Ci:bu 31

5.2K 55 3
                                    

Usai menyerahkan pesanan mama kepada Kak Shida, aku menapak keluar dari butik pakaian kepunyaan mama. Berjalan sambil bersiul-siul. Niat hati ingin melangkah bertemu 'kawanku' yang seolah-olah sedang melambai-lambai. Al-maklumlah kantung kocek dah semakin menipis. Penangan hari raya kan!!.

Cuaca yang panas terik terasa sangat membahang. Aku meletakkan cermin mata hitam Rayban yang aku beli di gerai di Bangla Road ke wajahku untuk menghindari cahaya matahari dari terus menusuk ke kornea mata. Walhal sebab sebenarnya –mataku agak sembap akibat kurang tidur. Itupun telah ditegur oleh Kak Shida.

"Hariz!!!" Tiba-tiba suara milik perempuan memanggil namaku. Kedengaran suara terlalu dekat denganku.

Langkah kaki terhenti- tiba-tiba menjadi kaku bagaikan terpasak di dalam simen konkrit. Aku tercegat berdiri di pintu kaca bank yang berlogo kepala harimau belang. Bagaimanapun semangat harimau belang langsung tidak merasuk ke dalam tubuhku. Harimau bertukar menjadi kucing parsi.

"Harizz!!" Dia masih menyeruku. Ton suaranya agak perlahan.

Saat ini, aku pejamkan mata dan mula berpaling ke arah sang empunya suara.

Sedetik, aku membuka kelopak mata di sebalik kaca mata tiruan. Memang suara itu datang dari seorang insan yang aku rindui.

"Huda?" Aku seakan tak percaya bahawa dia kini berdiri di hadapanku.

Seorang gadis bertudung merah jambu dan berbaju biru muda berbunga merah jambu sedang memandang ke arahku dengan pandangan yang sukar aku mengerti. Wajahnya tampak kosong namun tetap berseri-seri dengan solekan tipis. Secalit gincu berwarna merah terang dibibirnya dan alis matanya yang lentik. Pipinya berona kemerah-merahan- mungkin dia pakai blusher.

Aku tergamam begitu juga Huda, mungkin masing-masing tak menyangka akan pertemuan kali ini.

"Awak apa khabar?" aku masih lagi teragak-agak.

"Saya baik-baik. Awak?" Dia memandangku.

"Saya ... Alhamdulillah sihat."

"Selamat hari raya!!" sepatah-sepatah kami berbicara. Mungkin aku dengan dia masih lagi kekok.

"Selamat hari raya untuk awak juga!" Aku mempamerkan senyuman- cuba mencari ruang bicara yang lebih selesa.

"Awak free tak? Saya belanja minum kat kafe depan tu."

Huda menganggukkan kepalanya. Memberi persetujuan ke atas pelawaanku.

"Yes!!" Hatiku mula melonjak kegembiraan. Tak nyesal aku menurut kehendak mama yang meminta aku datang ke sini. Atau mungkin Tuhan telah memberikan aku peluang untuk bertemu semula dengan gadis ini. Atau mungkin inilah takdirnya untuk aku menjalin kembali hubungan yang telah retak sebelum ini. Kerana ini bukan dirancang malah satu kebetulan.

Kami duduk secara bertentangan – namun masing-masing masih lagi membisu. Keadaan sedikit canggung di antara kami. Mujurlah keadaan di kafe ini agak lengang, hanya ada 4 orang pelanggan sahaja.

Mulutku bagaikan masih lagi terkunci, begitu juga Huda. Hanya saling berbalas pandangan sahaja. Aku mengamati raut wajah gadis yang telah berjaya mencuri hatiku. Gadis yang telah berjaya mengisi ruang kosong di dalam sanubariku. Wajah polos gadis yang sedang duduk di hadapanku sama seperti setahun yang lepas. Masih lagi ayu dan cantik... Cuma dari riak wajahnya tampak kosong seperti ada sesuatu yang cuba diselindungnya- namun sukar untuk aku menebak. Aku tak bisa untuk membaca isi hati orang lain. Di kala itu, aku berharap-harap sangat Tuhan menambah panca indera yang keenam kepadaku untuk mengetahui apa yang bermain-main di benak Huda. Tapi itu tak mungkin!

Aku meneguk liur menyingkirkan debaran yang bermain di dalam dada. Namun suasana antara kami masih lagi sepi. Aku mengamati kecantikan wajah gadis di hadapanku dari sebalik shades. Matanya, hidungnya, bibirnya yang mungil, pipinya yang gebu telah merawat kerinduan hatiku. Dari wajahnya, mataku mulai turun ke bawah sedikit- tudung pink menutup ruang dadanya. Walaupun tertutup- kenangan nakal bersamanya masih utuh di ingatan. Sehingga aku mampu mengingati setiap tahi lalat yang tersembunyi di sebalik baju kurung itu. Arghh!! Sepatutnya aku tidak memikirkan ke arah itu.

Cinta ButaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora