3 «hot chocolate»

26.4K 1.1K 46
                                    

"Thank you. Datang lagi, ya?" Airis mengukir senyuman kepada pelanggan yang baru sahaja selesai membuat pembayaran. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Jam tangannya ditilik. Baru 8:45 malam.

Airis menyeluk poket apron yang dipakainya. Telefon yang dari pagi tadi terletak elok dalam apronnya dihidupkan. Berkerut keningnya bila melihat ada dua missed call daripada nombor yang tidak dikenali.

"Siapa ni?" tuturnya sendiri. Aplikasi Whatsapp dibuka. Dan lagi sekali, terdapat mesej daripada nombor yang sama. Airis membuka mesej tersebut. Terbeliak matanya bila membaca mesej tersebut. "9 malam?!" Mata Airis tertumpu pada jam di sudut atas skrin telefonnya. "Oh my God!" Airis terus bangun dari kerusi di hadapan kaunter tersebut. Dia berlari masuk ke dapur. Totebag yang berwarna putih diambilnya terus sebelum dia berlari keluar.

"Eh Airis, nak pergi mana?!" panggil Mirza bila melihat gadis itu tergesa-gesa.

Airis memandang Mirza. "Kak, Airis kena keluar sekarang. Airis kena jumpa dengan someone sekarang. Airis balik dulu eh? Bye! Jumpa esok!"

"Eh Airis! Apron kamu tu!"

Tanpa mendengar balasan daripada Mirza, Airis terus berlari keluar. Kakinya berlari laju, mengejar masa. Tolongla, tolongla dia masih kat situ!

Sambil dia berlari, sambil dia menilik jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 8:50 malam. Ada lagi sepuluh minit.

~

Arfan mengetuk permukaan muka meja sambil matanya tertumpu pada jam yang tertera di skrin telefonnya. Bunyi loceng yang menandakan ada pelanggan yang masuk. Arfan mengangkat muka, menjangkakan gadis itu. Namun, bukan.

Arfan kembali memandang skrin telefonnya. 8:59 malam. Dia memandang sapu tangan di tangannya. Kalau tuan kau tak datang kejap lagi, aku buang kau.

Arfan kembali memandang skrin telefonnya. Tepat 9 malam. Arfan menghelakan nafasnya. Dia bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah untuk keluar dari kafe tersebut. Baru sahaja dia hendak membuka pintu kaca itu, pintu tersebut sudah dibuka dari luar.

"Awak." Airis menghelakan nafasnya. Dadanya turun naik, cuba mengejar balik nafasnya. "Saya datang tepat pukul 9," sambungnya lagi.

Arfan memandang gadis itu. Peluh menitik pada dahinya. Sanggul rambut gadis itu sudah longgar membuatkan helaian rambutnya memenuhi sisi wajahnya. Di badannya masih tersarung apron. "Kau lari ke datang sini?" soal Arfan.

Airis mengangguk. "Ha'ah. Saya baru tengok Whatsapp awak malam ni. Saya risau awak balik.." kata kata Airis terbantut. "Er, maksud saya, saya risau awak buang sapu tangan saya. Sebab tu saya lari," tutur Airis.

Arfan memandang sekumpulan doktor pelatih yang melangkah ke arah kafe itu. Arfan menarik pergelangan lengan Airis untuk masuk ke dalam kafe, tidak mahu mereka menghalang laluan pelanggan yang hendak keluar dan masuk. Arfan menarik lengan Airis ke arah mejanya tadi. Airis memandang tangan kekar Arfan yang menarik lengannya. Jika tadi denyutan jantungnya tinggi kerana berlari, kini denyutan jantungnya tinggi kerana jejaka ini.

"Duduk," arah Arfan sebelum dia melabuhkan punggung berhadapan dengan gadis itu.

Airis memandang wajah tanpa riak Arfan sebelum melabuhkan punggungnya di hadapan Arfan. Totebag yang disangkut pada bahunya diletakkan di atas pangkuannya.

Arfan memandang wajah gadis itu. "Kau tak nak buka ke apron tu?" soalnya biasa.

