Service

208 27 0
                                    

Pagi yang sunyi, kelam matahari belum menunjukkan sinarnya.. Seorang lelaki, sedang tersadai dengan motor di tepi jalan. Terhinggut-hinggut bahunya dek sakit kerana menunda motornya sedari pagi subuh buta.

"Penatnya..." Keluh lelaki itu lalu terduduk di tepi jalan..
"Kalaulah aku isi minyak semalam." Rungut lelaki itu sendiri.

"Awak buat apa tu?"

"Ni ha, motor habis miny-..Eh!" Lelaki itu berundur takut, seorang gadis cantik elok berdiri disebelahnya.

"Ko sape!?"

"Saya Cik Pon, saya selalu lewat sini. Kebetulan tengok abang kat sini. Kenapa?"

Lelaki itu curiga. Jarang benar perempuan keluar pagi-pagi buta macam ni. Entah-entah hantu. Tapi lelaki itu cuba berfikiran positif.

"Motor habis minyak, kau datang dari mana ni?" Pelik lelaki itu, tengok sebelah menyebelah hanyalah bangunan gelap yang pastinya penghuni sedang sedap tidur.

"Nak saya bantu? Saya ada kenalan di sini belikan minyak abang."

"Eh tak menyusahkan kau ke?" Lelaki itu teruja.

"Taklah bang, kecuali abang pun kena tolong saya."

Lelaki yang ceria kini kembali sedih. Dah agak, pertolongan pasti bersyarat.
"Kalau mampu, kalau tak mampu tak apalah."

"Abang pasti mampu, saya pergi dulu ya.."

Belum sempat lelaki itu membalas, perempuan itu melesap di hadapan mata. Lelaki itu terkejut besar.

"Aku dah agak, hantu ni." Lelaki itu ketakutan, pantas hendak mengheret Motonya.

Sayangnya, motornya tidak mahu bergerak. Seakan tayarnya tersangkut di jalan raya.

"Eh kenapa motor aku ni.."

Tengok sana, tengok sini. Tiada yang bermasalah.

"Aduh, dah kenapa ni..Habislah, hantu tu datang balik nanti.." Risau lelaki itu masih cuba hendak tarik motornya. Sayangnya masih tersekat. Seakan tidak mahu menurutinya.

Lelaki itu nak tak nak, lelaki itu masih setia hendak menarik motornya. Tetapi masih juga seperti itu. Dia takkan tinggalkan motornya kerana takut sahaja. Duitnya sudah berabis ke motor sahaja. Tidak sanggup ditinggalkan motornya itu.

..............

Danny menenyeh matanya. Kelibat satu pontianak elok bertenggek mengetuk tingkap rumahnya berkali-kali itu mengundang bengang.

"Pergilah, jangan ganggu aku."

"Aku ingin meminta pertolongan darimu.."

"Aduh, pergilah. Aku nak tidur. Kalau kau berdegil ni aku baca ayat AL quran." Ugut Danny mula hendak melabuhkan kepalanya kembali ke bantal.

"Danny, Cik ponti ada masalah besar.." Datang Aliya turut berkampung di luar tingkap rumahnya. Ya, Aliya boleh mengintai Danny sebenarnya, tetapi dia tidak boleh melakukan sedemikian kalau tidak Danny akan membakarnya dengan ayat suci.

"Aku tak berhubungan dengan mana-mana makhluk..Ingat tuu.." Danny mengingatkan.

"Tapi, aku ingin kau membantu spesies kau di jalan, katanya minyak habis." Cik pontianak cuba meminta Danny mempercayainya.

"Dengan nama tuhan kau tidak menipu?" Danny bersoal hendak percaya.

Cik pontianak mengangguk.

Danny lantas bangun dari baringnya. Berkira hendak keluar dan melihat mata kepala sendiri.

........

Dari jauh, Danny sudah menangkap kelibat satu manusia yang dalam masalah di tengah-tengah jalan.

