Rumah berhantu: 5

151 21 0
                                    

Danial memerhati Zafran lama. Tak cukup dengan pandangan serupa penyiasat tak berbayar, dia tak duduk diam saat Zafran kemana-mana sahaja di dalam rumah itu meski hendak berak.

Malamnya, Danial berulang alik dalam biliknya. Berkira-kira hendak masuk tidur atau menumpang tidur di bilik Zafran.

Entah kenapa akan terjadi sesuatu yang dia tidak ketahui nanti. Danial tekad. Kali ini dia tidak akan melepaskan peluang tersebut..

Danial keluar dari bilik setelah menutup lampu biliknya. Kaki dihala ke bilik Zafran. Sebaik tiba, dia mengetuk pintu bilik.

Muncul seraut wajah kacak abangnya itu.
"Apa Nial?"

"Aku tumpang tidur bilik kau boleh?"

"Dah kenapa pulak? Kau takut tido bilik kau ke?" Hairan Zafran. Pintu biliknya dibuka sebesar-besarnya. Adiknya dibiarkan masuk.

Danial terlihat selonggok kertas kerja abangnya di lantai. Jelaslah abangnya itu sedang sibuk mengurus dokumen penting sebelum masuk kolej besok.

"Adalah sikit. Aku belum buat pagar bilik. Kau dah ke?" Tanya Danial ingin tahu.

"Dah buat petang tadi lepas asar. So, macam mana? Kau nampak apa-apa tak?" Tanya Zafran tersengih bangga dengan hasil kerjanya memagar biliknya sendiri.

"Hmm, setakat ni tak ada. Tapi kau kena kerap baca dan pagar setiap seminggu sekali." Pesan Danial buat Zafran pelik.
"Sekali tak cukup ke?"
"Kawan aku cakap, setiap hantu ni jenis pendendam. Selagi tak dapat, mereka akan berusaha. Kau faham kan?"
"Mereka tak putus asa?"
"Ya."

Jawapan Danial difahami Zafran. Terangguk-angguk Zafran setelah diterangkan sebegitu.

"Aku balik bilik dulu." Pinta Danial.
"Aik, cakap nak menumpang."
"Tak jadi, ingat nak cover kau kalau ada apa-apa." Sengih Danial. Zafran mencebik.
"Eleh, alasan. Cakap je kau takut." Ejek Zafran sedikit mengusik.
"Yelah. Selamat malam." Danial bawa kaki keluar bilik. Tak peduli abangnya membebel. Sah-sah dia menganggu masa abangnya itu.

Danial tiba di biliknya. Bilik Izzudin dah gelap lama. Tidur tak ingat dunia. Mungkin kepenatan siang tadi mencangkul tanah.

Sebaik lampu biliknya sudah ditutup, sebaik kepala mendarat ke bantal, sebaik matanya dipejam. Tika itu Danial merasa telinganya teramat berdesing dengan bunyi sunyi yang mencengkam.

Namun bagaimana sekalipun, tetap memaksa matanya untuk tidur.

Tiba-tiba. Sesuatu yang asing menyinggah di cuping telinganya. Mulanya ia berada di luar biliknya. Tapi entah kenapa, kini bunyi itu mula berada di dalam biliknya.

Bunyi derap kaki berlari kedengaran tidak jauh darinya. Danial menelan air liur. Siapa mengusiknya malam-malam begitu?

Mikail dengan sosok berbaju putih lusuh diterangi cahaya malam di luar biliknya itu jelas nampak masih berada di dalam almari. Jadi siapa yang sedang mengusiknya?

Bunyi derap kaki itu tepat berada di hadapan katilnya. Sekejap ke kiri, sekejap sunyi sepi. Danial tak betah menghadap ke arah almari yang menempatkan Mikail. Dia berbalik tubuh pula.

Waktu itulah, mata Danial terbutang luas. Bulu romanya menaik. Dadanya berdegup laju. Seakan melihat sesuatu yang sangat menyeramkan saat ini.

Sesosok hantu tepat di sisi katilnya. Berdiri tegak tidak menampakkan wajahnya. Rambutnya yang panjang malah baunya juga hamis dan busuk gila.

Danial tak tunggu lama terus duduk mengejut. Terbatuk-batuk dek bau hantu tersebut. Dia tidak kenal hantu itu.

