P29 Pergi

350 38 7
                                    

"Hancurkannya."

Danny di dalam kegelapan, mendongak. Suara seseorang menyedarkannya dari di sebalik kegelapan tersebut.

"Hancurkannya Danny."
"Kau sape?" Danny bersuara akhirnya
"Aku Syam, aku juga terperangkap di dalam tubuh kau. Aku tak boleh keluar tetapi aku rasa kesakitan di tubuh kau berdampak ke atas aku."

Danny mengerut dahi. Adakah iblis tersebut sudah berjaya mengambil tubuhnya? Jadi, dia gagal melawan dengar surah-surah tersebut?

"Danny, kau kena kembali membaca. Cari pilihan surah yang tepat. Iblis menggunakan tubuh aku sebagai perisai dia. Lekas Danny, inilah masanya kau musnahkan iblis itu dari dalam!"

"Tapi kau Syam? Kau akan turut berdampak sama."
"Tak apa, dari terkurung disini aku lebih rela keluar dari menghadap kesakitan yang tak berpenghujung."
"Baik, nanti kau akan melemah Syam."
"Asalkan kau dapat tubuh kau balik."
"Terima kasih, sedarkan aku."
"Aku akan minta balasannya nanti."

Danny tersenyum tipis. Permainan syaitan kadang menjerat dirinya.
"Aku akan pertimbangkannya nanti."

"......"

"......"

"Arghhhhhhhhh!"

Danny terjaga dari tidurnya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembus kasar. Jam di dinding dilihat.

Sudah lima pagi, lebih baik dia solat.

....

Usai menunaikan solat subuh, Danny termenung. Lama dia menekup di sejadah. Mimpi? Bukan, ia kenangannya bersama Syam sejak kejadian itu. Kalau bukan pertolongan Syam, dia akan lalai. Nampaknya dia harus lebih peka mulai sekarang.

Danny keluar dari bilik. Melangkah ke dapur dan memasak apa yang patut sebelum ke sekolah.

"Ohayoo gozaimaisu~ ." Is muncul sambil menguap.
"Kau baru balik Jepun ke cakap macam tu?" Sedar Danny.

Is mencelik-celik mata. Melihat sekeliling. Melihat reaksi Is, sudah tentu dia mengembara di Jepun dalam permainan mimpinya.
"Mimpi rupanya, " Ucapnya lalu mengorak langkah ke bilik air. Pasti hendak mandi dan wudu'.

Danny meneruskan memasak maggi goreng untuk sarapan paginya.

"Pa.. g..gi..gi.."
Danny menoleh, pagi-pagi Aliya muncul dengan baju basah berdarahnya. Biji mata hitam dengan mulut busuk seperti biasa.

"Kau ni dah bukan tabiat ke? Sos tomato aku tu jangan dibazir, mahal aku beli. Lagi satu, mulut kau busuk. Pergi cuci sekarang. Tak hingin aku nak cakap dengan kau dengan bau mulut yang meloyakan tekak aku pepagi ni." Kutuk Danny selamba.

"Huaaa! Hisk hisk! Danny jahat!" Aliya lari sambil menangis. Terus tembus dinding dek tidak dapat menerima kenyataan dia tidak dapat menakutkan Danny dengan cara unik.

"Bila nak berubah, bukan makin lawa, tapi makin teruk." Bebel Danny.
"Kau nak Aliya sexy kan? Aku tau, sebab tu aku cuba nak pasangkan baju kelawar ni. Sayang dia asyik lari je."

Danny belike : 😑

"Kau tak habis-habis lagi mengayat hantu tu. Lagi satu, baju ni bukan aku dah buang ke? Kau kutip mana ni?"
"La kau ke buang? Tergamak kau. Aku ingatkan Aliya yang buang. Aku nak tengok dia pakai ni je."

Danny tercengang.
"Kau pun dah buang tabiat ke gila? Nafsu kau dah songsang ke?"

Sebaik je soalan tu keluar dari mulut Danny, Is meledak ketawa.
"Mana ada, cuma. Aku nak tau juga kalau-kalau Aliya boleh buat iman aku tergoncang. Kut-kut lepas ni kau bolehlah tutup aib aku terus kalau nampak Aliya kan?"

Danny tepuk dahi.
"Kau expert Aliya cantik ke? Hantu kak Limah lagi lawa dari dialah."
"Huwaaaa! Danny jahat!"

Terdiam mereka berdua mendengar jeritan Aliya dari siling atas.
"Kau skodeng ke hantu?" Soal Danny selamba.
"Aiyok tak tahu. Siapa salah dia buat." Is cuba melarikan diri. Tetapi, bahunya dipegang Danny ketat.

