31 «megat awatif»

28.6K 918 29
                                    

"Rifqi!"

Rifqi yang baru keluar dari dewan kuliah menoleh pada Airis yang melangkah ke arahnya. Senyuman melebar di bibirnya saat melihat bekas teman wanitanya itu. "Wow.. Airis Dahlia.."

"Aku nak cakap dengan kau. Sekarang," Airis tidak membuang masa, terus straight to the point. Jika bukan kerana dia ingin menyoal tentang video itu, dia tidak akan sesekali datang untuk bertemu dengan Rifqi.

"Okay.. kenapa.."

"Cepatlah!" Airis terus merentap tangan Rifqi untuk mengikutnya, menjauhi rakan sekelas Rifqi. Mereka melangkah ke arah hallway yang kosong. Tangan Rifqi dilepaskan sebelum dia menghadap jejaka itu. Matanya tajam pada Rifqi dan wajahnya langsung tiada senyuman.

"What is this about?" soal Rifqi, hairan kerana gadis itu kelihatan tergesa-gesa. "Oh, kau nak cakap pasal kita ke?" soal Rifqi lagi. Wajahnya tiba-tiba bersinar.

"Obviously no," nafi Airis terus. "Kau dekat mana Sabtu lepas?" soal Airis terus.

Rifqi mengerutkan keningnya. "Sabtu lepas?"

"Jangan buat-buat tak tahu, boleh tak?! Sabtu lepas! Hari program Foods for Cancer Patients! Kau dekat mana?!" nada Airis naik seoktaf, malas hendak berlembut dengan Rifqi.

"Oh.." Rifqi diam sejenak sebelum menjawab. "Aku ada game dekat luar. Kenapa?"

Dahi Airis berkerut saat mendengar jawapan Rifqi. "Kau ada game dekat luar? Kau tak datang kampus ke hari tu?"

Rifqi geleng. "Nope. Buat apa aku nak datang program boring macam tu?" balas Rifqi.

Rifqi baru sahaja mengutuk program yang diuruskan olehnya. Tetapi Airis tiada masa hendak mengambil tahu pasal itu. Kerana.. Rifqi tiada di kampus ketika video itu direkod. Tapi.. "Macam mana aku nak tahu kau tak menipu?"

Rifqi tergelak sinis. "Bila kau pernah tengok aku menipu?"

"Always, Rifqi. Always," balas Airis sarkastik.

Rifqi menggulingkan biji matanya. "Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya kawan soccer aku yang lain. Takpun, kau boleh check instagram club soccer aku."

Right. Rifqi tidak menipu. Airis mengetap bibir. "Habis tu kalau bukan kau, siapa lagi?"

"Hah? What are you saying?"

Airis menghelakan nafasnya. "Nothing." Kepalanya digelengkan. "Thanks, anyway. Aku pergi dulu." Airis terus melangkah, meninggalkan Rifqi di situ. 

Langkah Airis terhenti saat matanya tertangkap akan Farrel dan Ain yang keluar dari perpustakaan bersama. Keningnya berkerut. Sejak bila Farrel dan Ain rapat?

"Airis," Farrel yang sedang berbual dengan Ain sebentar tadi mengalihkan matanya pada Airis saat dia menyedari kehadiran gadis itu. Ain turut menoleh pada kawannya itu.

"Er..hi," sapa Farrel.

Airis senyum tipis. "Hi."

"Kau buat apa dengan Rifqi?" soal Ain. Matanya tertumpu pada Rifqi yang sudah berjalan ke arah yang bertentangan dengan mereka.

"Aku nak tanya dia something je," jawab Airis biasa.

"Kau get back dengan dia ke?" soal Ain lagi.

"No. Why should I?" balas Airis. "Anyway.. what are you guys doing together?" soal Airis sambil menjongketkan keningnya.

"Err.." Farrel dan Ain bertukar pandangan. "Kitaorang terserempak on the way keluar library," jawab Farrel.

"I see.." Airis mengangguk, malas hendak menyoal lagi. "Aku pergi dulu," Airis terus meminta diri. Senyuman tipis diberi kepada kedua-dua orang itu sebelum dia melangkah meninggalkan Farrel dan Ain.

My Beautiful SunshineKde žijí příběhy. Začni objevovat