37 «stalker»

27.6K 961 32
                                    

Seminggu kemudian..

"Kau tahu apa jadi dengan Farrel dan Ain?"

Airis menoleh pada Tasya yang berjalan di sebelahnya. "Kenapa dengan diaorang dua?" soalnya biasa. Mereka saling beriringan berjalan untuk ke perpustakaan.

"Ada orang tangkap diaorang berduaan dekat library. Tak tahu siapa, tapi gambar tu dah tersebar dah last week."

Airis mengerutkan dahinya. "Berduaan macam mana? Gambar apa?" soal Airis lagi, tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Tasya.

"Kejap." Tasya mengeluarkan telefonnya dan dihidupkan. Airis membuka pintu perpustakaan dan mereka melangkah masuk sambil Tasya masih mencari gambar yang disebarkan oleh mahasiswa yang lain.

"This one." Tasya menyerahkan telefonnya kepada Airis sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di sebuah meja yang agak jauh dari meja lain.

Airis menyambut huluran Tasya tersebut dan gambar Farrel dan Ain yang berpelukan dipandang. "Wow." Airis memandang Tasya.

"Terkejut, kan?" Tasya mengambil semula telefonnya.

"Habis tu diaorang macam mana sekarang?"

Tasya menghelakan nafasnya. "Kau ada tengok tak muka diaorang dua dalam kelas minggu ni? Takde kan? Obviously dah kena buang."

Airis menganggukkan kepalanya. "Poor them."

"I know right?"

"Hey Airis!"

Airis dan Tasya serentak mendongak, memandang Rifqi yang tiba-tiba berdiri di sebelah meja mereka. "Kau nak apa Rifqi? Suara kau tu tak boleh besar lagi ke?" soal Tasya geram.

Rifqi menjelingnya. Malas hendak menjawab Tasya, dia terus memandang pada Airis. "How are you?" soal Rifqi.

"As you can see, still alive," balas Airis biasa. iPad di dalam totebag miliknya dikeluarkan.

"I'm sorry about your parents."

Airis senyum kelat.

"Kalau kau perlukan sesiapa, kau boleh je call aku," beritahu Rifqi lagi sambil tersengih.

"Kau siapa dia nak call? Dia ada aku. Kau tak perlu sibuk," sampuk Tasya. Rifqi menjelingnya tajam.

"Aku tak cakap dengan kau."

"Like I care? Dah pergi keluar. Kacau je orang nak study," ujar Tasya, menyampah dengan lelaki itu.

Rifqi mengecilkan matanya. "Kau.."

"Rifqi, kitaorang nak study. Kau boleh pergi dah. Thank you sebab ambil berat pasal aku," Airis segera menyampuk sebelum Rifqi dan Tasya semakin teruk bertikam lidah.

"Nasib baik ada Airis. Kalau tak, siap kau."

"Werk!" Tasya menjelirkan lidahnya.

Airis menggelengkan kepalanya. "Jangan gaduh sangat Sya, jap lagi jatuh cinta kat dia," sakat Airis, mengundang jelingan tajam daripada Tasya.

"Ris, kalau masin mulut kau, aku sanggup mati daripada bercinta dengan playboy macam tu. Lepas tu aku jadi hantu kacau kau."

Airis tergelak kecil mendengar balasan Tasya itu. Getaran yang terhasil dari telefonnya menyentakkannya. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket jaket yang dipakai olehnya.

Airis menelan liur bila melihat satu mesej dari satu nombor yang dia tidak kenali. Wajahnya tiba-tiba menjadi pucat saat membaca setiap perkataan di permukaan skrin telefonnya itu.

Kau ingat kau dah bebas? Tidak, Airis Dahlia. I'll get back to you.

Siapa? Megat Awatif? Tapi setahu dia, Megat Awatif sudah berada di dalam pegangan tangan polis. Habis tu ... Airis menggelengkan kepalanya.

My Beautiful SunshineOnde histórias criam vida. Descubra agora