Rumah berhantu : 16

183 15 0
                                    

Hafiz duduk di ruang tamu. Menonton televisyen dengan kyusuk. Ada masanya dia mengerling jam di tangannya. Ada masanya mengeluh dari tadi.

"Mana grab ni. Lamanya hantar makanan." Hairan Hafiz. Dekat dua puluh minit lebih tak sampai - sampai sedangkan restoran tak jauh dari persimpangan taman itu.

Telefon diambil, didail nombor abang grabfood tersebut.

"Hello! Kau kat mana? Aku dah kebulur tau tak!? Jangan sampai aku cancel kang!" Marah Hafiz tak sempat bagi salam.

"Saya dah berpusing bang, tak jumpa rumah abang ni." Ucap abang grabfood ditalian sana. Memang, dia sedang cari sekarang ini.

"Ish kau ni, menyusahkanlah." Hafiz letak panggilan. Dia bangkit dari duduk dan mula hendak keluar.

Di luar rumah, dia bercekak pinggang. Dari jauh matanya melihat satu motosikal yang ditunggang oleh individu yang membawa beg kotak hijau dibelakangnya.

Tengok pun macam tak tentu arah.
"Hoi!" Jerit Hafiz. Ni nak main-main dengan aku ke apa?

Mendengar jeritannya, lelaki itu menoleh dan menghampiri Hafiz.

"Kau ni main-main dengan aku ke apa?" Marah Hafiz. Abang grabfood tersebut terkebil-kebil dibentak. Sebenarnya dia hairan kenapa dia boleh tak nampak rumah besar itu. Sedangkan dia dah berpusing dekat lima kali.

"Maaf bang, saya tak perasan rumah abang." Nak tak nak dia jugak yang mintak maaf. Entah mana silapnya. Selama ini dah biasa lalu area ni. Mungkin dia penat.

"Ish, dah! Blah la kau." Hafiz dengan kasar mencampak duit ke dalam bakul motor lelaki itu. Perbuatan itu sangatlah kurang ajar. Namun abang grabfood itu bersabar sahaja dengan sikap Hafiz.

Hafiz berlalu masuk kembali. Matanya sempat mengerling halaman belakang rumah. Kolam yang kini sudah ditandus dengan tanah. Entah sekilas pandang dia melihat sesosok lembaga hitam disana. Hafiz berhenti mendadak.

Matanya digosok berkali-kali. Melihat kembali dan kelibat itu tiada lagi. Hafiz Tarmizi berkerut. Dia mengendahkannya dan masuk ke dalam rumah.

Situasi Zati -

Zati menggosok rambutnya dengan kasar. Mukanya cemberut kesal kerana lupa membawa pengering rambut. Digeledah bilik Huda dan Nurul, hampanya tidak juga menjumpai pengering rambut.

Zati menguatkan valume lagu ditelefonnya. Dia menyanyi kecil.

"Zatiiiiiii.........."

Satu suara berbisik menerpa telinganya. Zati mendadak kaku. Cuba mendengar lagi. Valume telefonnya direndahkan.

"Zatiiiiiii ........."

Ternyata satu suara halus tetap kedengaran. Seperti ada seseorang dengannya di bilik itu sekarang. Bisikan itu berjaya membuatkan Zati terasa seram. Lagu ditelefon bimbitnya dimatikan.

"Zatiiiiiii......Hahahahaha..."

Zati sudah takut. Dia mula berpeluh-peluh.

"Siapa? Siapa!?" Jerit Zati. Bebola matanya menerawang ke seluruh bilik. Zati semakin panik dan takut. Dahinya berpeluh-peluh di dalam bilik bersuhu dingin itu. Zati memejamkan matanya.

Kemudian, sekian lama matanya dipejamkan Zati cuba membuka matanya perlahan-lahan.

"I-Imaginasi aku mungkin." Zati tertawa janggal dengan dirinya sendiri. Dia mengurut debaran di dadanya. Dia yakin itu cuma gangguan khayalan semenjak duduk di rumah itu hingga terbawa-bawa kepada dunia realiti.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now