2 «her handkerchief»

31K 1.1K 30
                                    

"Good work."

Arfan mengukir senyuman kepada para jururawat yang membantunya dalam pembedahan pada pagi itu. Dia melangkah keluar dari bilik pembedahan tersebut sebaik sahaja katil pesakit itu ditolak keluar. Sarung tangan getah ditanggalkannya sebelum dia menanggalkan disposable PPE gowns yang dipakai olehnya. Penutup kepala juga turut dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Dia mula mencuci tangannya dengan cecair pembersih yang disediakan.

"Baru habis surgery ke?"

Arfan memandang kepada Serra yang menegurnya. Anggukan diberikan. "Kau ni?" soal Arfan.

"Aku ada emergency surgery kejap lagi," jawab Serra sambil dia mengikat rambutnya. "Kenapa tak datang semalam?" soalnya lagi.

Arfan mematikan paip air. Tisu yang disediakan ditariknya untuk mengelap tangannya yang basah. "Aku ada scheduled surgery semalam. Lepas tu, round ward and helping kat emergency," jawab Arfan, menyebut satu-persatu kerjanya semalam.

Serra menggelengkan kepalanya. "Minggu ni kau ada balik rumah ke?" soalnya.

"Esok."

"Seriously?"

Arfan hanya sengih. Dia membuang tisu di tangannya ke dalam tong sampah. "Good luck," ucapnya bila Serra sudah bersedia untuk masuk ke dalam bilik pembedahan. Serra hanya mengangguk.

Arfan melangkah meninggalkan ruang itu, menuju ke biliknya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Kasut ditanggalkan sebelum dia melunjurkan kakinya, membaringkan badannya. Timer selama tiga puluh minit dihidupkan sebelum dia kembali meletakkan telefonnya di atas meja. Matanya dipejamkan, bagi merehatkan diri buat seketika.

~

"Ni tidur ke tak?" Pipi mulus Airis dipicit dan kepalanya dipusing kiri dan kanan.

"Kak, Airis okay je lah," balas Airis, tidak selesa diperlakukan seperti budak kecil.

"Kenapa akak rasa kamu makin kurus ni? Kamu makan tak ni?" soal Mirza sambil dia melepaskan pipi Airis. "Tidur cukup tak?"

Airis mengukir senyuman. "Dah nama pun student kak, tidur tak cukup tu biasalah tu," katanya. Apron di atas meja diambil dan disarungkan pada badannya. "Yang penting, hari ni kan Sabtu? It's red velvet cupcakes and chocolate chips day!" ceria Airis menuturkan itu.

Mirza menggelengkan kepalanya. "Airis, study study juga. Tapi, tidur dengan makan jangan lupa," kata Mirza. "Lagi satu, kamu buat lagi ke kerja painting tu?" soalnya lagi.

Airis sengih. "Buat," jawab Airis sebelum dia beredar untuk masuk ke dapur. Dia menuju ke kabinet yang terdapat di sudut dapur bakery tersebut untuk mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat Red Velvet Cupcakes dan Chocolate Chips Cookies yang telah menjadi menu tetap dan istimewa pada hujung minggu di bakery tersebut.

Airis mengikat rambutnya pada messy bun. Lengan sweater yang dipakai olehnya disinsing hingga ke siku sebelum dia melangkah ke sinki untuk mencuci tangannya. Menjadi pelajar dietetik membuatkannya peka tentang langkah-langkah kebersihan diri yang perlu dia utamakan sebelum mula menyediakan sesuatu makanan.

~

Bunyi timer dari telefon membuatkan Arfan terbangun dari tidur singkatnya itu. Batang hidungnya dipicit sebelum dia bangkit dari pembaringannya. Lehernya diregangkan bagi menghilang rasa sakit kerana berbaring pada lengan sofa yang keras itu. Arfan menghidupkan telefonnya untuk melihat jam yang baru menunjukkan pukul sembilan pagi.

Arfan bangkit dari sofa dan melangkah ke tandas kecil di dalam bilik kerjanya itu. Badannya ditundukkan untuk mencuci mukanya. Rambutnya yang terjuntai di dahinya ditolak ke belakang. Selesai mencuci muka bagi menyegarkan diri, dia menyeluk poket seluarnya, mencari sapu tangan.

