P6 𝐃𝐞𝐚𝐥

606 57 11
                                    

DANNY membuka pintu rumah. Sebaik sahaja melangkah masuk, mulutnya mengucap. Sekali lagi, Aliya buat perangai.

"Macam kes bini mengamuk."
"Ish abang Zack ni." Dijeling hantu tu.
Cikgu Husna hanya ketawa. Namun selepas itu, matanya terpandang sesusuk tubuh di sudut dinding dapur. Mungkin Danny tak perasan sebab sibuk mengemas kusyen-kusyen sofa yang berhamburan di lantai.

"Saya dapat rasa bengang dia sampai sini." Bisik Zack kepada Cikgu Husna.
"Cuba awak try pujuk dia." Cadang Cikgu Husna.
"Apa pulak saya?"
"Lah..Awak kan hantu."
"Tak jealous ke ni?"
"Ai, ade hati nak mengurat ke?" Lain dah sudah nada Cikgu Husna.
Zack ketawa terbahak-bahak. Seronok mengenakan buah hati manusianya itu.

"Ha, borak apa tu?" Tegur Danny, dia sudah selesai mengemas. Tetamunya dijemput duduk.
"Kau panggil dia, kita duduk lepas tu discuss sama-sama." Suruh Zack.
"Dah macam membincangkan isu politik je saya rasa." Danny tersengih.
"Kita nak faham satu sama lain jadi kenalah bertolak ansur." Ujar Cikgu Husna.

Danny berkerut. Tak boleh jadi ni. Mematuhi permintaan syaitan sama sahaja mensyirikkan dengan....

"Ini bukan yang kamu pikir Danny, ia hanya sebuah permulaan untuk berdamai. Kita cari solusi lain kalau ia melibat syirik."

Danny angguk akur. Iyakan je.
"Panggillah."
Danny berpusing ke belakang. Dengan satu tarikan nafas...

"AALIYAAAAA!"

BUK!

"Apa main ketuk kepala ni abang Zack!?" Marah Danny. Tak pasal-pasal dapat penukul percuma. Sakit bhai.

"Panggil tu cubalah lembut sikit, bukan cicak je terkejut, hantu jiran sebelah pun terkejut."

Danny menggeleng pipi. Kena bebel sudah.

"Aliya, kau kat mana? Kita ada tetamu nak jumpa kau.."

Usai Danny berkata sebegitu, sesusuk tubuh perlahan-lahan muncul menampakkan diri. Terapung lalu duduk disebelah Danny.

"Hai, saya Zack. Cik, puan Aliya kan?"
Aliya mengangguk dengan perkenalan Zack. Danny buat tak peduli.

"Sebenarnya kedatangan kami nak tahu, sebab kenapa cik Aliya berkeras nak halau Danny?" Tanya Cikgu Husna sopan.

"Sebab ini rumah aku."
"Ceh, aku yang bayar sewa. Jadi ni rumah aku lah. Sebelum ni kau curi elektrik, kesian Puan Raudhah bayar bil elektrik kau." Danny selamba menghakimi sehingga tidak sedar mata tajam Aliya bertimbul urat, tanda marahnya menggelegak.

"Er maafkan saya, dia masih budak lagi.  Jadi tak matang sikit. Jangan terasa ya cik Aliya."

Terangkat kening Danny apabila Cikgu Husna berkata begitu. Budak? 'Aku 17 tahun kot dicop budak? Aku masih kategori remajalah.'
"Biasalah orang muda-muda zaman sekarang cik Aliya, mereka terlebih ajar tu jadi macam tak cukup sifat tu."

Danny terkedu. Kutuk depan-depan bhai.
"Aku tinggal disini, aku tak biasa orang luar berada di rumahku."

Danny pening kepala. Dahinya dipicit. Sudah beberapa kali dijelaskan, Aliya masih mengekalkan prinsip 'Inilah home sweet homenya.'

"Macam ni Cik Aliya, Cik Aliya tak boleh manopoli seorang tempat ni. Sebab Danny bayar sewa rumah ni. Bayangkanlah rumah ni tak digunakan lagi selama bertahun-tahun, pihak kontraktor terpaksa hancurkan rumah ni."
"Maka, rumah ini perlu penyewa."

Danny terkebil-kebil. Zack dan Cikgu Husna dipandang silih ganti. Tidak percaya mereka merangka idea sebegitu semata-mata membuatkan dia dan Aliya berbaik.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now