39 «stay»

31.9K 1K 39
                                    

"Arfan."

Arfan yang baru sahaja keluar dari bilik pesakit VIP menoleh kepada Serra yang melangkah ke arahnya. Nafasnya dihelakan. Apa lagi dia nak ni? Nak berleter?

"Kau busy tak lepas ni?" soal Serra sebaik sahaja dia berhenti di hadapan Arfan.

"Kenapa?"

Serra menyerahkan clipboard di tangannya kepada Arfan. "Emergency patient, katil 4. Kau boleh cover?"

Arfan memandang Serra sebelum memandang pada clipboard di tangannya. Matanya jatuh pada nama yang tertera di atas kertas tersebut. Airis Dahlia. Membulat matanya. Dia memandang Serra. "Kenapa.."

"Go. Kau pergi tengok condition dia."

Arfan tanpa membantah terus melangkah meninggalkan Serra. Kakinya melangkah laju ke emergency room. Kesibukkan di sekelilingnya tidak dihiraukan. Dia terus mencari katil nombor 4 seperti yang tertera di clipboard tersebut.

Dari jauh dia dapat melihat Airis yang duduk bersandar pada kepala katil dengan Ivan yang berdiri di sebelahnya. Pegangannya pada clipboard semakin kuat bila melihat kepala gadis itu sudah dibalut dengan kain putih. God.. I'll kill the person who did this to her.

"Airis Dahlia."

Airis yang tadinya bermain dengan jari-jemarinya kaku saat mendengar suara itu. Kepalanya yang tadinya menunduk kini didongakkan untuk memandang Arfan.
Ivan menundukkan kepalanya kepada Arfan sebelum beredar, meninggalkan Airis dan Arfan di situ.

Arfan menatap wajah gadis itu. Hatinya meronta ingin memeluk gadis itu tika itu juga. Namun wajahnya dibuat sebiasa yang mungkin. Apa-apa pun, gadis ini tetap pesakitnya sekarang. Maka, dia melangkah ke tepi Airis dan duduk di kerusi di sebelah katil gadis itu.

"Apa jadi?" soalnya biasa.

Airis mengetap bibir. "Jatuh tangga."

Arfan memandang Airis. "Jatuh tangga? Macam mana kau boleh jatuh tangga?"

"Err.." Airis mengemam bibir sebelum menghelakan nafasnya. "Saya balik dari kelas. So saya guna tangga dan saya terserempak dengan seseorang. Dan dia tolak saya."

Arfan mengetap rahang saat mendengar penjelasan ringkas Airis itu. Sekiranya mereka bukan di hospital sekarang, dia pasti sudah bertanya akan siapa yang berani menyentuh isterinya ini. Namun keadaan Airis lebih penting sekarang. "Right. How does you feel? Selain daripada kepala kau, bahagian badan kau yang lain ada sakit? Aside from the obvious bruise of course."

"My neck."

"Really?" Arfan bangun dan merapatkan badannya dengan Airis. Tangannya naik dan menyentuh belakang leher Airis sambil matanya masih pada gadis itu.

Kehangatan dari tangan Arfan menyentakkan Airis. Jantungnya kembali berdegup laju.

Arfan menekan perlahan belakang leher Airis, membuatkan gadis itu berkerut kesakitan. "Sakit?" soalnya perlahan dan lembut.

Airis menganggukkan kepalanya.

Arfan kembali duduk. Tangannya digenggam kuat. Jika mengikut hatinya, sudah lama dia memeluk gadis ini. "Nanti aku akan order CT scan untuk kau. Just in case ada internal bleeding, swelling or a fracture." Arfan mengeluarkan pen dari dalam kot putihnya dan mula menulis sesuatu di atas kertas clipboard tersebut. "And you will need to stay here for a day for further monitoring. Nanti aku bagitau nurse untuk pindahkan kau dalam wad."

Airis menganggukkan kepalanya.

Arfan kembali memandang Airis sebaik sahaja dia habis menulis. Nafasnya dihelakan. "That seseorang. Siapa?" soal Arfan ringkas.

My Beautiful SunshineDonde viven las historias. Descúbrelo ahora