Lipatan sapu tangan yang berwarna putih itu dileraikan sebelum dia mengelap wajahnya yang basah sambil melangkah kembali ke dalam bilik kerjanya. Dia melangkah ke kerusi yang dimasukkan ke bawah meja dan melabuhkan punggungnya di situ. Sapu tangan di tangannya diletakkan kembali di atas meja sebelum dia menghidupkan skrin komputer di hadapannya.

Kejap. Sejak bila kau ada sapu tangan?

Tangannya yang menyelak fail rekod pesakitnya terhenti. Dia menoleh pada sapu tangan yang terletak elok di tepi tangannya dan diambilnya. Badannya disandarkan pada kerusi empuknya. Matanya meneliti sapu tangan tersebut sehingga matanya tertumpu pada sulaman di bawah sapu tangan tersebut.

Airis Dahlia.

"Ah.. budak ni punya." Arfan membuka laci mejanya. Sehelai sticky note yang berwarna merah jambu diambilnya keluar. Telefonnya dicapai. Nombor yang tertera di bawah kertas itu disalin pada telefonnya sebelum dia mendail nombor tersebut. Jari-jemarinya mengetuk permukaan meja, menunggu panggilannya dijawab.

"This is the voicemail.."

Arfan memandang skrin telefonnya sebelum panggilan yang tidak dijawab itu ditamatkan. Matanya memerhati satu-persatu nombor pada kertas dan skrin telefonnya, untuk memastikan nombor yang didailnya betul. Nafasnya dihela sebelum dia cuba mendail lagi sekali namun seperti tadi, tiada yang menjawab.

Arfan menghelakan nafas. Dia menyimpan nombor tersebut dengan nama 'Kid'. Setelah itu, dia masuk ke aplikasi Whatsapp. Ruang perbualan yang kosong dengan gadis itu dibuka. Sapu tangan di tangannya digambar sebelum dihantar kepada gadis tersebut bersama satu ayat.

Kalau kau tak nak aku buang sapu tangan kau ni, datang jumpa aku dekat kafe semalam, pukul 9 malam ni.

Arfan menutup kembali telefonnya dan diletakkan di atas meja setelah menghantar mesej dan gambar tersebut. Sapu tangan di tangannya dipandang. Seriuslah kau nak bagi balik macam ni, Fan? Kau tak nak cuci dulu ke apa?

Arfan diam sejenak. Nafasnya dihelakan sebelum dia bangkit, menuju ke bilik air bersama dengan sapu tangan tersebut. Sapu tangan tersebut dicuci. Setelah itu, sapu tangan itu dibentangkan di atas meja kaca di biliknya itu, untuk mengeringkannya dengan bantuan kipas dan juga penghawa dingin. Dia memandang sapu tangan tersebut. "What the fuck am I doing?" soalnya sendiri.

Arfan menoleh kepada mejanya yang penuh dengan fail. "Patutnya aku buat kerja tapi kenapa aku sibuk cuci ni pula?" bebelnya sendiri. "Fan, kau jangan macam-macam. Dia tu budak lagi, tahu?" Arfan menggelengkan kepalanya, cuba menghilangkan gadis itu dari fikirannya.

Ketukan di pintu menyentakkannya. "Masuk," arahnya. Dia melangkah ke arah mejanya. Dia memandang pada jururawat yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Arfan mengukir senyuman. "Hm, Nurin, kenapa?"

Nurin mengukir senyuman sama. Doktor di hadapannya sangat murah dengan senyuman. Dahlah manis. "Err, saya nak bagitau doktor yang Encik Wan discharge pukul 10 pagi kejap lagi."

"Oh, ye ke?" Arfan mengangguk. "Kejap lagi saya jumpa dia. Thank you, Nurin," Arfan mengukir senyuman sebagai ucapan terima kasih. Nurin mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik Arfan itu.

Arfan mengambil kot putih miliknya yang terletak pada belakang kerusi dan disarungkan pada badannya. Steteskop dan telefon miliknya di atas meja diambil dan dimasukkan ke dalam poket sebelum dia melangkah keluar.

~

Leave your comments, everyone ! Thank you and I love you !

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now