P26 Danny

368 45 0
                                    

Danny pov.

Aku seakan mendengar suara sayup-sayup memanggil aku. Seakan ramai cuba membangunkan aku. Tetapi mata aku terlalu berat. Rasa macam..

Danny end pov.

"Kacaulah, aku nak tidur ni." Danny menggeliat tanpa peduli mata-mata yang memandang. Is dah kepal penumbuk, Amsyar dan kawan-kawannya sekadar bagi muka 'What the heck?', Cikgu Husna menggeleng.

Manakala hantu Aliya.
"Dia kembali, Aha! Dia kembali bang Zack!" Jerit Aliya teruja. Bersorak sakan dengan Hantu Zack disebelah. Zack tertawa menumpang gembira.

"Woi mangkuk, dah dua hari kau tidur ni. Tak nak makan ke? Kau tak lapar?" Gerak Is tidak sabar.

"Japgi lah aku makan, ngantuk gila ni." Jelasnya bersama mulut terbuka besar. Menguap.

"Allahuakbar!" Semua dah angkat punggung. Amsyar dan yang lain dah nak keluar. Ingat nak menyinggah nak tengok khabar Danny, hampanya.

"Busuk gila mulut kau weh!?" Marah Is akhirnya menendang tubuh Danny. Danny yang ditidurkan di ruang tamu lantas bangun menahan senak di pinggang.

"Woi!? Kau dah kenapa!?"
"Sebelum tu kau pergi mandi, busuk gila mulut kau. Tetamu pun nak datang ziarah keluar balik." Is angkat punggung. Berlalu nak ke dapur. Begitu juga Cikgu Husna duduk di sofa. Sekadar tersenyum sahaja.

Danny terkebil-kebil. Banyak persoalan yang berada di dalam kepalanya.
"Ziarah? Kenapa dengan aku Is? Er Cikgu. Hehehe. Sorry, saya tak terurus ni."

"Tak apalah, saya faham. Saya balik dulu tau. Nanti besok saya datang lagi. Pastikan kamu dah betul-betul sembuh baru datang sekolah."

"Baik Cikgu." Danny bangkit dari pembaringan. Entah macam mana, baru sahaja hendak berdiri. Dia terasa badannya sangat lemah. Akhirnya tumbang ke lantai.

"Danny! Kau tak apa-apa!?"

Risau Aliya, jeritan Aliya buat Is kembali mendekati. Cikgu Husna kembali masuk. Danny memegang kepalanya. Sakit.

"Ap-apa yang terjadi. Badan, sangat lemah." Guman Danny hendak duduk. Dibantu Is dan Cikgu Husna. Zack tidak mampu menolong. Begitu juga Aliya kerana tubuh Danny ada bau yang kurang menyenakkan hidung mereka. Mungkin kerana bahan-bahan Ustaz Syamim masih melekat lagi ditubuh Danny. Jadi mereka takut hendak menyentuh. Bahkan Aliya, terus terbakar tangannya saat Danny sudah dalam keadaan baik.

"Dia perlukan rehat. Kamu makan dulu ya Danny, Is ada masakkan bubur."

Danny mengangguk. Mungkin kerana perutnya kosong sekarang.

......

Danny pov.

Aku, dah mula ingat sikit-sikit. Bubur dihadapan aku, kusudu masukkan ke dalam mulut. Lapar jadi kenyang setelah tiga mangkuk aku makan.

"Is,"
"Hmmm?"
"Bubur kau masin."
"Tapi kau makan jugak sampai habis."
"Mungkin sebab aku lapar gila."

Is tergelak sahaja. Tidak berbalas.
"Apa yang terjadi kat aku? Se-setan tu, de-dekat mana?" Soalan Danny terketar-ketar.

"Dah dihapuskan. Kau jangan risau. Kau selamat dah. Tiada yang ekori kau lagi."

"......." Danny terdiam.

"Kau, kena rasuk. Dalam empat hari macam tu. Kami jumpa kau kat tempat kumbahan, pembentung najis. Sumpah weh, kau bukan diri kau tahu tak, iblis  yang kawal tubuh kau." Cerita Is sekaligus pendekkan cerita.

"A-Aku ingat lagi, malam tu. Aku ingat kau, tapi setan tu menyamar jadi kau." Ujar Danny memberitahu. Sedih pula Is mendengarnya.