"Aku belum habis lagi dengan kau. Mungkin aku patut bagi ceramah percuma kat kau supaya otak kau mencair dengan hukum hakam dengan semua ni, ha Is?"

Is rasa dia makin lama makin tengok Danny membesar dengan mata merahnya. Seakan nak melahap dia situ juga.
'Habislah aku, menyesal aku bawak topik Aliya.' Is sweat drop.
"Dani, kita bincang lain kali ya. Kita ada kelas dengan cikgu botak garang hari ni. Baik kita prepare apa-apa yang patut." Is cepat-cepat tukar topik. Nak selamatkan diri dari ceramah Danny yang memakan setengah jam.

Danny kembali sedar.
"Ye tak ya jugak. Ha jom makan, aku dah masak banyak ni."
Is senyum palsu.
'Save.'

.......

Macam biasa, kelas meriah macam biasa. Tiada yang pelik. Tiada tanda-tanda bahaya. Semua normal.

Tetapi, hari ini bakal terjadi sesuatu.

.......

Di kantin itu, terlihat cikgu Husna menunduk kesedihan. Is dan Danny paling tidak pun mampu berdiam dan turut berkongsi berita.

"Kita melawat dia hari ni, nak tak cikgu?" Cadang Is.
"Saya rasa tak sanggup, saya tak mahu tengok hari terakhir dia."
Cikgu Husna mula mengalirkan air mata. Danny tersenyum tipis. Dia tahu Cikgu dihadapannya kuat, kalau tidak. Kenapa dia masih sanggup datang mengajar walaupun emosinya tidak stabil?

"Cikgu, ada lebih baiknya kita melawat dia hari ni. Dia pasti tertunggu-tunggu kehadiran cikgu. Tolong jangan hampakannya dia Cikgu, dia bagi harapan tinggi kepada cikgu." Pujuk Danny lembut.

Cikgu Husna mendongak. Air matanya dilap Is dengan tisu di atas meja kantin.
"Baik, saya pergi." Ucapnya lemah.
"Jadi, cikgu kena senyum. Jangan buat muka sedih tau cikgu." Pujuk Is pula. Danny tersenyum melihat kedua-dua tertawa.

Adakalanya, kepergian seseorang memang cukup menyakitkan.
'Doa kami sempat abang Zack.'

.........
D

i luar wad itu, Danny dan Is main mata. Tak cukup dengan itu, masing-masing menyiku siku untuk membuat keputusan siapa yang masuk dahulu.

"Ish, semaklah. Macam mana boleh kalah ni." Geram Danny, Is ditolak selamba. Is senyum kemenangan. Dia tak akan kalah main batu gunting kertas.

Pintu wad dibuka. Terlihat cahaya jingga menghiasi seluruh bilik.
"Cikgu Husna..." Danny mendekati, pesakit masih koma. Namun, wajah tenang abang Zack sangat baik.

"Saya rindu dia Danny, dah lama kami tak bergurau senda. Tak sangka harinya sudah tiba."

Danny tersenyum tipis. Sebenarnya dia sudah menghantar kepergian Syam, kali ini pula abang Zack. Tiada sesiapa akan bertahan.

"Kita sentiasa ada dalam ingatan dia cikgu. Kita lepaskan dia cara baik." Pujuk Is lembut.

Cikgu Husna menunduk. Pasti tidak mahu air matanya terlihat.
"Kita tidak cukup masa lagi, mungkin hari ni mungkin esok. Jadi, ada lebih baiknya kita solat hajat."

Cikgu Husna mengangguk dengan cadangan Danny.

"Ya, mari." Mereka beredar disitu untuk solat sunat disurau tersebut. Tiada yang lebih baik selain beriadah meminta ketenangan dari penciptaNya.

Disatu sudut jauh dari katil Zack, terlihat sosok bayang yang tidak nampak mata kasar. Bayangnya semakin menghilang. Air mata mengalir laju di pipinya tanpa diusap.
Membiarkan dirinya hilang perlahan-lahan. Dirinya yang sebegitu tidak mahu dilihat oleh orang tersayangnya untuk kali terakhir.

Senyuman Zack melebar, air mata dibiar berlinangan. Akhirnya dia lenyap disitu juga.
"Aku akan merindui kau semua."

Mesin jantung yang berdetak akhirnya meninggalkan bunyi memilukan. Kepergian Zack tidak diketahui sesiapa. Namun, rohnya puas tanpa melihat situasi akan datang. Biarlah dia pergi dengan aman tanpa kerisauan sesiapa.

"Beepppppppppppp.."

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now