Ci:bu 42

4.8K 64 6
                                    

"Bro, malam ni hang ada kerja ka?" Sapa Zali dengan dialek utaghanya. Mamat ni kadang-kadang aje speaking utagha denganku - mungkin ikut mood.

Wajahku agak berlemuih dek terkena sinaran matahari yang panas membahang. Dengan baju safety jacket dan saftey helmet yang belum ditanggalkan aku menjejak kaki ke dalam pejabat tapak yang dibina dari kontena bersaiz 30kaki x 20kaki. Suhu dari penghawa dingin tak mampu menyejukkan bahang yang membakar kulit wajah.

"Aku takde plan apa-apa pun lagi, kau ada plan baik ke?" Aku melihat Zali yang sedang meneguk 100 plus tanpa sedikitpun mempelawa kepadaku. Wajahnya juga terbakar walaupun dilindungi dengan pelindung muka dan safety google ketika berada di tapak projek.

"Inspektor Rafael suruh kau pergi ke gym dia malam ni."

"Eh, tak pernah-pernah mamat tu ajak sebelum ni.. Ada apa kat gym dia?" Aku kehairanan.

"Entah aku tak tahu.." Zali mengangkat bahu.

"Okay jumpa kat sana dalam pukul 8.30 malam ni."

****

Aku mengatur langkah menuju ke gymnasium yang terletak di tingkat dua dan tiga bangunan empat tingkat. Sekali-sekala pandangan mata mencari kelibat Zali di sekitar kaki lima bangunan. Hampeh! Batang hidung pun tak nampak lagi. Kata jam 8.45 mlm akan muncul di sini.

"Kau dari balai ke?" Aku menegur Rafael yang masih memakai uniform. Kelihatan raut wajahnya agak serius.

"Bro, aku sikit perkara nak bincang dengan kau." Ujar Rafael sambil memegang bahuku. Di belakangnya Koperal Sani berdiri sambil memeluk tubuh. Matanya mencerlung ke arahku. Kemudian, Rafael memberi isyarat muka kepada Sani untuk melakukan sesuatu.

"Kenapa ni bro.. ada masalah ke?" Terdetik rasa curiga di dalam hati apabila Koperal Sani menarik tanganku ke dalam ruang tangga.

Koperal Sani memegang tanganku dengan kemas- mengilas kedua-dua tanganku kebelakang tubuhku dan diperlakukan aku ini seperti seorang pesalah yang telah ditangkap polis.

"Weh..apa ni!!" Aku membentak apabila diperlakukan dengan keras oleh Sani. Aku cuba untuk meronta namun cengkaman tangan Sani amat kuat ke atasku. Dia menolak kasar tubuhku supaya berjalan kehadapan.

"Bro, jangan melawan.. Kau naik ke atas dahulu..." Tegas suara Rafael turut sama mengorak langkah memanjat tangga ke tingkat satu.

Aku tiada pilihan selain terpaksa menurut sahaja permintaan mereka berdua- walaupun pelagai persoalan mula bermain di dalam benakku.

Sempat mataku menatap signage 'closed' yang dipamerkan di pintu masuk gym. Mereka membawa aku ke dalam ruang gym- keadaan sunyi dan sepi. Hanya dua biji lampu 'downlight' yang terpasang di tengah ruang membangkitkan cahaya yang begitu suram dan samar.

"Kenapa ni bro?" aku mengulangi pertanyaan. Melihat wajah Rafael dan Sani yang agak serius. Aku pula seperti kebingungan.

Koperal Sani mengambil sebuah bangku plastik dan diletakkan di tengah ruang gym. Sani memaksa aku duduk dan kemudian tanganku dikepak ke arah belakang dan diikat kejat.

"Bro, aku ni kawan kau tetapi aku juga seorang pegawai yang menegakkan undang-undang!" ujar Rafeal tegas sambil berjalan mengelilingi aku yang duduk di tengah-tengah ruang. Manakala Sani hanya berdiri berpeluk tubuh betul-betul di hadapanku.

"Aku tahu kau ni pegawai polis.. tapi kenapa korang ikat aku kat sini. Kau main-main kan!"

"Hariz, pernah tengok kami main-main dengan kau?" kini giliran Sani menempelak aku.

"So, apa salah aku!" Suasana mula menjadi tegang. Rafael masih lagi mundar-mandir di hadapanku. Sambil berjalan dia memeluk tubuhnya dan kemudian mengubah untuk bercekak pinggang.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now