P25 Kembali

374 40 2
                                    

Iskandar memulakan rancangan. Segala speaker dan bauan minyak wangi diletakkan tepat-tepat di tingkap rumah Danny.

Sengaja diletak situ bagi setan tu 'panas'. Entah teknik mana Sharil ni kutip, janji kasi jadi. En en.

"Aku kira undur dalam tiga, jadi semua kena bawak 'senjata' masing-masing."

Iskandar angkat jari ibu. Semua angguk macam burung belatuk.. Ikut je kepala Amsyar sebab dia ketua segala rancangan kami. Harap jadilah, jangan tak jadi. Makan hati tengok muka Danny ketat je macam dah tak reti nak senyum. Serupa biawak hidup.

"Bismillahirrahmanirrahim, tiga dua satu, mula." Mereka terus memasang surah yang paling padu, bersama dengan bauan minyak pelindung semerbak di koridor itu lantas masuk ke tingkap Danny sebaik Redza dah membekalkan kipas mini.

Si Redza ni jarang tak serius, ada je barang dalam beg dia bawak. Macam poket Doraemon dah. Ni kalau mintak kunci kereta Honda terus, jarang perempuan nak tolak. Huhu.

Tak sampai satu minit, terdengarlah raungan nyaring dalam rumah. Boleh dibayangkan bergegar lantai tempat mereka pijak.

#Gurau je. Bergegar bendanya? Roboh bangunan nanti. Hehe.

Alang-alang kami dah ada garam yang dah ready sebagai senjata, terus kami hala ke pintu. Kut-kut dia tetiba nak lari keluar en en, boleh stanby garam. Kalau ade secukup rasa boleh bagi sekali. Masak dia kat situ jugak.

Tak lama selepas itu, kami mendengar riuh rendah di tingkat bawah. Padahal baru je nak berperang, dah ade yang kacau daun. Alahai.

"Nak gi perang pun yang bawah tu nak join ke?" Hairan Hariz. Hairan juga mereka. Serentak dalam serangan tu, yang kat tingkat bawah pulak bising gila. Hariz pergi tengok. Terus dia jenguk bawah sambil bawak batang pemukul besbol. Gaya dah serupa betul-betul nak cari gaduh.

Sebenarnya, kayu tu ingat nak pukul kepala Danny kalau dalam badan Danny tu tiba-tiba nak terkam kami. Gila tak gila idea tu.

"Weh, jiran-jiran semua berkumpul wei, sini!" Jerit Hariz sekaligus menggagalkan rancangan kami.
"Eh tapi, " Syaril masih tak berputus asa. Setia dengan pintu depannya. Gaya nak baling garam pun masih belum ubah.

"Orang kena rasuk kat bawah tu,"

"Woi! Kau Ade keje ke!? Tolong kami kat bawah tahan bebudak kena rasuk ni!" Jerit jiran bawah dengan Hariz, kami dengar je.

"Ye!? Ha!? Ba-baik bang!,"

"Guys, jiran bawah minta tolong kat bawah, better kita tolong weh, Danny tu kita pikir nanti la ye." Pujuk Hariz akhirnya buat kami terpaksa mengalah. Nak tak nak kami kena pergi tengok dan bantu sekali. Rancangan terpaksa digagalkan.

Sampai je tingkat bawah, ramai bebudak kena rasuk. Kami da telan air liur. Mesti ada kaitan dengan rancangan tak jadi kami tadi. Oh tidak. Itulah pasal, buat tak fikir risiko, camne nak tanggung ni. Nak Ruqyah orang pun tak reti. Nasib badan la lepas ni.

......

Punca asal adalah dari Danny, seramai enam orang budak-budak di blok rumah ini hampir kena rasuk. Ustaz Syamim sudah meminta bantuan rakan-rakannya. Dan dia pula akan terus berjumpa Danny.

"Semua, asalnya dari rasukan bebudak adalah dari seorang anak ini. Tubuhnya sudah sepenuhnya dikawal iblis. Kita nampaknya kena berhati-hati selepas ini."

Ustaz Syamim mengetuk pintu. Lantas memberi salam. Namun tiada sahutan dari dalam. Mereka sudah bersedia membaca sesuatu di hadapan pintu tersebut.

Bang!

Bunyi seakan kerusi dilemparkan di hadapan pintu rumah tersebut.
Semakin nyaring mereka membaca surah, semakin kuat bunyi erangan. Namun kali ini, ada dua suara yang terdengar. Suara wanita dan juga iblis tersebut.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz