Ci:bu 13

7.4K 58 3
                                    

PETANG ini, sudah tiga minggu aku putus secara rasmi dengan Nurul Huda.. tapi, sepanjang tiga minggu ni.. skuterku melabuh di bawah teduh sebatang pokok yang tinggi ini. Hanya jarak 15 meter sahaja... namun seperti 500 km jauhnya,- antara aku dan dia.

"Hai pokok.. mungkin ini kali terakhir aku menumpang teduh di bawah rimbunan mu... namun terlalu berat hatiku untuk meninggalkan kamu pokok," aku bagaikan si gila yang bercakap dengan pokok yang aku tak tahu namanya... ahhh.. aku panggil pokok ini Pokok Naungan Rindu.. hahahah... boleh tak Jabatan Perhutanan bagi nama pada pokok ni sempena kegilaan aku ini?

Mengikut perkiraan aku sendiri, mungkin dia akan melangsungkan pertunangna dengan pilihan hatinya pada minggu hadapan...ahhhhh... mengingatkan itu hatiku semakin perit, pedih dan sengsara. Gila... aku tak pernah merana sebegini dek penangan putus cinta. Bodoh tak aku!!

Dari jarak 50m aku perhatikan, langsir di sebalik tingkap nako bergerak-gerak.. Aku yakin ada seseorang memerhatikan diriku dari rumah itu. Biarlah... biarlah aku menjadi penunggu di bawah pokok ini....

"Woiii...kau buat apa kat sini!! Blah lah wei.. Orang dah tak ingin!!..Kalau dia nakkan kau tentu dia keluar dari rumah tu dan datang ke mari jumpa kau!!" suara halimunan kembali berbisik ke telingaku...

Dengan berat hati aku menghidupkan skuter kesayanganku..biarlah motor ini menjadi kekasihku buat masa ini. Destinasi yang dituju adalah ke Tambatan DiRaja... satu-satu tempat yang mendamaikan jiwaku..

"Gu... guano ari ni... demo masih gi melawat kawase lagi ko?" soal Pojie sambil menghembuskan asap rokok Surya ke udara.

'Melawat kawasan'? hahaha... dia tahu aku sering ke halaman rumah Nurul Huda... Aku mengangguk perlahan.

"Bo bo gi la wehh.. doh oghe toksey ko demo.. tok guna dok gilo baye soghe.. belana kokna oghe tino comey-comey di Kota Bharu.. kalu demo perit dengan tino KB.. Pasir Puteh ada.. Pasir Mas pun tino comey-comey serupo Mek Na tu.." tutur Pojie sambil menyiku lengan kekasihnya.

"Tapi gakkk.. kalu demo nok ngejah Mek Na.. kawe tohok demo dale sungai tu.. Relo putus saeng gu!!" sambung Pojie sambil tergelak.. aku tahu dalam bergurau dia juga serius. Sayang benar dia kepada Mek Na.

Sekilas aku memandang wajah Mek Na.. beruntung Mek Na ada lelaki yang sanggup menjaganya sepenuh hati. Aku berdoa semoga Mek Na tetap setia pada Pojie.. Apa istimewa Mek Na ini.. Aku akui Mek Na cantik. Oghe Kelate kata comey lotey. Dress up yang up to date. Pandai menghias diri cuma agak seksi sikit. Percakapan sangat lembut dan mendayu-dayu. Tak hairanlah Pojie boleh jatuh kepada Mek Na. Bagaimana pula Mek Na boleh jatuh hati dengan Pojie ni.. seorang mat rempit yang kebanyakan masyarakat tidak peduli. Malah dicop sebagai samseng jalanan. Namun aku pasti mungkin ada sesuatu yang istimewa yang wujud di dalam diri mereka berdua. Naluri hatiku berkata mereka adalah orang yang baik-baik cuma disalahtafsir oleh orang macam aku.

"Takkan aku nak ngorat Mek Na pulak... Hari tu, Mek Na janji nak kenalkan pada kawan-kawan dia.. satu haram pun tak de pun." aku tersengih

"Laaa.. ari tu oghe nok adjust dio denga Farah ..dio jual mahal.. pastu Linda pun dio toksey!" tingkah Mek Na sambil menjuihkan bibirnya yang nipis. Sesekali dia mengelus rambutnya yang berwarna perang yang berjuraian di pipinya.

"Doh Na wat maghi oghe tino seksi-seksi.. gu kito ni berehi tino ala-ala ustazah..." sampuk Pojie.

"Doh hok gitu saeng-saeng oghe... Oghe mana saeng denga sep-sep ustajah nih... panas telingo kena ceramah dan tazkirah." Mek Na tergelak kuat.

Aku menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka berdua. Kadang-kala dapat menghiburkan hatiku yang gundah. Perkenalan tempoh hari membuatkan aku semakin selesa untuk bersahabat dengan mereka berdua. Ada sesekali Pojie membawaku untuk berkenalan dengan rakan-rakan mereka. Kebanyakan mereka adalah mat-mat motor di sekitar bandar ini.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now