"Aku jerit nama kau. Tapi aku faham, mungkin suara aku tak sampai kepada kau. Aliya.."

"Ya aku, kau rindu aku ke?" Aliya tiba-tiba muncul. Mengejutkan Danny sekaligus.

"Eh tak, aku ingat lagi rupa kau malam tu. Dengan mata berdarah menangis halau aku. Even aku kena rasuk, aku masih nampak kau takut aku. HAHAHA."

Mati senyuman Aliya. Danny tidak pernah berubah hendak sakitkan hati dia. Sama macam selalu. Tapi, Aliya kembali tersenyum.

"Memandangkan kau dah sembuh ni, dah lama jugak aku tak usik kau. Aku ada hadiah sempena kau sembuh ni." Ucap Aliya bersama senyuman misteri. Is dan Danny berpandangan.

"Kau tahu segala usikan kau tak pernah berjaya Aliya. Dani pun dah masak sangat dengan perangai kau." Is angkat punggung. Hendak membawa sisa-sisa makanan mereka untuk dicuci.

"Tengok kakilah." Puji Danny sendiri.
"Dah tengok, hitam je kaki kau. Tak de beza." Selamba Aliya berkata, sekaligus meledakkan tawa Is. Mematikan senyuman Danny.

"Hadiah apa kau nak tunjuk sangat tu?" Malas Danny nak bergurau. Tahu makan hati lah jawabnya bila cari gaduh dengan hantu Aliya ni.

"Jeng, jeng, jeng." Aliya bagi satu kotak cantik. Mata Danny membulat. Is yang datang bersama dua jus oren turut melongo kagum.

"Mana dapat kotak ni? Cantiklah." Puji Is.
"Kau kebas kotak ni kat mana?" Danny dah musykil.
"Eh, mana ada kebas. Barang free ni." Ucap Aliya semacam nak selindungkan sesuatu. Dia tersengih selepas itu.
"Tapi ni," Macam ada bau pelik. Tapi Danny abaikan. Is berkerut.

"Kau, dapat dari tong sampah ke?" Akhirnya Is menemui jawapan. Danny yang memegang kotak tersebut terkejut, tercampak kotak kecil itu ke atas meja. Melihatkan itu, Aliya mula merajuk. Membawa diri ke satu sudut dinding.

"Sampai hati kau campak hadiah aku macam tu, penat lelah aku kumpul hadiah tu demi kau. Tapi kau buat macam ni. Hisk hisk hisk."

Aliya menangis di penjuru. Is serba salah ,Danny nak tak nak ambil balik kotak tu. Tak jadi nak rasa jijik.

"Weh mangkuk, pujuklah." Is siku Danny. Berbisik.
"Apa pulak? Kau yang start dulu cakap kotak ni dari sampah, siapa tak jijik sia."

"Eh eh, aku jugak ke nak kena cakap, kau yang dapat hadiah ni dari dia." Ujar Is selamba menyedut airnya.
Danny mengalah. Bertekak dengan Is takleh jadi.

"Hm, cantiklah jugak kotak ni. Rezeki kau jumpa kotak sebagus ni." Ucap Danny akhirnya membuatkan Aliya tersenyum lebar.

Mendekat ke arah mereka dengan senyuman lebar.

"Apa hadiah tu Aliya? Jari kau? Jari kaki kau? Otak?" Is berserkap jarang. Nak jugak tahu. Danny pula tanpa teragak-agak terus memberi senyuman bangga.

"Kau ingat aku takut ke? Semua benda kau bagi aku ni dah basi lah Aliya." Jawab Danny bangga.

Aliya sekadar tersenyum.
"Is, cepat sediakan rakaman. Nak rakam Danny bukak hadiah special dari aku." Pinta Aliya buat Is menurut. Nak tau jugak hadiah tu hadiah apa.

Dengan bangganya Danny bersama senyuman acah berani membuka.

Dengan satu, dua, tiga!

"Arghhhhhhhhh Dani! Cari penyapu cepat!"

"Allahuakhbar, matila aku." Danny pengsan disitu juga. Bersama jeritan Is tak putus-putus melompat satu sofa ke sofa dek turut geli dengan apa yang telah keluar dari hadiah Danny.

"Dani! Kau dah mampus ke? Jangan tinggal aku!"

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now