44 «possessive»

53.5K 1K 46
                                    

Arfan melangkah masuk ke dalam walk-in closet mereka, di mana Airis sedang bersiap. Airis yang menyedari kehadiran Arfan mengukir senyuman lebar. Dia memusingkan badannya untuk menghadap suaminya yang sudah lengkap dengan suit hitamnya.

Arfan turut mengukir senyuman. Tangannya memaut pinggang Airis. Gadis ini sangat cantik dengan mengenakan gaun panjang yang berwarna navy dan rambut panjangnya dibiarkan lepas. Arfan mengusap lembut pipi Airis. "You're so gorgeous."

Airis senyum. "Back to you."

Arfan mengucup ringkas bibir Airis. "Shall we?" Arfan menghulurkan tangannya dan disambut lembut oleh Airis.

"Let's go."

Mereka berbalas senyuman buat seketika sebelum masing-masing melangkah keluar dari walk-in closet tersebut. Malam ini merupakan majlis perlantikan Ayyara sebagai CEO Edspired secara rasmi. Sejak peristiwa Megat Awatif setahun yang lalu, seperti yang disangkakan, Edspired jatuh kepada situasi yang teruk dengan semua klien yang membatalkan kontrak dan perjanjian serta stock Edspired semua menurun dan hmapir semua shareholders hilang keyakinan.

Namun atas kerja keras Ayyara, gadis itu berjaya membina kembali Edspired dalam masa setahun. Dia berjaya menarik semula keyakinan dan kepercayaan shareholders Edspired.

Kereta yang dinaiki oleh Airis dan Arfan berhenti di hadapan bangunan Edspired. Arfan membuka pintu kereta. Suit yang dipakainya dikemaskan sebelum dia menghulurkan tangannya kepada Airis, membimbing gadis itu untuk keluar dari kereta.

Airis senyum sebelum menyambut huluran Arfan. Lengan Arfan dipeluknya sebelum mereka melangkah masuk ke dalam bangunan Edspired. Ini pertama kali Airis datang ke sini, maka wajahnya jelas teruja bila melihat bahagian bawah bangunan itu dihias.

Arfan turut meliarkan matanya. Bahagian lobby Edspired yang luas itu diubah suai menjadi tempat majlis berlansung. Mata Arfan tertumpu ke arah tangga yang menghubungkan tingkat satu bangunan Edspired. Ruang yang lebih luas dan mewah.

"Jom naik," ajak Arfan.

Airis hanya mengekori langkah Arfan sambil tangannya masih memeluk erat lengan Arfan. Mereka berdua terus melangkah ke arah meja di mana kelibat orang yang mereka kenali berada. Naufal dan Liyana dijemput kerana Naufal sekarang merupakan salah seorang shareholder di Edspired, begitu juga dengan Rayyan dan Hazrul yang datang dengan tunangnya, Qayra. Huzair pula tidak dapat menghadiri majlis itu kerana dia tidak berada di dalam negara tika ini.

Airis dan Arfan melabuhkan punggungnya mereka menyertai meja itu, yang menjadi tumpuan orang ramai kerana Arisha berada di situ. Si model yang terkenal saat ini. Seperti biasa, Arisha tampil cantik dan menawan dengan gaun berwarna soft pink. Rambutnya beralun cantik dan wajahnya yang disolek dihiasi lagi dengan senyuman manis.

"You're so pretty," bisik Airis pada adik iparnya itu.

Arisha memandangnya dan senyum. "Thank you. Kak Airis pun, cantik."

Airis senyum.

"Aariz, Inara dengan Lily siapa jaga dekat rumah?" soal Arfan biasa pada Naufal yang duduk di sebelahnya sambil tangannya mencapai gelas di hadapannya.

"Mummy jaga," balas Naufal. Naufal dan Liyana sekarang sudah mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Lily Zaria merupakan anak bongsu (for now) mereka yang baru sahaja berusia 7 bulan.

"Lily berapa bulan dah?" soal Hazrul.

"Seven," jawab Naufal ringkas.

"So.. yang nombor empat coming soon ke macam mana?" sakat Hazrul sambil menjongketkan keningnya, mengundang senyuman mengusik daripada semua yang ada di situ.

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now