Ci:bu 23

6.2K 50 4
                                    

"Morning sayang!!!" suara itu membuatkan mataku terbeliak.

"Hei... you buat apa kat sini?" Aku bingkas bangkit dari katil- terkejut dengan keberadaan Safiyya yang terlentok di sebelahku.

"Eeeiii.. you ni kan.. tak senonoh!!" Saffiya memuncungkan bibirku ke arahku.

"Kenapa ?" aku tercengang kehairanan dengan reaksi Safiyya.

"Tu... apa yang terbonjol tu?" Safiyya menekup matanya dengan tapak tangannya. Manakala tangan kirinya menunjukkan pada seluar Bermuda yang dipakaiku. Alamak!!! Boleh pulak benda alah ni tegang. Aku tersengih-sengih. Padan muka Safiyya. Siapa suruh kacau aku pagi-pagi begini.

"Dah!! You pergi masuk bilik you... Karang tak pasal-pasal benda ni terbang!" Giliran aku pula mengusik Safiyya. Dengan pantas Safiyya melontar sebiji bantal ke tubuhku.

"Woi, apa bising-bising ni. I nak tidur pun tak senang," Chad bangkit sambil menggosok-gosok matanya. Pandangan matanya memusatkan pada tubuhku dan berkalih pada Safiyya.

Aku lihat Safiyya yang berpakaian pijama separas lutut melompat turus dari katil. Rambutnya yang panjang mengurai dicekak dan disanggulkan. Wajahnya begitu polos suci tanpa calitan solekan. Aku terpaksa mengakui bahawa Safiyya juga cukup cantik dan menawan.. Cuma sikapnya yang tergedik-gedik membuatkan aku meluat.. eh bukan. Aku tak selesa dengan sikapnya yang mengada-ngada.

"Teruk betul you mengigau ye.. I rasa you ada masalah kan Hariz." Bisik Safiyya padaku kemudian berlalu pergi. Argh!!! Adakah dia tahu?

"Chad.. kau yang benarkan Safiyya masuk?" Aku memadang ke arah Chad yang masih lagi mamai.

"Malam tadi, dia nak masuk.. Aku malas nak larang." Chad sekadar mengangkat bahu dan kembali tidur. Langsung tak boleh harap mamat ni!!

"Hariz, Saffiya tu awek you ke?" soal Chad ketika kami mengambil makanan untuk bersarapan yang dihidangkan secara buffet di café hotel.

"We are just friend!"

"Okay fine... siapa Huda?" Soalan Chad membuatkan aku terkejut. Sah!! Aku mengigau sampai terkeluar nama Huda pada malam tadi.

"Chad, kau ada apa-apa ke dengan Sandra. Aku tengok kau bukan main berkepit dengan dia." Aku mengubah topik. Aku tak berminat untuk bercerita mengenai Huda kepada Chad.

"Hei youuuu... I tak minat lah dengan pompuan camtu.. Dia tu kasar.. I tak minat pompuan yang body atlit ni.."Komen Chad sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. Jantan ni kalau bercakap boleh mengalahkan perempuan juga.

"Habis kau minat perempuan yang body macam mana ekk?" aku cuba mengorek minat Chad.

"Ermmmm.. I minat.. I minat kalau body macam you.. Muscular tapi takde sama seperti Jay yang sado. Yang sedang-sedang aje.. Macam you!!"

Puihhh!! Aku rasa nak terkeluar isi perut aku.. Karang tak pasal-pasal telur masak separuh aku pecahkan atas muka jantan ni. Nyesal gua tanya lu beb!!

"Eh, korang berdua saja. Mana Lily dan Jay?" Sandra tiba-tiba muncul dari belakangku.

Aku memandang sekilas pada Sandra yang memakai skaf pada kepalanya, dia gemar memakai baju sleeveless dan seluar separas lutut. Kulitnya yang sawo matang sedikit gelap berbanding Safiyya dan Lily. Mungkin dia kuat bersukan menyebab tone warna kulitnya agak gelap namun masih lagi cantik- fair skin orang kata.

Safiyya mengambil duduk di sebelahku, haruman rambutnya begitu menusuk hidungku. Wangi dan membuatkan jiwaku tergoda. Safiyya hanya diam tanpa suara, namun nampak berselera dengan menyuapkan sekeping roti bakar ke mulutnya. Langsung tak peduli akan diriku ketika ini.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now