Kalau hantu Nurul, hantu itu tidak boleh meninggalkan kolamnya. Jadi yang ini siapa? Danial mengurut dadanya dek senak batuk. Tidak dipandang hantu disisinya. Lebih berfikir macam mana dia hendak tidur tika itu.

Danial menghela nafas berat. Susah untuk dia membuat keputusan. Kalau macam ni dia tiada pilihan lain. Lekas Danial bangun dengan selambanya pergi ke suis.

Sebaik suis didapatkan, dia menekannya. Hampanya, lampu biliknya mati. Tidak hidup-hidup sejak hantu itu berada di biliknya.
"Tsk." Danial menjentik bibir. Bukan suis sahaja tidak boleh dihidupkan, malah hantu gadis itu berdiri disebelahnya pula. Ini dah melebih ni.

Danial geram tak pasal-pasal. Dia lekas ke meja belajarnya, membuka kotak-kotak.

"Hmmm, asal bau bilik busuk sangat eh?" Provok Danial sambil membelek-belek perfume nya.

"Baik kau keluar Mira, tu minyak pelindung dia. Sekli terkena, terbakar kau."

"Heh, minyak pelindung apa? Entah-entah guna air jampi en. Kau pernah rasa?"

"Aku memang tak rasa dibakar, tapi aku pernahlah terpelanting.."

Danial tak tunggu lama, terus disembur minyak wanginya ke serata tempat. Alhasilnya.....

"Arghhhhhhhhhgg panas! Mikail! Tolong aku!"

"Aku dah pesan dah." Mikail keluar dari almarinya. Dengan sengaja Mikail menarik perhatian dengan menggerakkan pintu almari membuatkan Danial terus berpaling.

"Dia perasan ke?"
Dengan senyuman meleret Danial buat muka serupa jahatnya.
"Kau tak risau aku sembur kau ke?" Dengan selamba Danial menyoal membuatkan Mikail serta merta takut. Dia kembali menyorok dalam almarinya.

"Sorry dho Mira, aku takut dengan manusia ni. Dia lain macam."

"Huhuhuhu, Mikail jahat! Aku nak bagitau abang!"

"Sikit-sikit ngadu, sikit-sikit ngadu. Baru kena sikit." Omel Mikail menyampah. Tak semena-mena lampu bilik kembali menyala. Danial bernafas lega. Macam berperang dengan lembaga halimunan sedangkan dia perasan tapi buat-buat tak nampak.

"Hmm, dah hilang dah baunya. Sambung tidur la." Danial puas hati. Tak dapat kacau Zafran, dia pulak dikacaunya.

'Mira ya? Abang? Jadi banyak lagilah hantu-hantu ni?' Danial menghela nafas lemah.

"Aku sebenarnya malas nak menyibuk. Tapi memandangkan kau manusia baik hati setakat ni, aku malas nak join dengan diorang. So, anggaplah aku ni tak kacau kau. Bukan apa, kau punya senjata memang menyakitkan. Bukan dari bomoh atau mana-mana dukun, jelas kau memang hamba Allah." Rancak Mikail memuji tanpa sedar Mikail tersenyum leret. Dia menang!

"Mengantuknya, hmmm ni baru hantu kacau. Kena pagar seluruh bilik tak eh?"

"Eh? Weh, kalau kau buat camtu aku tak boleh keluar la bongok!"

"Tapi aku risau ada hantu lain menumpang dalam bilik aku ni, tapi aku tak tahu dia menyorok kat mana. Hmmm, ke bawah katil?"

"Hm, kau la manusia paling cerewet aku jumpa." Mikail mengeluh.

"Kene buat pagar ni, memandangkan banyak hantu kacau aku ni." Sengaja Danial memprovok Mikail.

"Ish dia ni, yela-yela, aku halau diorang keluar. Tsk, hari tu manusia, sekarang dengan spesies aku pulak kau rimas."

Mikail dengan marah terus masuk dalam almari, dengan sengajanya menutup almari kasar. Membuatkan Danial menahan tawa. Marah Ler tu.

"Aik, aku tak tau kau kacau aku ke marah sekarang. Tapi ingat, aku boleh buat apa-apa sahaja."

"Yelah! Kau menang! Pergi tidur sana! Menyemaklah kau."

Danial menahan tawa. Nak mengalir air matanya dek senak tahan tawa. Merah mukanya. Danial mencampakkan dirinya ke atas katil lalu membenamkan mukanya ke bantal. Masa itulah dia memburaikan tawanya puas-puas.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now