P17 Respect

461 55 13
                                    

Awan mendung mula melabuh tirai, membawa petanda hujan tak lama lagi ingin membasahi bumi yang disedari sejak semalam panas kemaraunya.

Aliya merenung. Rumah gelap hanya ditemani si hitam yang sedap terbaring di atas pehanya diusap lembut. Matanya entah kenapa disedari pudar dan kegelapan menyerupai hantu yang menakutkan. Ditambah lagi dengan suasana yang sangat kelam dan dingin.

"Akak, lebih baik akak tengok cerita atau mana-mana drama." Tegur Syam simpati. Bukan dia tidak tahu, sejak akhir itu Aliya sering termenung. Bila ditanya, tidak bersuara.

"Syam, bila Danny nak balik?"
"Seminggu lagi kak."

Aliya berubah riak. Sedih terlakar di wajah pucatnya. Sudah jelas memang dia merindui Danny. Mana tidaknya, selama dengan Danny, dia sudah belajar tidak menganggu manusia lain. Keterbiasaan itu membuatkan dia akhirnya menjadi tak biasa bila Danny tiada. Kalau Danny ada, Dannylah tempat dia mengusik dan disakat. Namun sekarang, dia tidak tahu hendak melakukan apa selain bermain dengan si Hitam.

"Aku nak keluar dari sini, tapi selalu tak lepas." Aliya mengadu.
"Akak macam mana boleh jadi macam ni?"
"Tak pasti, rasanya tubuh akak masuk dalam pengisar simen. Itu je kali terakhir akak ingat." Cerita Aliya.

Dua hantu itu berdiam diri saat guruh mula berdentum di dada langit. Bersama petir menyala di sana-sini menambahkan lagi kesuraman dan keseraman kediaman itu.

"Tok! Tok!"

Aliya mengangkat kepala. Terlihat tombol pintu dipulas dari luar. Manakala Syam sudah bersiaga hendak membuat kejutan sekiranya orang itu adalah Danny, hakikatnya dia tahu Danny masih dihospital. Cuma, dia sekadar mengharap.

Tombol pintu dipulas setelah terdengar kunci dimasukkan. Terjengullah wajah seseorang yang dikenali oleh Aliya.

"Aliya.."

Mati senyuman Aliya. Syam pula berkerut dahi. Sangkakan Danny, rupanya..

"Kau nak apa Is?" Buat kali kedua Aliya berbual dengan Is yang kini sudah basah kuyup. Pasti ditimpa hujan.

"Aku bawak makanan si hitam. Kunci pendua ni Danny bagi sekali dengan hijab aku dibuka untuk tengokkan keadaan kau kat sini."

Aliya tersentuh.
"Danny buat semua ni untuk aku?"
"Hm, tak sure pulak. Dia takut kau rosakkan barang dia atau berseronok sebab tak ada dia." Ucap Is selamba buat Aliya mengetap bibir. Tak guna punya manusia.

Is terus menuju ke bilik dia dimana barang-barangnya ada disana. Bilik masa dia lepak dan tumpang tidur, tapi bukan untuk disewa.

"Kau siapa?" Syam yang disedari berada diruang tamu agak tertarik dengan Is yang boleh melihatnya juga, tetapi Is tidak melayaninya.

"Aku kawan Danny, kawan dari dalam perut lagi. Kau siapa?"

Syam tunjuk si hitam yang tidur melingkar di sofa. Barulah Is ingat yang dia pernah nak cuba bela kucing tersebut, tapi Danny akhirnya menjelaskan kucing itu mempunyai penghuni.

"Hm, apapun good luck lah dengan niat kau nak cari mak kau, Danny dah pesan kat aku jangan sesekali pinjam tubuh aku kat kau. Baru je terdetik nak tolong."

Syam berubah riak. Baru nak tangkap Line.
"Cepat pulak dia bagitau." Guman Syam disambut tawa kecil dari Is yang hendak menuju ke biliknya.

Rumah itu, yang selama bergelap selama beberapa hari akhirnya bercahaya semula, sayangnya penghuni rumah sendiri berada di hospital. Is pula santai melihat televisyen tanpa menyakat si Aliya.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now