15 «strawberry»

25.6K 1K 29
                                    

Arfan keluar dari bilik airnya sambil menggosok rambutnya yang masih basah. Dia melangkah ke arah meja di sudut biliknya. Tangannya mencapai telefon di aras meja dan dibuka. Jam di skrin telefonnya dipandang. Baru pukul 8:45 pagi. Dia sudah berjanji dengan Airis untuk menemani gadis itu untuk membeli buku hari ini.

Arfan beredar ke wardrobe untuk bersiap. Seluar hitam dan sweater yang juga bewarna hitam dikeluarkan dan diletakkan di atas katil yang kemas. Oleh kerana dia selalu berada di hospital, maka, apartment miliknya sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas.

Selesai menyarungkan pakaiannya, tali pinggang diambil untuk dipakai pada seluarnya. Rambutnya dikemaskan dan jam tangan dipakai. Setelah memastikan dirinya siap, Arfan mencapai kunci kereta dan juga card holder miliknya.

Arfan melangkah keluar dari biliknya dan menuju terus ke dapur. Peti sejuk dibuka dan botol air kecil dikeluarkan sebelum dia melangkah ke ruang tamu. Jaket hitam di tangannya diletakkan di atas sofa dan dia melabuhkan punggungnya di situ.

Jam tangan ditilik. Baru pukul 9:15 pagi. Lambat lagi. Rumah dia ke tempat tinggal Airis tidaklah jauh sangat. So, he's taking his own sweet time.

Saat jarinya menekan-nekan butang pada alat kawalan jauh untuk mencari siaran yang menarik, loceng rumahnya berbunyi. Arfan mengerutkan dahinya, bingung. Kerana he's not expecting anyone today.

Arfan meletakkan alat kawalan jauh di atas meja sebelum bangun untuk membuka pintu. "Ayyara?" Kening Arfan berkerut bila melihat adiknya itu berdiri di hadapannya. "What are you doing here?" soalnya, hairan kerana gadis ini jarang hendak datang ke rumahnya. Paling-paling pun, gadis ini akan mengajaknya berjumpa di luar.

"Can I come in?" soal Ayyara biasa.

Arfan menghelakan nafasnya sebelum dia memberi laluan untuk Ayyara melangkah masuk. Arfan kembali menutup pintu sebelum mengikut langkah Ayyara ke ruang tamu.

"Clean as expected," ujar Ayyara sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

Arfan menggulingkan biji matanya. "Do you want some drinks?"

"No, I'm good. Beside, you only have plain water in your fridge."

"You're coming to roast me or what?" Arfan menjongketkan keningnya sebelum melabuhkan punggung di sofa.

Ayyara memandang pada abang sulungnya itu. "No. I want to talk."

"What? Be quick."

"Are you really gonna get married?"

"Did Papa send you here?"

"No." Ayyara menghelakan nafasnya. "Abang tahu kan kalau abang berkeras juga nak kahwin, abang takkan dapat apa-apa daripada Papa? Termasuklah your share in the company. Papa akan tarik semua tu."

"I know." Arfan memandang pada Ayyara. "I don't care about his money or his company. It's not mine, anyway."

"But you are his only son. If anyone need to take over his company, it's you."

Arfan menghelakan nafasnya. "Yes, I'm his son, his child. But you and Arisha are also his children. So, what makes us different? Except the fact that I'm the son and you are the daughter."

Ayyara mengetap bibir.

"Yara, I have my own life and I'm happy with it. I'm happy being a doctor. It's my dream after all. And now that I achieved it, you want me to leave it just to take over Edspired when the Chairman, Megat Awatif has another two daughters?"

"But I can't do it. I am not confident."

"Yara, if anyone can do it, it's you. You know Edspired better than anyone. And Arisha.. you have Arisha as well."

"Arisha nak jadi artist. Painting artist. She never showed any interest in being one of Edspired," balas Ayyara biasa.

Arfan diam. Wajah adiknya itu dipandang dengan perasaan kasihan dan juga bersalah.

"Anyway, I have to go. Yara ada meeting kejap lagi," Ayyara mencapai beg tangannya sebelum berdiri. Dia melangkah ke arah pintu sambil diekori oleh Arfan.

"Oh anyway.." Ayyara kembali berpaling memandang Arfan. "Can you please tell your bestfriend to stop disturbing me?"

Arfan mengerutkan keningnya. "My bestfriend?"

"Rayyan Ziqri."

"Rayyan is disturbing you?" soal Arfan, keningnya dijongketkan.

"Yes. Can you please tell him to stop? That's the least you can do for me."

Arfan diam sejenak sebelum mengangguk. "Sure, I'll talk to him."

"Thank you."

Arfan hanya menghantar langkah Ayyara dengan matanya. Dia menilik jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 9:45 pagi. "Shit."

~

Airis menuruni tangga dengan laju. Bibirnya mengorak senyuman lebar bila melihat kereta Arfan di bawah sana. Dia berlari anak ke arah kereta jejaka itu.

"Hai!" sapa Airis sebaik sahaja dia memboloskan badannya ke dalam kereta. Arfan memandangnya.

"Hai." Arfan mengerutkan dahinya. "Kenapa happy sangat ni?" soalnya.

Airis mencebik. "Awak ni. Saya happy pun salah ke?"

"I didn't say that. I'm just asking," balas Arfan. "Put your seatbelt on sunshine," beritahu Arfan sambil dia menurunkan handbrake.

Airis terus menarik seatbelt untuk membaluti badannya. Kereta Arfan mula bergerak, meninggalkan kawasan itu. Airis mengerling pada jejaka itu. "Awak lambat eh hari ni?" Airis membuka mulut untuk memecahkan kesunyian di dalam kereta itu.

"Ha'ah. Adik aku datang rumah aku kejap tadi."

"Awak ada adik?"

"Dua orang. Perempuan."

Airis menganggukkan kepalanya. "Mesti cantik kan?"

"Obviously. They are my sisters. I mean.. look at me."

Airis mencebik. "Saya cakap pasal adik awak. Bukan awak. Jangan perasan sangat boleh tak?"

Kereta Arfan berhenti di lampu trafik yang menunjukkan lampu merah. Dia memandang pada Airis. "It's a fact, baby."

Airis mengemam bibir, menahan senyuman bila perkataan 'baby' itu keluar dari mulut jejaka itu. Perutnya tiba-tiba dipenuhi dengan rama-rama yang berterbangan oleh kerana jejaka di sebelahnya itu.

Arfan hanya senyum sinis bila melihat wajah gadis itu naik merah. "You looks like a strawberry," ujarnya sambil dia kembali memandu sebaik sahaja lampu trafik bertukar hijau.

Tangan Airis laju menekup kedua-dua pipinya yang jelas terasa panas membahang. "I'm not a strawberry."

"You are. The only strawberry that I like."

Airis terus memalingkan wajahnya ke tingkap kereta, menyembunyikan senyuman yang tidak dapat ditahannya lagi.

~

Arfan calling Airis with every sweet and cute nicknames 😭

and good morning everyone !

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now