KS | 01

549 17 0
                                    

Di suasana yang sesak dipenuhi dengan manusia-manusia dalam lapangan terbang, terserlah seorang jejaka melangkah dengan berganyanya sekali dengan dia menyurung troli yang berisi bagasi- bagasinya.

Jejaka tu mempunyai badan yang tinggi dan agak tegap, tapi tak sampai ada muscle muscle tu ya. Biasa saja, tapi nampak menawan gitu.

Kaca mata hitam yang menutupi matanya tu dibukanya dan dimasukkan dalam poket seluarnya yang berwarna hitam yang dipakainya.

"Welcome home, Muhammad Harraz Dhaffa." Ucapnya pada diri sendiri dan tersenyum kecil. Setelah 4 tahun belajar di luar negara, akhirnya dia dapat pun pulang ke tanah air tercinta.

Memperkenalkan, dialah Muhammad  Harraz Dhaffa. Dipanggil, Harraz.

Dia melilaukan pandangannya. "Mana mama dan daddy ni?" Gumamnya.

Telefon bimbit berjenama iphone 13 nya dikeluarkan dari poket seluar dan mula mendail satu nombor.

Selepas beberapa kali berdering, diangkat juga panggilan tu.

"Mamaaaaa! Mana mama dan daddy ni?" Rengeknya dengan nada manja. Biarlah, mama sendiri.

"Alaaa alaaa cepatlaaa...kite dah rindu dengan koranglah.."

"Ouch, sampai hati cakap kite mengada! Takpe, I'm okay."

"Hello? Hello? " Harraz memandang skrin telefonnya. Dia melopong. Kena end call ya?!

Harraz mengeluh perlahan dengan dramatiknya dan berlalu keluar pintu masuk lapangan terbang tu. Dia pergi ke arah bangku berdekatan dan duduk sementara menunggu ibu bapanya mengambilnya.

Yang ditelefonnya tadi tu ibu bapanya. Diorang cakap 10 minit lagi sampai. Haih, tak salah dia dah terlebih awal dia bagitau yang dia nak sampai kira-kira dalam pukul 11.30 pagi. Ni dah 11.45 dan parents dia cakap lagi 10 minit nak sampai?

Takpe mama and daddy, takpe.

10 minit kemudian.

Benar, ada kelihatan kereta ayahnya berhenti kat tempat letak kereta yang hanya depan dia tu.

Lantas pintu kereta tu dibuka dari dalam dan keluar figura seorang wanita dalam awal 50-an. Beberapa saat tu, figura seorang lelaki yang mirip sangat dengan Harraz, tapi nampak lebih berumur, keluar juga dari kereta.

Muka Harraz terus ceria. Dia terus bangun dan melambaikan tangannya. "Mama! Daddy!" Jeritnya teruja dan berlari ke arah mereka berdua.

Itulah mama dan daddy dia!

Sampai je kat diorang dia lantas memeluk mamanya terlebih dahulu.

"Ya Allah, anak mama! Mama rindu kat Raz!" Ujar Wanita tu dengan nada yang teruja tapi ada bergetar juga.

"Raz pun rindu mama!" Kata Harraz dan memeluk mamanya lebih erat dan mencium pipi mamanya tu.

"Eekk? Rindu mama je? Daddy?" Tanya lelaki sebelahnya.

Harraz merungkaikan pelukan dan menoleh ke arah lelaki tu dengan sengihan. "Hai daddy! Raz rindu juga dengan daddy tau!" Ucapnya dan berlalih untuk memeluk lelaki yang bergelar daddy nya tu.

Daddy nya pun membalas pelukannya. "Wow wow, you've grown much taller ay? Dah tinggi dari daddy ni!" