P23 Rasuk

393 44 2
                                    

Is kali ini tidak menggunakan minyak wangi tersebut untuk mengelakkan Danny berang.

"Ini tempat tinggal kau, rumah sewa ni belum bayar lagi bulan ni. Jadi, apa-apa masalah kau bagitau aku." Ujar Is hanya menghantar Danny di muka pintu.

Setelah beberapa hari dihospital, dokter mengatakan Danny mengalami amnesia yang teruk dan kemungkinan susah untuk mendapat memorinya kembali. Maka, Is membuat keputusan bahawa Danny mungkin sudah tidak perlu dirinya kalau Danny sudah tidak nampak apa-apa entiti.

Pernah ditanya sebelum ini.

Namun Danny mengatakan dia gila dan sebagainya. Sungguh mengecewakan. Danny betul-betul bukan dirinya.

"Ini rumah aku?"

"Ya, aku balik dulu."

Bagi salam? Danny pasti tidak akan menjawabnya. Seakan-akan Danny ini acuh tak acuh sahaja soal agama.

Sebelum ini juga, bila diajak bersolat, Danny banyak beralasankan bahawa dia masih sakit. Is tak tahu nak cakap apa lagi.

...........

Aliya pov.

Hantu Aliya menggigil ketakutan. Terundur jauh dari Danny yang sememangnya bukan Danny.

"Kau buat kerja kau, jangan sesekali menghalang aku." Ucap Danny keras.

Aliya terus menghilangkan diri. Dia takut untuk bersemuka dengan sesuatu yang menyamar menjadi Danny sekarang. Dia tahu Danny kena rasuk, tapi dia tak mampu berbuat apa-apa.

"Danny..."

......

Malam itu, bau kemenyan merebak di seluruh ruang rumah. Asap-asap berbentuk dupa itu membuatkan Aliya yang roh tidak aman dirumah itu menjadi lemah. Baring di atas lantai. Baunya sungguh mengasyikkan sehingga beberapa makhluk halus yang lain mengerumuni kawasan rumah itu.

"Manusia adalah bangsa yang lemah, kita harus memerangi manusia seperti budak ini. Masih ada lagi yang duduk di luar sana." Tutur Danny mengorak senyum yang sangat misteri.

.........
Keesokan harinya, pagi-pagi pintu rumah Danny sudah diketuk. Setelah melihat tetamu yang datang bersapa, Danny tidak mampu menghalau.

"Puan Raudhah sampaikan salam, kami ada bawak buah tangan ni. Kau apa khabar? Sihat?" Soal Amsyar meletakkan buah oren di atas meja. Manakala yang lain mengambil tempat duduk dan ada jugak meneroka berandanya.

"Sihat." Danny berlalu ke dapur. Menyediakan air putih sejuk sahaja.

"Sejak kebelakangan ni kau duduk rumah je, tak pergi sekolah ke? Kami diberitahu Is yang kau dapat amnesia."

"Aku tak ingat."

Mereka berpandangan.
"Nak ikut kitorang tak hari ni?"
"Aku sibuk."
"Tak lama pun, sekejap je." Ajak Syaril pula.
"Aku cakap aku sibuk, aku sibuklah." Danny menekan suara. Membuat tetamu saling berpandangan. Jawapan diberikan sangat mengecewakan mereka.

Mereka keluar dari situ. Danny tak tunggu lama terus menutup pintu. Jelas-jelas tak nak menerima kehadiran mereka.

Amsyar dan yang lain berpandangan.
"Dia pelik dan paling penting, tu bukan budak sopan yang aku kenal Is." Amsyar memandang tangga. Kelihatan Is duduk membelakangi mereka.

"Aku rasa tu bukan Danny, sifat dia bukan macam tu." Ujar Redza pula.

"Kan, dia sememangnya bukan Dani. Aku tau." Is mengangkat punggung. Wajahnya seakan ingin menangis cuba diceriakan. Namun, Amsyar dan yang lain tahu Is cuba sedaya upaya untuk mengagahkan dirinya.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now