42 «whiskey»

39.1K 940 49
                                    

Arfan melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Farrel. Farrel yang bermain dengan jam tangannya mengangkat wajah saat mendengar pintu dibuka. Dia memandang Arfan yang melangkah masuk dan melabuhkan punggung di hadapannya.

Arfan bersandar pada kerusi dan wajahnya tenang sahaja. Matanya memandang tajam pada lelaki di hadapannya itu.

Farrel membalas pandangan Arfan. "Doktor nak apa jumpa saya?" soal Farrel malas. Kakinya disilangkan sambil bersandar pada kerusinya.

Arfan senyum. "Let me ask you instead. Kau tahu kenapa kau ada dekat sini?" soal Arfan biasa.

"Doktor yang panggil saya datang sini. How should I know?"

"Right." Arfan menyeluk poket bajunya, mengeluarkan pisau kecil dan tajam. Disentuhnya bilah pisau tersebut sambil matanya tidak lari dari wajah Farrel. "Didn't I tell you the first time we met that I'll kill you with my own hands kalau kau ikut Airis Dahlia lagi sekali? I thought that the words are already embedded in your brain?" Arfan jongket kening.

Senyuman sinis terukir di bibir Arfan saat melihat wajah pucat Farrel di hadapannya. Arfan bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah Farrel. Arfan meletakkan bilah pisau di tangannya pada bahu Farrel.

"Apa kau buat ni?"

Suara Farrel nyata bergetar di pendengaran Arfan. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Matanya memandang tangan Farrel yang terletak di atas meja. Tanpa kata, pisau di tangannya terus ditikam pada belakang tangan Farrel itu, membuatkan Farrel mengerang kesakitan.

Suara Farrel bergema kuat, mengerang kesakitan akibat tikaman Arfan pada belakang tangannya. Dia dapat melihat dengan jelas darah yang mengalir keluar dan laju. Arfan senyum sinis. Dia kembali mencabut pisaunya dan tanpa kata memusingkan kerusi Farrel agar lelaki itu menghadapnya.

"Sakit?" Arfan jongket kening.

Farrel memandangnya dengan mata yang garang.

Arfan mengerutkan keningnya. "I don't like that eyes, Farrel Zaquan," ujar Arfan malas. Pisau di tangannya kemudiannya ditikam pada paha Farrel, mengundang lagi jeritan kesakitan daripada Farrel. Arfan hanya menikam sedalam yang mungkin dan hanya meninggalkan hanya handle pisau yang kelihatan.

Arfan menghelakan nafasnya dan dia memandang wajah Farrel. Mata lelaki itu dipenuhi dengan air mata, menahan rasa sakit di tangan dan juga pahanya. "Now it's better," Arfan senyum sinis. Dia memandang tangannya yang dibaluti dengan darah sebelum badannya ditundukkan untuk menyamakan paras mata mereka. Tangannya diletakkan di kedua-dua arm rest kerusi yang diduduki oleh Farrel.

"Listen Farrel," Arfan menikam mata Farrel dengan tajam. Tangannya naik dan dengan perlahan mencengkam kuat leher Farrel. Dicekiknya kuat. "I will really kill you if you dare to come near, touch or even think about Airis after this."

Farrel memandang wajah Arfan dengan mata lemahnya. "L..let me go.."

Arfan senyum sebelum akhirnya melepaskan leher lelaki itu. Dia kemudiannya berdiri seperti biasa dan memalingkan badannya ke arah kabinet di sudut bilik tersebut. Sebotol Whiskey diambilnya dan dibukanya penutup. "You are lucky today since I'm in a good mood," ujar Arfan biasa. Dia menuangkan Whiskey itu di dalam gelas kaca sebelum dia kembali memusingkan badannya untuk memandang Farrel.

"Anyway, aku dengar kau suka minum alkohol, especially Whiskey. That's not a good example considering you are going to be a dietitian. Not to mention, you are the leader of Food for Cancer Patients." Arfan melangkah perlahan kembali ke Farrel yang masih duduk dan menahan kesakitan. Gelas di tangannya dipusingkan.

"Also.. aku dengar kau ajar Ain untuk minum benda ni sampai dia terlanjur dengan kau. You are such a.." Arfan mencurahkan air tersebut pada tangan dan juga paha Farrel yang ditikamnya sebentar tadi. "Bastard."

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now