Ci:bu 39

5K 64 2
                                    

AKU memandu melewati deretan rumah teres sehingga ke unit terakhir. Dalam masa yang sama mataku memandang ke arah rumah auntie kepada Huda yang terletak di kedudukan tiga unit yang terakhir. Lampu porch menyala cuma tiada sebarang kenderaan berada di dalamnya.

Aku berhenti di seberang lorong dan tidak jauh dari deretan rumah teres dua tingkat itu. Selepas pastikan bahawa aku memarkir kereta dengan betul, aku membuat satu panggilan telefon untuk memaklumkan bahawa aku telah berada di hadapan rumah ini.

Aku membuat keputusan untuk menunggu kedatangan Huda dari dalam kereta sahaja. Jam pada dashboard menunjukkan angka 8.59 malam. Menanti kelibat Nurul Huda dengan debaran di dalam dada. Walaupun benak ini dipenuhi dengan pelbagai soalan yang masih gagal dirungkaikan lagi. Paling penting aku teramat ingin tahu status pertunangan yang digembar-gemburkan yang menyebabkan perpisahan ini terjadi. Begitu juga dengan perasaannya terhadapku.. Sekiranya dia enggan untuk menjawab maka terpaksalah aku berdiam diri lagi. Pada masa yang sama, aku perlu mengawal rasa yang kian mencengkam jiwa. Rasa yang menjurus pada kehendak batin yang meruap.

Dari cermin pandang belakang, aku melihat sosok tubuh gadis genit itu menghayunkan langkah kaki. Cara berjalan seperti itik pulang ke sarang. Mana bisa lelaki tidak tergoda dengan lenggok tubuh yang santai berlenggang. Masa mungkin tidak terkocak nafsu bila memandang akan wajahnya yang selembut sutera.

"Dah lama tunggu?" Huda mungkin berbasa-basi setelah melabuh punggung di sebelahku. Sempat mataku menangkap bentuk punggungnya yang semakin bulat dan montok. malam ini, dia mengenakan blouse berlengan panjang, dan berskirt satin yang labuh. Kalau ikutkan kehendak hati, aku ingin melihat Huda berkebaya atau berbaju kurung seperti di sekolah.

"Huda dah makan?"

"Belum." balas Huda sambil meletakkan beg sandang ke belakang. Pelik! Dia membawa handbag tetapi beg sandang. Barang apa pula minah ni bawa?

"Kita nak ke mana?" Aku melihat ke arah buah dadanya yang dilindungi tudung semasa dia memusingkan badan. Walaupun sedetik, namun mataku terlalu alert ke arah itu.

"Terpulang pada Hariz.. Ini tempat Hariz. So, Huda ikut sahaja. Tetapi Huda ingin tengok KLCC pada waktu malam boleh tak?"

"Demi Huda, bukan setakat KLCC.. ke bulan Hariz sanggup bawa juga." Aku cuba meraih tangannya tetapi hampa. Cepat-cepat dia melarikan tangan yang berada di atas gear kereta.

"Kalau begitu bawa Huda ke bulan malam ni."

"Boleh.. kita berbulan madu malam ni ye!" Tuturku selamba.

"Nakal!...tak habis-habis.." Sepitan jarinya mendarat pada lenganku. Aku tersengih. Harap umpan kali ini mengena pula. Huda memuncungkan bibirnya.

"Kenapa muncung tu.. karang nak kena cium kan!" aku semakin galak menyakat. Perangai hantu kembali menjelma.

"Dahlah... awak drive kereta elok-elok. Jangan nak menggatal tak tentu pasal. Kalau nakal-nakal, saya turun dari kereta." Huda membebel pendek. Main ugut-ugut pula.

*****

Usai menjamu hidangan dia sebuah restoren cina muslim di Ampang, aku membawa Huda bersiar-siar menikmati panorama malam di sekitar Kuala Lumpur. Melalui jalanraya yang masih lagi hiruk-pikuk dengan pelbagai kenderaan. Dari Dataran Merdeka menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman kemudian berlegar-legar di kawasan Bukit Bintang dan akhir sekali ke Menara Berkembar Petronas yang utuh menjadi mercu tanda bandaraya kosmopolitan ini.

"Awak bawa apa dalam beg sandang tu, mana handbag awak?" soalku apabila kami berdua berdiri bersandar di sisi kereta sambil menikmat panorama bangunan berkembar yang tertinggi di dunia ini.

"Pakaian saya sehelai dua.." ujarnya tanpa melihat padaku.

"Kenapa bawa baju. Huda nak pergi mana malam ni?" Soalku kehairanan manakala Huda masih lagi memandang KLCC. Seperti termenung. Entah apa yang bermain di benaknya di kala ini. Sukar untukku meneka.

Cinta ButaOnde histórias criam vida. Descubra agora