa menurunkan tingkap.

Cinta ButaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang