Bonus 3

267 35 1
                                    

Danial memandang ustaz yang berborak dengan ayahnya. Sekejap matanya memerhati ke seluruh ruang rumah itu. Tiada apa-apa yang menarik perhatiannya kecuali rumah itu dipenuhi dengan naskhah-naskhah Al-Quran, gambar Mekah dan seumpamanya.

Mereka dijemput duduk di ruang tamu dan saling berkenalan.

"Danial, ini ustaz Syamim." Ayahnya memperkenalkan Ustaz tersebut.
Danial menyalaminya dan tersenyum janggal. Namun, belum sempat dia menarik tangannya, Ustaz itu menahan tangannya. Danial berkerut hairan.

"Ini, seperti kamu baru sahaja berjumpa Kasyaf." Ucap Ustaz Syamim melihat telapak tangan Danial. Merasakan sesuatu.

"Kasyaf?"

Ustaz Syamim menggeleng kepala lalu tersenyum.
"Tiada apa-apa, selain itu kamu macam mana? Belum terbiasa dengan pandangan hijab kamu yang terbuka?"

Mata Danial membulat. Keluarga Danial terkejut. Hijab? Jadi memang benar Danial boleh nampak hantu?

"Macam mana ustaz tahu?"
"Ustaz tengok sekilas sahaja, tahulah Ustaz sebab kita sama sahaja. Namun, kamu dipilih kerana ada sebab dan hikmahnya." Jelas Ustaz Syamim panjang lebar.

"Ustaz, saya boleh tutup balik hijab saya ke?"

Ustaz Syamim tersenyum, lalu mengangguk.
"Boleh, hari ini juga saya boleh melakukannya kalau masa kamu sekeluarga terluang." Ujar ustaz Syamim sambil memandang seluruh keluarga itu.

"Kami okey Ustaz, yang penting adik kami tak apa-apa." Ucap Zafran mewakili yang lain. Ustaz Syamim mengangguk senang.

"Baiklah, kita mulakan sekarang."

Proses penutupan hijab, tidak memakan masa yang lama. Danial bersyukur, dia tidak nampak lagi apa yang dia tidak mahu lihat. Dia tidak ingin melihat, berwajah hodoh itu. Dia tidak inginkan 'mata' tersebut.

Danial menutup mata. Terasa angin menyentuh permukaan matanya.
'Kenapa, manusia nak sangat melihat makhluk halus? Adakah mereka merasa ia satu perkara yang baik? Sepertinya mereka tidak mengalaminya lagi.'

...............

Keesokan harinya.

Danial menarik selimutnya, berselubung.

"Danial! Bangun! Kau lewat ke sekolah!" Jerit Zafran di muka pintu.

Namun, Danial masih tidak berganjak. Badannya menggigil.
'Kenapa, aku masih nampak?'

Tanpa disedari semua, penglihatan Danial kembali tidak biasa. Sesuatu lembaga, sedang duduk mencangkung di atas almari pakaiannya. Danial kebuntuan.

............

Ustaz Syamim menurunkan tangannya.
"Pelik, kenapa kamu asyik terbuka hijab?"

Danial menggeleng. Sumpah dia tak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya. Dia benar-benar takut.

"Ustaz ingat ia boleh ditutupkan, tetapi kes kamu, seperti seseorang yang Ustaz kenal. Hijabnya tidak dapat ditutup dan dia membiasakan dirinya dengan penglihatan sebegitu." Cerita Ustaz Syamim.

"Jadi, anak saya kekal sebegini? Sampai bila-bila?" Tanya si ayah. Ibu Danial hendak pengsan mendengarnya namun anak-anak perempuan sudah disamping ibu mereka.

"Tiada cara lain tutup hijab saya Ustaz?" Tanya Danial hendak kepastian. Dia berharap memperoleh satu harapan.

Ustaz Syamim menatap Danial, sesuatu yang dalam diri Danial seakan dibangkitkan. Namun, Danial harus mempunyai sekutu yang harus dibawa saing.

"Ada sesuatu yang istimewa terbangkit tanpa sedar, mungkin kamu perlu merujuk kepadanya." Ustaz Syamim mengharapkan sesuatu.

Danial berkerut.
"Apa maksud Ustaz, ad-ada sesuatu yang istimewa dalam anak saya?" Tanya Si ayah teragak-teragak.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now