Rumah berhantu : 12

163 22 2
                                    

Danial dan keluarganya sarapan diruang tamu itu. Rancak mereka berbual apa sahaja.

"Terima kasih tau Danny, tolong mak cik sekeluarga memanggang. Yang lain tak reti memanggang sangat." Luah ibu Danial.

"Belum penggang lagi dan hangus." Ucap Huda jeling Izzudin yang berubah riak apabila diperli.

"Kami tak mahir bab bab control api, mujur korang ada." Ujar Zafran sambil berterima kasih.

"Pak cik pun puas hati semua stok daging kita beli semalam sesuai sangat dengan jumlah tetamu. Alhamdulillah." Ujar ayah Danial pula.

"Eh takpe, bukan selalu Danial ajak kami. Lagipun dah alang-alang cuti, nak jugak kenal dengan keluarga Pak cik. Dengarnya meriah sebab ada adik beradik. Kami ni maklumlah, anak tunggal masing-masing." Cerita Is. Danny mengangguk setuju.

"Macam mana boleh jadi kawan anak pakcik ni?" Tanya si ayah akhirnya.

Is dan Danny saling berpandangan, kemudian pandang Danial. Akhirnya ketiga-tiga tertawa.

"Ceritanya panjang pak cik." Ucap Danny.

"Pendekkan." Serentak satu keluarga bersuara. Is dah senak perut. Mukanya disembam ke meja.

"Malulah, tak yahlah." Danial menghalang.

"Kau diam." Zafran bagi arahan sebagai abang. Tak bersuara terus Danial.

"Mulanya, pernahlah terserempak dengan pakcik sekeluarga dekat kawasan kuburan, masa tu pakcik tak kenal saya. Saya jumpa Danial ni dekat pondok situ. Mulanya dia sangka saya hantu, tu yang dia cemas semacam. Takut pun ada. Dia luah kat saya, tak de orang percaya apa yang dia nampak dan lembaga tu kat kubur, jadi saya macam..'Ohhhhh' saya jelaskanlah pada dia yang hijabnya terbuka."

Danny melanjutkan ceritanya dengan tepuk bahu Danial.
"Dipendekkan cerita, Danial ni ada kelebihan seperti saya. Saya boleh nampak juga makhluk yang tak boleh nampak pada mata kasar manusia."

"La macam tu." Satu keluarga memahami situasi.

"Lepas dari kenal saya, saya kenalkan si Is ni dengan Danial. Is ni lain sikit perangainya. Kalau manusia takut hantu, tapi hantu takut dia." Sempat Danny mengutuk.

"Ape pulak camtu, dah hantu datang kacau aku, aku pekena dia balik." Is tak puas hati dilabel gitu.

"Eh, jadi dia pun nampak jugak ke?" Soal Huda terkejut.

"Dia macam ni, Danny ni selain boleh nampak semua tu, dia juga ubatkan orang yang terbuka hijab. Dia juga boleh buka tutup hijab orang. Dalam erti kata lain, dia bertanggungjawab ke atas manusia yang hijabnya terbuka dan akan tutupnya kembali." Cerita Danial.

"Dan dia saya memintanya membuka hijab saya, saya tak nak Danny keseorangan mengalaminya sendiri." Ujar Is tersengih, namun kepalanya diketuk Danny.

"Cakap je kau sebenarnya nak tengok hantu perempuan. Dasar manusia dua alam."

Masing-masing tercengang. Memang betul sifat Is ni lain dari yang lain. Tapi itulah, kalau dah semua sama, tak meriah jugak. Atleast seorang kena gila.

"Kalau Danial, kamu boleh tutupkan ke?" Pinta si ibu. Danny menggeleng.

"Ia sebuah tanggungjawab untuk Danial mak cik, saya tak boleh tutup atas faktor keturunannya. Mungkin ada hikmah tuhan ingin tunjukkan." Jelas Danny.

"Apa yang pasti, Danial ni sebenarnya dah banyak tolong kami. Dari kami tak cukup orang nak rawat pesakit, dia datang membantu sekali." Sambung Is.

"Danial juga cepat belajar mengurus diri. Hasilnya sekarang dia tahu silat dan pertahankan dirinya, dulu dia seorang yang tidak yakin diri." Luah Danny lantas tersenyum manis.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now