Ci:bu 27

5.7K 53 1
                                    

AKU mula teringat tentang janjiku pada Teacher Laila. Tentu perempuan itu mengharapkan untuk bertemu denganku. Ataupun dia mengharapkan 'sesuatu yang nakal' dariku kali ini.

Dari Damasara aku berkejaran ke Shah Alam. Mengikut whatsapp terakhir dari Teacher Laila, perbicaraan sebutan kes Hadhanah yang difailkan kepada Teacher Laila pada jam 10.30 pagi di Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam. Hanya Mahkamah Tingi Shariah yang mengedalikan kes-kes tuntutan penjagaan anak-anak yang tidak mencakupi bidang tugas Mahkamah Rendah Shariah. Manakala kes pembubaran perkahwinan Teacher Laila bersama Encik Kamal difailkan di Mahkamah Rendah Shariah Gombak. Kes Teacher Laila dilangsungkan di Shah Alam disebabkan bekas suaminya mula kembali menetap di kampung halamannya di daerah Gombak. Kesian Teacher Laila terpaksa berulang-alik di antara Kota Bharu dengan Shah Alam selagi perbicaraan belum muktamad.

Perceraian- sesuatu yang Halal tetapi amat dimurkai Allah. Yang terkesan pasti anak-anak Teacher Laila yang masih lagi kecil- masing-masing berumur 5 dan 3 tahun.

Aku agak terlewat tiba di perkarangan mahkamah- terkial-kial mencari ruang bilik bicara. Aku agak canggung kerana ini kali pertama aku hadir ke mahkamah. Dalam hati, semoga Tuhan menjauhkan diriku dengan bakal isteri 'bertegang leher di dalam kamar di sini.' Lebih molek 'bertegang urat' di dalam kamar tidur. Ada juga kenikmatan yang boleh dikecapi.

Aku melilau seketika mencari bilik-bilik bicara, namun aku gagal. Aku enggan menelefon Laila kerana pada hemat aku, perbicaraan telahpun bermula. Aku berganjak kembali ke ruang lobi mahkamah. Duduk di satu sudut sambil memerhati gelagat dan kerenah tetamu yang tak putus kunjung tiba. Ada kelihatan sang perempuan terjerit lantang memaki-hamum bekas suami kerana kes tuntutan harta sepencarian. Ada si lelaki yang teresak-esak sambil memeluk si kecil. Semua itu memberi sedikit kesedaran padaku.. bahawa masih banyak lagi ranjau yang bakal aku tempuhi sekiranya berumahtangga kelak. Tapi siapakah bakal pasanganku nanti. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.

Hampir dua puluh minit aku menanti – melihat kalau-kalau kelibat Teacher Laila muncul dari mana-mana ruang di sekitar bangunan mahkamah.

"Bro, mana kau hilang? Mak tiri Cinderella cari kau pagi tadi." Tiba-tiba Zali menghubungi aku dengan phone. Faham sangat akan gelaran yang merujuk kepada Puan Su. Apa pula yang mak tiri tu mahu.. Adeh, buat kepalaku pusing lagi.

"Habis tu kau cakap apa pada Puan Su?"

"Aku cakap kau pergi Shah Alam.. Jumpa wakil IWK." Kalau bab-bab 'coverline' ni memang patut diserahkan kepada Zali. Maklumlah dia lebih senior dari aku. Pandai-pandailah dia nak kelentong, tapi yang pelik dan ajaib boleh pula Mr. Steven dan Puan Su percaya padanya.

"Okay, thanks bro.. Nanti petang ni aku belanja cendol."

Ketika ini, mataku dapat menangkap kelibat Teacher Laila dari kejauhan. Dia yang berbaju kurung rona biru muda, berselendang hitam berkacata mata hitam – gaya klise seorang perempuan yang keluar dari mahkamah. Gaya yang biasa kita lihat di kaca TV- berjalan seiringan dengan seorang lelaki bersongkok dan berbaju kot warna hitam.

Di belakang Teacher Laila kelihatan beberapa orang yang berkerumun sesama sendiri. Tak lebih empat orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Mungkin itu adalah keluarga bekas suami Teacher Laila.

Aku menegakkan badan setelah badanku lenguh-lenguh terperuk di kerusi besi yang mencengkam tulang belakang dan pinggul. Terdengar keriuhan di belakang Teacher Laila apabila seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari mendapat dan memeluk kaki Teacher Laila. Sayu mataku melihat, kanak-kanak itu menangis hiba sambil Teacher Laila mencium pipi anak kecil itu berkali-kali. Pada hematku, anak itu adalah si bongsu yang menjadi pengubat lara Laila dan manakala kelihatan seorang anak lelaki berumur lebih kurang lima tahun dipegang erat oleh seorang lelaki yang berkurta hijau muda. Firasatku mengatakan itulah En. Kamal walaupun wajahnya telah ditumbuhi misai dan jambang.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now