"Dia buat apa tu?" Tercengang Danny melihat sikap lelaki itu hendak menolak motornya tapi tidak boleh.

Tapi pada Danny, terlihat satu susuk toyol sedang memeluk erat tayar tersebut. Danny menggeleng. Cik ponti disebelah dijeling.

"Saya hendak menahannya."

"Kau berjanji dengan manusia tu ke?"

"Tapi bukan masalah kau..Aku dengannya berjanji."

"Macam memaksa je ni."

"Tidaklah.."

Danny menggeleng kepala. Lelaki itu didekati dari belakang.

"Assalamualaikum bang."

"Oh mak kau, Allahuakbar, wa- walaikumusalam.. Terkejut saya."

"Abang kenapa ni?"

"Minyak saya, habis bang."

"Kebetulan saya ada minyak motor. Nah pakailah." Danny bagi minyak motor miliknya. Yelah kan, dah Ade motor. So dia fahamlah.

"Oh yeke, terima kasih..Er, abang ke adik ni Hehe,"

"Danny je bang, tengok macam ni saya nampak tua tapi muda lagi. Budak sekolah."

"Oh, er kau ada jumpa perempuan baju kurung putih ke sebelum ni? Dia cakap minta tolong kawan dia. Kut-kut kau kan..Risau."

"Oh, haah, em abang ada janji apa-apa ke? Macam, kalau dia bantu abang, abang kena bantu dia pulak."

Lelaki itu tepuk dahi, sambil tengok kiri kanan.

"Dia minta apa weh? Tu hantu kan? Kau ni, manusia kan?" Tanya lelaki itu gelisah sambil cuba start enjin moto.

Broom

Broom

"Haha abang ni bergurau pagi-pagi, saya manusia bang. Oh ye, abang dah isi minyak kan. Saya nak balik dululah. Abang hati-hati." Pesan Danny.

Lelaki itu mengangguk dan menyalami Danny sebelum berpisah. Sempat dikasi duit, tapi Danny menolak dan membantu iklas.

Setelah Danny pergi dari situ, lelaki itu cepat-cepat hendak meninggalkan tempat itu.

"Awak dah lupa janji kita?"

Terkejut beruk lelaki itu, lantas menoleh memandang ke belakang, kelibat seorang wanita sudah duduk di tempat duduk belakang.

"Bi-Bila kau ad- ada kat sini!?"

"Dah lupa?"

"Yalah, kau nak apa?" Lelaki itu pasrah akhirnya, mujur muka hantu tu tak menakutkan sangat.

"Aku nak kau hantar aku di dalam kebun sawit dihadapan sana. Hantar sahaja."

"Itu je? Lah aku ingat apalah tadi. Ni ada helmet tak?"

"Eh eh, hantu mana pakai helmet."

"Ya tak ya jugak."

"Lekaslah.."

"Ya, pegang leklok. Terpelanting kau belakang tu bukan salah aku." Ujar lelaki itu mula membonceng.

...............

Danny bercekak pinggang. Aliya yang duduk melutut atas lantai dipandang tajam.

"Lepas ni, aku haramkan kau kawan dengan mana-mana hantu. Satu dua tak pe. Tapi dekat berpuluh-puluh hantu kacau aku setiap malam. Memanglah bantuan untuk manusia, tapi aku tak naklah manusia tu terjerat sama dalam permainan syaitan mereka. Tak dapat aku, orang lain mereka tibai." Bebel Danny.

"Tapi, putuskan hubungan silaturrahim tu salah. Dapat dosa."

"Oh, dapat dosa, kau bagi aku service free tiap malam dengan kawan-kawan hantu kau boleh pulak."

"Ehehehe.."

"Ehehehe kau, pergi cuci semua baju aku. Tak rilex aku disebabkan kau. Anggap jela kau dapat hukuman aku."

"Ala."

"Apa ala-ala, pergi sekarang."

Aliya bawak diri menghilang ke sebalik dinding.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now