35 «fire»

27.4K 927 35
                                    

Airis memandang jam dinding yang baru sahaja menunjukkan pukul 10 malam. Nafasnya dihelakan sebelum dia bangun dari kerusi. Tangannya mencapai hoodie yang terletak di atas birai katilnya dan terus disarungkan sebelum dia mencapai purse miliknya.

Airis melangkah keluar dari biliknya. Sebelum dia keluar, sempat Airis menjenguk ke bilik ibu dan ayahnya yang sudah gelap dan hanya diterangi dengan lampu meja. Dia dapat melihat dengan jelas Puan Rania dan Encik Hanif yang sudah lena. Senyuman terukir kecil di bibirnya sebelum dia kembali menutup pintu bilik.

Airis melangkah keluar dari rumah. Tangannya dimasukkan di dalam poket hoodienya sambil dia mengatur langkah, menyusuri jalan untuk ke kedai runcit. Kepalanya didongakkan, memandang langit yang dihiasi ribuan bintang dan bulan yang terang. Selalunya dia akan menyukai langit itu. Namun dia terasa kosong. Nafasnya dihelakan.

Sejak dia keluar dari kereta Arfan siang tadi, dia langsung tidak menelefon atau menghantar Whatsapp kepada Arfan. Begitu juga Arfan. Bibirnya diketap.

Airis, kau baru je berpisah dengan dia tak sampai satu hari tapi tengoklah keadaan kau.

Sejak sampai di rumah Puan Rania dan Encik Hanif tadi, Airis hanya duduk di bilik, menghadap skrin komputer ribanya, menyiapkan assignments dan laporan yang perlu dia selesaikan. Dan malam ini pula dia mula revising semua study materials. Itu ialah satu-satunya cara dia untuk membuang Arfan dari terus menghantui fikirannya.

"Terima kasih." Airis mengukir senyuman kecil sebaik sahaja cashier di kedai runcit tersebut menyerahkan beg plastik yang berisi makanan ringan yang dibelinya.

Airis kembali melangkah keluar. Kakinya mengatur langkah untuk balik ke rumah. Ketika itu juga dia dapat mendengar bunyi siren dari jauh. Airis berpaling. Langkahnya terhenti, memandang ke arah truck bomba yang laju melimpasinya diikuti dengan kenderaan polis dan juga ambulans.

Airis mengerutkan keningnya. Apa jadi?

"Leave your husband or your parents will be dead."

Kata-kata Megat Awatif kembali terngiang di fikirannya. Beg plastik di tangannya terjatuh. "No.. tak mungkin.."

Kaki Airis terus berlari laju. Matanya berkaca, menahan tangisan. Jantungnya berdegup laju.

"Leave your husband or your parents will be dead."

"No.." Airis makin laju.

"or your parents will be dead."

Kaki Airis tersepak batu bata membuatkannya terjatuh.

"your parents will be dead."

Airis menggelengkan kepalanya. Tanpa memikirkan rasa sakit daripada terjatuh, dia kembali bangkit. Kakinya kembali melangkah laju.

"will be dead."

Airis dapat melihat asap hitam di hadapannya. Bunyi siren bomba, ambulans dan polis. Bunyi orang ramai yang mengerumuni sebuah rumah yang dijilat api yang besar.

"dead."

Rumah yang sangat dia kenali. Airis mengheret kakinya untuk melalui kerumun orang ramai itu. "Ibu..ayah.." Airis menggelengkan kepalanya.

"dead."

Airis cuba melangkah namun dia dihalang oleh anggota polis yang menjaga kawasan tersebut.

"dead."

"Lepas!! Ibu!! Ayah!!" Airis meronta, cuba melepaslan diri dari terus dipegang oleh anggota polis tersebut.

"dead"

"dead"

Airis menggelengkan kepalanya. Telinganya ditutup, berharap agar suara Megat Awatif tidak akan menghantuinya lagi. Lututnya menjadi lemah dan badannya terjatuh namun lengannya masih dipegang kuat oleh anggota polis. "Ibu... Ayah.."

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now