Ci:bu 24

6.3K 57 4
                                    

AKU hanya duduk membatu di birai katil bersaiz queen. Melihat Safiyya yang berdiri di hadapan cermin solek sambil mengoles sesuatu ke wajahnya yang putih melepak.

"Cantik!!" terpancul perkataan itu dari mulutku.

"Apa dia Hariz?" Safiyya memalingkan muka kepadaku.

"Tak... I cakap you dah cantik.. Yang you tampal-tampal apa lagi kat muka tu." Balasku sambil memuncungkan bibir.

"Ini night cream la sayang. Betul ke I cantik.. I syantik-syantik ni untuk you lah!!" ulasnya penuh manja sambil matanya bersinar tatkala kami saling bertentangan.

Safiyya meninggalkan meja solek, melangkah perlahan merapati tempat di mana aku sedang duduk. Haruman pewangi yang semerbak menusuk rongga hidung. Aku mula menundukkan pandangan seolah-olah tidak mahu melihat lenggok badan Safiyya yang berjalan kepadaku.

Betis yang putih mulus milik Safiyya bisa menggoncangkan imanku yang memang nipis dari kulit bawang. Malah, mungkin aku langsung tidak dapat bertahan dengan godaan berani Safiyya lagi.

"You ni kan Hariz... kenapa malu-malu dengan I?" soal Safiyya sambil memintal-mintal hujung rambutnya yang berjuraian di hadapan bahunya.

"I takut.. I takut I tak boleh kawal diri." Aku cuba berterus-terang tentang apa yang tengah aku rasakan.

"Kenapa takut? I trust you sayang... but I'm not trust myself to goda you." Safiyya melabuhkan duduk di sebelahku. Dia semakin galak menggodaku. Kakinya disilang menampakkan peha yang gebu dan polos.

Jelingan mata Safiyya memukau pandanganku- walaupun sekilas pandang. Dadaku mula berkocak kuat.. dalam gementar aku mula berganjak sedikit untuk memberikan dia ruang yang lebih selesa- namun masih lagi disebelah Safiyya.

Safiyya semakin merapati tubuhku.. Semakin dekat hingga tubuh kami mula bersentuhan. Aku menahan nafas- menelan liur.

Safiyya semakin berani- godaannya bertambah nakal. Sambil menggigit bibirnya yang merah merekah, dia meletakkan telapak tangan ke dadaku.

"Wow... I can feel your heart beat, sayang!!" bisik Safiyya ke cuping telinga. Hembusan nafas Safiyya telah membangkitkan ghairahku.

"Please Safiyya, you can't do this to me... You tak tahu siapa I yang sebenarnya.. Nanti..." aku hanya meronta di dalam hati... Hariz... takkan kucing nak tolak ikan segar bro. Ini peluang seperti Laila dan Huda!! Setan di dalam diri mula memainkan peranannya.

Di saat ini, hanya seinci jarak memisahkan wajah kami berdua. Desiran nafas Safiyya terasa membahang ke pipiku. Aku cuba mengawal kegelisahan- masih bersikap selamba walhal di dalam hati semakin bergelora.

"Hariz, can you be mine?" Jari-jemari milik gadis itu mengelus lembut ruang belakang telinga hingga ke leherku. Aku berdiam diri. Kaku sementara. Aku adalah lelaki Safiyya.. Aku masih lagi benafsu walaupun aku cuba untuk mengelak.

Tatkala itu, bibir kami sudahpun bersentuhan. Semakin kuat getaran di dadaku. Semakin kuat nafsuku melonjak!!

Safiyya memejamkan mata seperti menunggu sesuatu dariku. Sedangkan hatiku masih lagi berperang antara putih dan hitam.

"Akan kugenggam bara api biar sampai jadi abu!!" sekilas ayat itu melantun dari benak.

Aku mula mengucup bibirnya... perlahan dan menikmati. Tanpa perasaan sayang, ulas bibir itu sedikit tawar.

Saffiya melekapkan bibirnya pada bibirku. Bersatu dalam diam. Tiada gerakan lain antara kami melainkan bibir sahaja yang berkucupan. Sedetik, aku melepaskan bibirku.. pagutan rasmi buat kali pertama telah pun berlaku.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now