4 «our hands»

28.3K 1K 58
                                    

"Kalau kau nak minum kopi, bagitau aku. Nanti aku belikan."

Airis terkebil-kebil memandang Arfan setelah dia menuturkan kata-kata itu. "S.. seriously?" Telinganya tiba-tiba pekak, mempersoalkan apa yang Arfan beritahu sebentar tadi.

Arfan berdehem sebelum mengangguk.

"Omg!" Airis menutup mulutnya. Matanya jelas bercahaya. "Awak janji ni?!" Jari kelingkingnya diangkat kepada Arfan. Arfan memandang jari runcing gadis itu.

"Kau ingat aku budak-budak ke?"

Airis menghelakan nafasnya. "Mana ada! Cepatlah janji!" desak Airis. Matanya tunak memandang pada Arfan.

"No," Arfan menggelengkan kepalanya, tanda tidak mahu.

Airis terus menarik tangan Arfan dan jari kelingking jejaka itu dikaitkan pada jarinya. Senyuman melebar di bibirnya bila melihat jari mereka bertaut. Arfan diam sejenak. Matanya memandang pada tangan Airis yang hangat mengenggam tangannya. Tangan gadis itu jelas nampak lagi kecil berbanding dengan tangannya yang kekar dan besar itu. Arfan mengetap bibir sebelum dia menarik tangannya dari terus dipegang oleh gadis itu.

Airis tersenyum manis. "Thank you, Doktor Arfan."

Arfan memandangnya. "Kenapa kau panggil aku doktor?"

"Awak memang doktor pun kan?"

"Tak perlu. Kau bukan patient aku pun."

"So.. Arfan?"

Arfan hanya mengangguk. Airis tersenyum lebar.

Arfan menilik jam tangannya. "Kau balik naik apa?" soal Arfan. Telefonnya dimasukkan ke dalam poket kot putihnya, bersedia hendak balik ke hospital.

"Jalan kaki."

Arfan kembali memandang Airis. "Seorang?"

"Obviously? Awak ada nampak orang lain ke dengan saya sekarang? Siapa?" soal Airis sambil kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan.

"Aku hantar."

"Hah?" Airis kembali memandang Arfan. Matanya terkebil-kebil memandang Arfan yang sudah berdiri. "Er.. saya boleh je balik seorang. Awak.."

"Airis Dahlia."

Terdiam Airis bila Arfan menyebut namanya.

"Jom. Aku kena balik hospital pukul sebelas nanti. Kau jangan jadi sebab aku lambat round ward nanti," ugut Arfan. Airis mencebikkan mulutnya.

"Masalahnya, aku tak suruh dia hantar pun kan?" bisik Airis sebelum bangun dari kerusi. Cawan yang masih terisi hot chocolate yang dibeli oleh Arfan tadi diambil. Langkah Arfan diekori keluar dari kafe tersebut.

"Which way?" soal Arfan, menoleh pada Airis.

Airis menunjukkan jalan di sebelah kanan. Bersama, mereka mengatur langkah, menyusuri laluan pejalan kaki. Masing-masing hanya diam sepanjang jalan itu, menikmati angin malam.

"Kau study apa?"

Airis memandang pada Arfan yang berjalan di sebelahnya. "Dietetik."

"Year?"

"Year three."

Dan mereka kembali diam. Airis mengetap bibir, mencari topik perbualan. "So, awak dah berapa lama kerja dekat hospital tu?" soal Airis pula.

"Four, almost five."

"Mesti penat kan?"

Arfan mengerling pada Airis. Tangannya menarik lengan Airis bila mereka tiba di crosswalk. Badan Airis kembali kebelakang. Dia memandang Arfan yang matanya pada jalan raya, memerhatikan kereta. Arfan memandangnya. Dahi gadis itu dijentik, membuatkan Airis mengaduh kesakitannya. "Mata tu tengok kereta, bukan tengok aku."

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now