7 «rifqi»

24.1K 1.1K 13
                                    

"Hey, Fan."

Arfan yang menatap skrin telefonnya dari tadi mengangkat wajah memandang Naufal yang baru sampai. Kawannya itu masih dalam persalinan pejabatnya. Arfan jongket kening. "Direct dari office ke?" soal Arfan.

Naufal menyinsingkan lengan baju kemejanya dan memandang pada Arfan. "Ha'ah."

"Bagi pula Liya kau balik lambat."

"Aku cakap aku nak jumpa kau kejap, so dia pun okay je," balas Naufal. "Dia kirim salam, by the way."

Arfan menganggukkan kepalanya. "Sihat ke dia? Kandungan dia? Aariz?" soal Arfan sambil memusingkan cawan kopi di tangannya.

Naufal angguk. "Sihat je semua," balasnya sambil mengangkat tangannya, memanggil pekerja di kafe tersebut. "Kau tak kerja ke hari ni?" soalnya selepas memesan minuman.

Arfan geleng. "Aku balik kerja pagi tadi."

"Cuti sampai esok?"

Arfan angguk. "Kenapa kau nak jumpa aku ni?" soal Arfan, teringat akan sebab Naufal ingin bertemu dengannya.

Naufal menghirup perlahan air pesanannya yang baru sahaja sampai sebelum menjawab, "next week birthday Aariz."

Terjongket kening Arfan. "Second birthday?"

Naufal angguk. "So, aku plan nak buat majlis dia dekat hotel kau, sekali dengan gender reveal party."

"Ahh.. dah tahu gender dah ke?"

Naufal mengecilkan matanya. "Kalau aku dah tahu, aku tak buat punya gender reveal party ni," sinis dia membalas.

Arfan sengih. "Okay. So, gender reveal party sekali birthday Aariz? Hari sama ke?"

"No, dua hari."

Arfan mengangguk faham. "Jadi, kau nak pakai hotel aku dua hari?"

Naufal angguk. "Lagi satu, aku nak minta tolong kau."

"Apa dia?"

Naufal mengeluarkan sampul surat dan dihulurkan pada Arfan. "Dalam ni ada gender baby aku yang second ni, aku nak kau cari something yang best untuk pakai time gender reveal ni nanti, boleh?"

Arfan menjongketkan keningnya. "Fal, you gotta be kidding me? Kau tahu kan, antara semua kawan-kawan kita, akulah yang paling busy. Ni kau nak tambahkan busy aku pula?"

Naufal bersandar pada kerusi. "Rayyan, Huzair, Hazrul tiga-tiga tak boleh percaya, tahu? Ada juga diaorang announce before majlis tu lagi."

"Serra?"

"Serra kan busy dengan majlis dia juga."

Arfan menghelakan nafasnya. "So, memang kena aku lah buat?"

Naufal angguk. "Liya nak cake."

Arfan memandangnya. "Cake?"

Naufal mengangguk. "Nanti aku hantar list bakery yang.."

"Kalau aku cari sendiri, boleh?"

Terjongket kening Naufal. "Cari sendiri? Bukan kau cakap kau busy ke? Ada masa pula nak cari sendiri bakery tu?"

Arfan memandangnya. "Kau nak aku tolong ke tak ni?"

"Alright, fine," Naufal mengalah.

Arfan senyum kecil. "Cake birthday Aariz?"

"Yang tu takpe, nanti kitaorang cari sendiri.."

"Kalau aku carikan sekali baker yang sama?"

Makin berkerut dahi Naufal. Matanya dikecilkan. "Fan, kau ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" soal Naufal.

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now