Ci:bu 36

5K 65 6
                                    

Aku cuba melepaskan pelukan hangat dari Safiyya. Bukan aku tak sudi, malah aku teramat seronok dipeluk oleh gadis secantik Safiyya. Namun, hatiku bagaikan terhalang dengan sisa cinta yang masih lagi berbekas.

"Hei Fiya!! What is going on? Kenapa dengan you ni?" Aku mengelus lembut akan rambutnya.

"Hariz, I'm sorry!" Suaranya mendayu dan perlahan namun masih lagi mampu menerobos gegendang telingaku. Dia memeluk erat tubuhku dengan menyandarkan kepalanya ke bahuku.

Bohong sekiranya aku mengatakan tatkala ini aku tidak bernafsu terhadap gadis ini. Malah haruman tubuhnya telah mengoncangkan jiwaku. Bohonglah jika aku mengatakan aku tidak terangsang ketika ini. Sedangkan segala lekuk tubuhnya kini berada di dalam dakapanku. Mungkin menunggu masa untuk aku menakluk tubuh ini walaupun aku masih belum tega melakukannya. Setelah jiwaku telah hancur berkecai dikecewakan Huda. Aku perlukan cinta untuk melakukan asmara. Sayangnya perasaan cinta itu masih belum wujud terhadap Safiyya. Ya.. cinta membuatkan aku tertarik pada Huda. Hinggakan aku kemaruk terhadap tubuhnya. Tetapi Huda tidak pernah menyintaiku.

Aku bagaikan dilamun khayalan ketika ini -perasaanku masih bercampur-baur. Aku mendongakkan dagu Safiyya sedikit ke atas.

Dengan sedikit keberanian, aku memagut bibirnya. Bibir kami mula bertangkup. Ciuman separa ghairah itu berlangsung hanya beberapa detik. Akhirnya kucupan terlerai setelah Safiyya menepuk dadaku sebanyak tiga kali. Itu membuatkan aku tersedar dari terus hanyut dibadai gelora asmara.

"Uhh, maaf Fiya. I tak bermaksud..." Aku mengalihkan bibir serentak dengan melepaskan pelukan tubuh Safiyya. Aku juga mencuba menyingkirkan 'rasa' yang makin panas berbahang yang merajai lubuk nafsu di ketika ini.

Aku melihat wajahnya yang tersipu-sipu disebalik kesamatan cahaya neon. Kelihatan timbul rona merah pada kedua-dua belah pipinya yang gebu. Di tunduk mengalihkan wajahnya dari terus ditatap oleh mataku. Alaa... comel pula Safiyya bila kelihatan tersipu malu. Satu ekspresi wajah yang membuatkan aku bertambah geram. Sebentar tadi Safiyya bersikap ganas dan garang seperti singa dan sekilas boleh berubah bagaikan kucing parsi yang manja.

Aku hanya tersenyum memerhatikan riak wajah Safiyya yang berubah rona- agaknya dia juga tidak menyangka bahawa aku tergamak untuk menciumnya.

"Tak sangka!" Ujarku sambil menguntum satu senyuman.

"Apa yang tak sangka?" balas Safiyya. Dia mengerutkan dahinya.

"Iyerlah... tak sangka sampai dua orang sekaligus you belasah dalam satu masa." Aku mengusiknya.

Dia menutup wajahnya dengan kedua belah telapak tangannya. Tanpa mendapatkan sebarang jawapan aku terus menghidupkan enjin kereta milik Safiyya dan terus keluar dari tempat parkir.

"Kenapa you tendang mamat tadi?" soalku. Aku mengangkat sebelah kening.

"Hurm... You nak tahu kenapa? Sebab dua-dua orang manusia tu membuatkan I geram dan sakit hati."

"Lelaki tadi nak ngorat you kan? I tengok dia pun handsome... You tak berminat?" Aku cuba menduga.

"Kalau handsome tapi pervert pun tak guna. Benci!!" cebik Safiyya.

"Pervert?! Mungkin dia terlalu meminati you... Tu sampai dia juga naik geram kat you."

"Mamat tadi gila kot. I pun tak pernah kenal dengan mamat tu. Senang-senang nak pegang-pegang. Dia ingat I ni apa!!" suaranya sedikit tinggi.

"Kalau I pegang-pegang you, tentu you tuduh I pervert juga kan?" aku semakin ingin menduganya.

"Kalau berani.. Peganglah!! You pilih nak rasa penumbuk atau flyingkick?" Safiyya membuat mimik wajah seperti seorang samseng sambil menunjukkan tanganya yang dikepal-kepal.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now