P12 𝐃𝐞𝐬𝐞𝐫𝐯𝐞𝐝 𝐢𝐭

494 49 1
                                    

DANNY termenung kehadapan. Dia yang kini berada di hospital menunggu di luar wad. Nampaknya, Syarul dan Reza cedera parah dan Hariz pula mujurlah hanya cedera ringan. Danny menoleh, kelihatan Amsyar duduk jauh darinya, menunduk sejak dari tadi. Pasti risau. Siapa je tak risau member en?

"Korang tak boleh halau hantu Aliya dari situ, even sekadar nak tengok-tengok je rumah tu. Tapi dia memang ada dalam tu." Danny bercerita.

"Kau tak takut ke?" Amsyar tanya bersama wajah yang sukar ditafsirkan.

"Aku takut pada yang satu, Allah." Jawab Danny tenang.

"Kami yang pernah tinggal sini dan pernah kena kacau, tertanya-tanya macam mana kau survive dari diganggu penghuni rumah tu."

"Hantu Aliya tu bukan penghuni rumah tu, kematian dia disebabkan dia terjatuh di dalam mesin pengisar mesin semen. Jadi dia tak boleh nak keluar dari rumah tu."

Amsyar yang mendengar cerita Danny ternganga. Tidak percaya apa yang didengarinya. Sangkakan selama ini mereka berfikir ia adalah satu kes pembunuhan.

"Macam mana kau tahu?" Amsyar tertarik.

"Dialah cerita. Sebab tu, dia tak mahu sesiapa tinggal di dalam tubuhnya dan menyakitinya. Dia hanya ingin terasa selamat dari gangguan manusia seperti mengubahsuai rumahnya. Cuba bayangkan, tubuh kau kena tebuk, pecah, dan dipaku. Apa kau rasa?"

Amsyar tertelan air liur. Tak sangka hantu itu turut menderita juga.

"Hantu tu, nama dia Aliya kan?"

Danny mengangguk.
"Kami akan datang minta maaf nanti." Ujar Amsyar berjanji.

Danny mengangguk sahaja.
"Kau ada dimensi enam, berkebolehan melihat makhluk halus kan Danny?"

Danny mengangguk.
"Tapi aku dah biasa hidup dalam suasana macam ni. Selagi aku tak kacau diorang, selagi tu diorang tak kacau. Paling penting, aku kena buat biasa dan berpura-pura tak nampak mereka supaya aku tak diikuti. Itu je."

Amsyar terangguk-angguk. Sedikit sebanyak memahami life Danny.

Pintu wad dibuka dari dalam. Kelihatan seorang dokter keluar dari situ. Danny dan Amsyar bergegas mendapatkan dokter tersebut.

"Macam mana dokter?"
"Alhamdulillah, mereka berdua berjaya diselamatkan, cuma jangan bagi mereka banyak bergerak dan mengangkat benda berat. Luka yang mereka dapatkan itu baru sahaja dijahit, mujur tikaman itu tidak terlalu dalam. So, you kena pantau keadaan kawan you ya?"

"Boleh dokter, terima kasih banyak-banyak." Ujar Danny sambil menunduk dan bersalaman. Amsyar sudah pastinya boleh melakar wajah lega mendengar berita tersebut.

"Kitorang boleh masuk ke dokter?" Tanya Amsyar ingin tahu.
"Oh boleh-boleh."

"Terima kasih dokter."

Masuk-masuk je, terlihatlah Syarul dan Reza terbaring bersebelahan di katil sebelah menyebelah. Masing-masing dengan wajah pucat. Mana tak nya, darah dah banyak keluar, toreh nanti comfirm tinggal daging.

Hehehe, gurau-gurau.

"Macam mana? Ada okey?" Tanya Danny ingin tahu. Even dalam perasaan marah sekalipun, still buat baik.

"Minta maaf Danny, sebab ceroboh rumah kau." Ujar Reza. Syarul sekadar berdiam diri.

"Hm, tunggu korang semua sihat baru datang balik, masuk rumah aku. Korang ni, benda tak kacau korang kacau pulak." Danny menggeleng kesal.

Selepas itu, dia keluar dari situ. Pasti Aliya masih berfikir dia mengenakannya. Hal ini sudah terjadi salah faham.

'Habislah aku lepas ni.' Ucapnya di dalam hati.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now