School P3 Hantu ape?

159 19 0
                                    

Suasana kelas hening, ada yang tersenyum-senyum katanya perempuan, ada juga gembira kerana menerima pelajar baru lagi.

"Jadi, saya sekali lagi meminta maaf sebab mengambil masa sukan kamu lagi, Danial kalau tak tahu apa-apa tentang sekolah ni, boleh tanya Dani."

"Baik, terima kasih cikgu." Mereka bersurai, masing-masing nak pergi ke padang untuk mengambil acara sukan terakhir mereka.

Danny, Is dan Danial berkumpul. Mereka berjalan seiring. Memandangkan Is dan Danny berada di rumah sukan berbeza, nampaknya dia juga pilih rumah sukan lain.

"Sorry tak dapat bawak kau jelajah sekolah. Petang sikit tau." Danny meminta maaf.

"Tak apa, aku okey."

"Takde pulak hantu tu hari ni?" Is toleh kiri kanan. Tukar topik. Dia tertanya-tanya sebenarnya.

"Jalan-jalanlah tu malam tadi." Sangka Danial turut pandang sekeliling.

"Biarlah dia, jangan diganggu kita sudah." Danny berharap.

"Hai Dani, hari ni saya jadi supporter boleh?" Shoko tiba-tiba datang mencelah, masa itulah mereka terpandang kelibat hantu itu lagi.

Masing-masing mereka berpandangan pasrah.
"Kenapa ni?" Shoko kehairanan memandang tiga jejaka itu seakan tidak suka kehadirannya.

"Takde ape, pagi ni kau boleh teman Danial tak berkeliling? Tunjuk arah sekolah." Danny minta tolong.

"La, saya tak berapa ingat. Tapi saya tunjuk mana yang saya tahu boleh?" Shoko garu kepala.
"Boleh jugak tu, yang penting tandas lelaki." Danial senyum puas hati.
"Okey, no problem." Mereka berempat berpecah, eh bukan berempat, tapi berlima.

Kali ini Danny tidak diikuti hantu tersebut. Masih follow Shoko seperti semalam.

"Shoko, kau semalam pergi mana je?" Tercengang Danial dibawa ke loji kumbahan. Semalam Shoko ni pergi mana je dibawak Danny? Sekolah ni dahlah besar gila!
"Oh my god, saya tersesat."

Ya, mereka sekarang tersesat. Danial telan air liur. Dia semacam pelik kenapa mereka berpusing tempat yang sama.

Handphone dikeluarkan untuk mendail nombor Danny, tapi tidak terangkat. Ada acaralah tu. Didail pula nombor Is.

"Assalamualaikum Is, weh.." Setelah penjelasan panjang lebar itu, Danial menutup panggilan. Pandangan di alih ke Shoko yang memandang ke atas. Danial yang turut memandang sama.

Sebuah tangki air yang besar di atas sana. Dan sangat tinggi. Danial memandang kembali Shoko. Entah bila Shoko berada tepat dihadapannya secara mengejut.

"Arghhhhhhh." Jerit Danial terundur-undur. Sape tak terkejut bila depan mata pulak tu!

"Kau dah kenapa?"Danial bengang, tapi tak elok jugak berkasar dengan perempuan. Dia bukan Danny.

"Ikut aku..." Shoko bersuara perlahan. Meninggalkan dia terpinga-pinga. Belakang Shoko dipandang hairan.

"Kenapa dengan di...Eh..."

Ya, Danial nampak. Kabus menyelubungi tubuh itu. Sebelum ini juga dia pernah melihatnya. Shoko dirasuk!

"Tunggu, boleh aku tahu dengan siapa aku bercakap?"

"Ikut aku.."

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Danial tak tunggu lama terus membaca surah-surah tertentu. Angin berdesir halus, suasana berubah kelam. Danial walaupun takut, cuba untuk mengingati ayat-ayat Suci Al-Quran. Surah dilantunkan dengan debarnya.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CKde žijí příběhy. Začni objevovat