48 «morning sickness»

37K 985 32
                                    

Pintu bilik tidur ditolak dengan menggunakan sikunya sebelum Arfan melangkah masuk sambil membawa dulang yang berisi sarapan pagi untuk Airis. Dari luar, dia dapat mendengar bunyi Airis muntah di dalam bilik air. Arfan meletakkan dulang tersebut di atas meja sebelum melangkah ke bilik air yang pintunya tidak dikunci oleh Airis. Sejak mengetahui Airis mengandung, Arfan menghalang gadis itu daripada mengunci pintu bilik air, atas alasan untuk keselamatan Airis jika ada apa-apa yang berlaku di dalam bilik air.

Arfan menghampiri Airis yang membongkok di sinki di sudut hadapan bilik air mereka. Tangannya lembut mengusap belakang badan Airis. Sambil itu, rambut Airis diraupnya ke belakang. "You're okay?" soalnya setelah gadis itu mencuci mulutnya dan akhirnya berdiri.

Airis mengangguk lemah. Badan Arfan serta-merta dipeluknya. Arfan senyum kecil sambil mengusap lembut belakang badan Airis sebelum badan Airis didukungnya dan dibawa masuk ke dalam bilik. Badan Airis kemudiannya didudukkan di atas sofa.

Gelas yang berisi air kosong diambil dan diserahkan kepada Airis. "Minum," arahnya.

Airis menyambut huluran Arfan dan dibawanya gelas itu ke bibirnya. Diteguknya sedikit sebelum gelas tersebut kembali diserahkan kepada Arfan. Setelah itu, dia membaringkan diri di atas paha Arfan dan matanya dipejamkan bagi menghilangkan rasa mual dan peningnya.

"Kau tak nak makan ke?" soal Arfan lembut. Jarinya mengurut lembut dahi Airis.

Airis menggelengkan kepalanya. "Nanti muntah balik."

Arfan menghelakan nafasnya. Kasihan dengan isterinya kerana sejak akhir akhir ni, Airis langsung tiada selera hendak makan. Makan sikit, muntah balik. "Kalau kau tak makan, nanti badan kau lemah Sunshine. Makan sikit, alright?" pujuk Arfan lembut.

"Kejap lagi, boleh?" Airis malas hendak bertikam lidah dengan Arfan dengan keadaannya yang lemah sekarang ini.

"30 minutes." Arfan memberikan masa untuk gadis itu sambil jarinya bergerak memicit dan mengurut dahi gadis itu.

"Awak tak kerja ke hari ni?" soal Airis. Matanya dibuka untuk memandang Arfan.

Arfan geleng. "Aku minta cuti."

Airis mengemam bibirnya, rasa bersalah kerana membuatkan Arfan terpaksa meminta cuti. "Awak.. saya okay je. Awak tak perlulah minta cuti lama sangat," ujar Airis. Sudah seminggu Arfan bercuti untuk menemaninya disebabkan dia mengalami morning sickness yang sangat teruk. Maka, Arfan tidak mahu meninggalkannya sendiri.

"No Sunshine. Kalau perlu, aku boleh minta cuti sampai kau bersalin. Yang penting aku ada dengan kau bila kau perlukan aku."

Airis memuncungkan mulut dan matanya tiba-tiba berkaca mendengar balasan daripada Arfan itu. Ini salah satu perkara yang dia benci sejak dia mengandung. Dia sangat mudah tersentuh dan akhirnya menangis yang memerlukan Arfan memujuknya setiap kali dia menangis.

"No, don't cry," ujar Arfan saat menyedari mata gadis itu berair. Jarinya mengusap lembut sisi wajah Airis.

Airis mencapai tangan Arfan di dahinya ditarik dan digenggamnya lembut. Belakang tangan Arfan dicium. "Thank you for taking care of me."

"It's my pleasure Sunshine. Aku dah cakap kan, we are in this together," kata Arfan sambil senyum kecil. Badannya ditundukkan dan bibir Airis dikucupnya lembut buat seketika.

Airis mengorak senyuman.

~

Pinggan yang berisi chicken quesadilla diletakkan di hadapan Airis yang sudah menunggu sedari tadi. Arfan kemudiannya duduk di hadapan Airis. Airis tiba-tiba meminta Arfan untuk membuatkannya chicken quesadilla ini sejam yang lalu. Sejak Airis mengandung, sangat jarang gadis itu mempunyai selera untuk makan sehingga Arfan buntu. Maka, bila Airis menyuarakan her craving, sememangnya terus ditunaikannya tanpa banyak soal.

My Beautiful SunshineOù les histoires vivent. Découvrez maintenant