16 «questions»

23.8K 1.1K 58
                                    

"Ada masa pula kau nak baca semua buku ni?" Arfan berdiri di sebelah Airis yang sedang memilik buku di rak buku. Tangannya mencapai kamera yang tergantung di lehernya dan tanpa kata, dia terus mengambil gambar Airis.

"Awak!" Airis menolak tangan Arfan daripada terus mengambil gambarnya. "Nanti kamera awak tu penuh dengan gambar tak cantik saya," rungut Airis.

"You are always so beautiful, Sunshine."

Airis mengerling sekilas pada Arfan. Sejak Arfan mengajaknya kahwin, makin banyak kata-kata dan pujian manis yang keluar dari jejaka itu, yang membuatkan hatinya tidak keruan.

"You are not answering my question, Sunshine," ujar Arfan sambil dia mengikut langkah Airis untuk ke rak yang seterusnya.

"What question?" Airis kembali memandang pada Arfan.

"Ada masa pula kau nak baca buku?" Arfan mengulang kembali soalannya tadi. Airis senyum.

"I always have time to read. Malas atau tak je," jawab Airis sambil dia mencapai sebuah buku di atas rak. Dia memandang pada Arfan. "What about you? Do you read?"

Arfan geleng. "No. Takde masa."

"So, awak buat apa kalau cuti?" soal Airis sambil meletakkan buku tadi di dalam bakul kecil yang dibawanya.

Arfan menyendeng pada rak yang besar itu. "Swimming," jawab Arfan sepatah.

Kening Airis terjongket. "No wonder you have a good body," kata Airis tanpa sedar, membuatkan Arfan menjongketkan keningnya.

"I beg your pardon?"

Airis mengetap bibir. "Nothing. Jom," Airis terus melangkah ke kaunter. Tangannya tidak henti-henti menampar mulutnya sendiri. Arfan hanya mengekori langkahnya dari belakang bersama senyuman.

~

"Tell me about you."

Arfan yang baru menyuap kek ke dalam mulutnya memandang Airis yang duduk bertentangan dengannya. "About me?"

Airis mengangguk. "About you. Something that I should know. I mean.. kita kan nak kahwin.." Suara Airis menjadi perlahan saat menuturkan perkataan terakhir itu. Kepalanya ditundukkan.

Arfan senyum kecil. "Ask me questions," pinta Arfan sambil dia bersandar pada kerusi.

"Ermm.." Airis berfikir sejenak sebelum dia mengeluarkan soalan pertama. "Your age?" soalnya biasa.

"29, turning 30 this year."

"Seriously?"

"What do you mean by seriously?" soal Arfan.

Airis sengih. "You are quite old," usik Airis.

"Excuse me?" Arfan terlepas gelak palsu. "I'm offended, you know?" sambungnya sebelum menghirup teh yang dipesan oleh Airis untuknya tadi.

Airis tergelak. "No worries, you are still hot anyway."

Arfan yang mendengar itu menjongketkan keningnya. "You are quite bold, Airis Dahlia. An hour ago you said I have a good body and a few seconds ago, you said that I am hot. What is that behavior, sunshine?" Senyuman sinis diukirnya.

Airis mengemam bibir. Pipinya terasa panas membahang akibat dirinya sendiri dan juga jejaka itu. Airis Dahlia, you really need to stop spitting out those nonsense even though it's true.

"Continue your question, sunshine," arah Arfan setelah puas melihat wajah merah gadis itu.

Airis berdehem bagi menghilangkan rasa gugupnya. "Ermm.. your friends? I mean, selain daripada Abang Naufal?"

"Ada lagi empat orang. Tiga orang lelaki, seorang perempuan. She is a doctor and working in the same hospital as me. Serra Dayana. Another three is Rayyan Ziqri, Shah Huzair and Hazrul Uwais. All of them are businessman."

"Your siblings?"

"Two sister." Arfan mengeluarkan telefonnya dan dibukanya. Gambarnya dengan adik-adiknya dicari sebelum telefonnya itu dihulurkan kepada Airis. "The right one is Puteri Ayyara. The left one is the youngest, Puteri Arisha."

Airis meneliti gambar itu. "They are so pretty," ujar Airis sebelum mengembalikan telefon Arfan kepadannya. "Your parents?" sambungnya.

Arfan diam sejenak. Cawan teh di atas meja dibawa ke bibir.

"Did I ask a wrong question?" soal Airis bila melihat reaksi jejaka itu. "Awak tak perlu jawab pun kalau awak tak nak."

Arfan menggelengkan kepalanya. "No, I can answer it," jawab Arfan. Mata yang tadinya pada Airis dialihkan ke luar kafe tersebut. "My father is a Malaysian and my mother is a Malaysian Australian. They get married and they get divorced when I was 15 years old. After that, my mother left us with our father and moved back to Australia. 2 years after that, when I was 17 years old, my mother died of cancer."

Airis mengetap bibir. Jari-jemarinya digenggam. Rasa bersalah kerana menyoal jejaka itu tentang keluarganya. "I'm sorry."

"No, it's okay." Arfan mengukir senyuman kecil. "Next question please Sunshine," sambungnya.

"Er..." Airis cuba memikirkan soalan yang tidak berkaitan dengan keluarga. "Erm.. your hobby?" soal Airis biasa.

"Kau nampak aku macam ada masa ke nak ada hobi?"

"Habis tu, swimming tu?" tanya Airis.

"Only once a while. Kalau aku ada cuti dan aku rajin, aku pergilah," jawab Arfan biasa.

"Awak swimming dekat mana selalunya? Public swimming pool?" soal Airis. "Mesti banyak orang tengok, kan?" soalnya lagi sambil mengacau air di hadapannya dengan straw.

Arfan mengerutkan keningnya bila mendengar nada gadis itu sebelum bibirnya mengorak senyuman sinis. "So, kau jealous sebab orang lain boleh tengok my hot body?" soalnya, menyakat.

"No!" Laju Airis menafikan.

Arfan tergelak.

Airis mengetap bibir. Namun, dia tidak dapat menahan senyuman bila mendengar tawa jejaka itu.

"Don't worry Sunshine. I have my own private swimming pool," ujar Arfan. "And..."

Airis mengangkat wajahnya untuk memandang jejaka itu bila Arfan tidak meneruskan kata-katanya. "And?"

"Tak perlu nak jealous dengan orang lain. Because you will be the first person to see me shirtless."

Wajah Airis terasa panas sebaik sahaja Arfan selesai menuturkan itu. Air di hadapan mata terus diteguk bagi meredakan rasa panas pada badannya.

Arfan tersenyum, suka kerana melihat wajah gadis itu yang merah. Literally a strawberry.

~

"Lepas kau habis dengan final exam, kemas barang kau."

Airis yang baru hendak sahaja menanggalkan seatbelt menoleh pada Arfan. "Hah? Kenapa pula?" soal Airis, hairan dengan permintaan Arfan.

"Tinggal dengan aku."

"Hah?"

"Aku tak nak kau tinggal dekat sini lagi lepas kita kahwin. You are my responsibility after this Sunshine," ujar Arfan. "You can't go anywhere without me."

Airis senyum kecil dan mengangguk. Beg plastik yang berisi buku-buku yang dibelinya tadi diambil. "Thank you sebab bayarkan buku-buku saya. And, thank you for today."

Arfan mengangguk. "You're welcome."

"Saya pergi dulu. Good night."

"Good night."

~

Sabar ya semua tunggu lovebirds ni kahwin hahahaha

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now