43 «graduate»

31.8K 955 24
                                    

Satu tahun kemudian...

Bahagian depan dewan dipenuhi dengan para pelajar dan keluarga mereka bagi meraikan hari konvokesyen universiti itu. Tersarung di setiap badan pelajar ialah jubah yang berwarna hitam. Senyuman tidak lekang dari bibir mereka.

Arfan tampil segak dengan suit yang berwarna hitam yang berjaya menarik mata-mata orang di sekelilingnya terutamanya gadis-gadis. Di tangannya terdapat sebuah flower bouquet. Arfan melangkah ke arah Airis yang sedang sibuk bergambar dan berbual dengan Tasya dan juga Tya.

"Sunshine."

Airis menoleh pada Arfan. Matanya membulat saat melihat suaminya itu. "Awak.."

Arfan senyum kecil sambil dia melangkah merapati Airis dan berhenti di hadapan isterinya itu. Matanya meneliti wajah Airis sebelum matanya bertembung dengan mata gadis itu.

"Awak cakap awak busy hari ni?" Airis kembali menyoal. Dia masih ingat lagi tika dia memberitahu Arfan tarikh hari graduation nya, Arfan menyatakan bahawa dia tidak dapat turut hadir kerana dia ada mempunyai kerja tika itu.

"But I can't miss my wife's graduation day, right?"

Airis senyum kecil.

Arfan menarik lembut tangan Airis sebelum kemudiannya memaut pinggang isterinya itu. Bibirnya mengucup lembut dahi Airis. "Congratulations Sunshine. I'm proud of you," bisik Arfan lembut. Bunga di tangannya diserahkan kepada Airis.

Airis senyum. "Thank you sayang," ucap Airis lembut sambil menyambut bunga itu dari Arfan.

"Ehem.." Tasya dan Tya saling berdehem bagi menarik perhatian pasangan di hadapan mereka itu.

Airis dan Arfan serentak memandang pada mereka berdua. Airis senyum sambil pipinya naik merah. Arfan hanya menunjukkan wajah biasanya, langsung tidak terkesan dengan kehadiran Tasya dan Tya.

"Untungla orang tu ada husband bagi bunga," sakat Tasya sambil menjongket-jongketkan keningnya.

"I know right? Kalau tahu macam ni punya best ada suami, dari year 1 lagi aku cari husband," giliran Tya mengusik, mengundang tawa dari Airis.

"Go and find your own husband after this," ujar Airis selepas ketawanya reda. Arfan senyum kecil melihat wajah ceria isterinya itu. Pinggang Airis makin erat dipautnya.

"I love you Sunshine," bisik Arfan.

Airis kembali memandang wajah Arfan saat mendengar bisikan itu. Senyuman terukir di bibirnya. "I love you too," bisiknya.

Arfan senyum dan lagi sekali, dahi gadis itu dikucupnya tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhatikan kerana tika itu, dunia seolah-olah milik mereka berdua.

~

"Slowly."

Tangan Arfan rapat pada belakang badan Airis, membimbing gadis itu untuk melangkah masuk ke rooptop apartment mereka. Airis yang memakai penutup mata atas arahan Arfan berpegang erat pada lengan Arfan.

Arfan membawa Airis merapati sebuah meja yang terletak di tengah-tengah rooftop tersebut. Meja tersebut dikelilingi lilin dan juga bunga. Di hadapan meja tersebut juga terdapat ballons yang membentuk perkataan 'Happy Graduation'.

"Ready?" soal Arfan perlahan.

Airis mengangguk. "Yes, I'm excited."

Arfan senyum kecil sebelum tangannya membuka perlahan ikatan kain yang membalut mata Airis itu. Airis membuka matanya sebaik sahaja penutup mata itu dibuka. Mulutnya terbuka kecil saat melihat pemandangan di hadapannya. Meja yang terhias cantik berlatar belakangkan pemandangan matahari yang terbenam. "Oh my God.."

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now