Dahi Airis berkerut. Dia tunduk memandang badannya. Matanya terbuka luas. Oh my God?! Gila kau ni Airis!! Aaaa malunyaaa!

Airis memandang Arfan dengan wajahnya yang sudah naik memerah. "Erm, saya nak pergi tandas kejap," beritahu Airis sebelum dia bangun dan melangkah laju ke tandas.

"Airis!! Kenapa kau boleh lupa tanggalkan apron kau ni?! Habis tu aku lari dengan apron ni dari tadi?! Ya Tuhan! Malunyaaaa!" Airis membebel sambil menanggalkan apron di badannya itu. Apron tersebut dilipat dan dimasukkan ke dalam totebag miliknya.

Dia memandang cermin. Matanya terbuka luas bila melihat wajahnya yang dipenuhi dengan helaian rambutnya. Ya Tuhan!!

Airis segera menanggalkan ikatan rambutnya yang sudah longgar. Rambutnya yang panjang itu disikat secara rawak dengan jari-jemarinya. Setelah itu, dia menundukkan badannya untuk mencuci mukanya. Wajahnya yang basah itu kemudiannya dilap menggunakan tisu sebelum dia mengambil lipbalm dalam begnya. Lipbalm itu dicalit tipis pada bibirnya. Lengan bajunya yang disinsing hingga ke siku ditarik hingga ke pergelangan tangan.

Airis kembali memandang pantulannya pada cermin. Senyuman kecil diukir pada bibirnya. "Okay." Kepalanya dianggukkan setelah berpuas hati dengan penampilannya itu. Airis melangkah keluar dari tandas, menuju pada Arfan yang masih duduk di situ.

Arfan mengangkat wajahnya bila Airis kembali duduk di hadapannya.

"Sorry," tutur Airis perlahan. Tidak pasti untuk apa tetapi dia ingin mengucapkan itu. Okay, whatever!

Arfan menolak cawan kepada Airis, bersama dengan sapu tangannya. "Aku tak pasti kau nak apa, so aku belikan hot chocolate untuk kau," beritahu Arfan. Airis memandang cawan yang berwarna putih itu.

"Oh.. thank you," ucap Airis sambil dia mengambil cawan tersebut. "I love coffee more, anyway," bisiknya namun masih boleh didengari oleh Arfan.

"Dah lewat malam, tak baik minum kopi."

Airis memandang Arfan yang menghirup kopinya setelah menuturkan itu. "Awak minum kopi boleh pula?" balasnya.

Arfan memandang pada gadis itu. "Aku ada kerja malam, kena stay up. Kau buat apa je malam ni perlukan kopi?" soal Arfan pula.

"Study?"

"Tidur."

Airis senyum kecil bila mendengar perkataan sepatah itu. Dia membawa cawan putih itu dekat pada bibirnya dan dihirupnya perlahan air coklat yang panas itu. Arfan hanya memandang gadis itu, meneliti wajah polos itu.

"Thank you sebab tak buang sapu tangan saya," kata Airis sambil dia mengambil sapu tangannya di atas meja.

Arfan memandang sapu tangan yang sudah digenggam oleh Airis. "Aku dah cuci sapu tangan tu. Tapi kau boleh je cuci balik nanti," beritahu Arfan.

Airis memandangnya dan mengukir senyuman bila mendengar kata-kata jejaka itu. Dia tunduk memandang sapu tangannya itu dan makin erat digenggamnya.

"Aku tak pernah nampak kau pun dekat kafe ni?" soal Arfan sambil memusingkan cawan kopinya itu. Matanya masih tunak memandang Airis.

"Ah.. Saya sebenarnya first time juga datang sini. Kafe dalam kampus saya tiba-tiba pula tutup semalam. So, saya datang sinilah. Even mahal," cerita Airis. "Tapi, tahu-tahu pula kena beli dua cawan kopi pula," sambungnya.

"Aku tak suruh pun kau beli untuk aku."

"Memanglah. Tapi saya.."

"Lain kali, just keep your money. Don't waste your money on coffees," potong Arfan. "Kalau kau nak minum kopi, bagitau aku. Nanti aku beli."

Okay, what the fuck, Megat Arfan?!

~

Good morning semuanya !

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now