13 «surgery»

23.1K 1K 67
                                    

"Then, kahwin dengan aku."

"Hah?!"

Arfan menghelakan nafasnya. Tidak menyangka ayat itu akhirnya keluar dari bibirnya. "I said, marry me."

"No!" Airis menggelengkan kepalanya. "Awak ingat kahwin ni main-main ke? Kenapa pula awak nak kahwin dengan saya?"

"No? Kau tak suka aku ke?"

"No.. saya bukan tak suka awak. Tapi.." Airis tidak meneruskan kata-katanya saat menyedari apa yang baru meluncur keluar dari mulutnya.

Arfan senyum sinis. "So, kau suka aku."

Airis mengetap bibir. "Arfan, saya tengah banyak benda nak fikir sekarang. Boleh tak awak jangan nak buat lawak yang tak lawak?" Airis mulai letih hendak bertikam lidah dengan jejaka itu.

"Aku tak buat lawak. I'm being serious," balas Arfan.

Airis memandangnya, mencari kejujuran dan keikhlasan pada wajah jejaka itu. "Tapi awak tak suka saya pun."

"And how do you know that?"

Airis terdiam. How do I know that?

"Airis," sebut Arfan, ditekannya nadanya. "I never said I didn't like you." tuturnya. Nafasnya dihelakan. "I want to be with you, Sunshine. At your highest and lowest," sambungnya.

Airis terdiam, kaku, kelu lidahnya. Mata Arfan yang menatap wajahnya ditenung.

"So, aku nak tanya kau lagi sekali dan untuk kali yang terakhir. Kalau kali ni juga kau cakap no, aku takkan dekat dengan kau lagi. Tapi, aku akan tetap tolong ayah kau dan lepas tu, aku takkan muncul dalam hidup kau lagi."

Airis mengetap bibir.

"So, sunshine, will you be mine?"

Airis memandangnya. Lama, sebelum dia menghelakan nafasnya. "How can I say no to getting free coffee for the rest of my life?" balasnya.

~

Arfan mengangguk pada Nurin yang berdiri di sebelahnya, sebagai isyarat bahawa mereka akan mulakan pembedahan untuk membuang tumor otak. Nurin mengangguk, sebagai balasan. Dia memandang pada jururawat yang lain. "Operation theater. Now," ujaranya.

Arfan keluar dari bilik wad tersebut sebaik sahaja katil di mana Encik Hanif terlantar. Dia memandang pada Airis dan Puan Rania yang menunggu di luar wad. Kakinya mengatur langkah ke arah dua orang wanita itu.

Airis dan Puan Rania yang menyedari kehadirannya segera berdiri. Arfan hanya memandang seketika pada Airis sebelum matanya jatuh pada Puan Rania. Senyuman kecil diukirnya. "Puan, jangan risau, ya? Saya akan buat yang terbaik untuk selamatkan suami Puan," ujarnya lembut.

Puan Rania mengangguk dalam senyuman kecilnya. "Terima kasih, doktor."

Arfan mengangguk. Dia memandang pada Airis yang berdiri di sebelah ibunya. "Airis," panggilnya.

Airis mengangkat wajahnya untuk memandang Arfan. "Ye?"

"Sini kejap," ujarnya, mengisyaratkan agar Airis mengikutnya. Airis melepaskan genggaman tangannya pada Puan Rania sebelum mengikut langkah Arfan.

Arfan berhenti melangkah dan berpaling untuk menghadap gadis itu. "I'll save him. So, don't worry," sambungnya.

Airis membalas pandangan jejaka itu dan mengorak senyuman kecil. "Thank you."

"I never trust myself with surgery before. So, if the surgery went well, I usually considered myself as lucky," tutur Arfan. "But, it's different this time," sambungnya.

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now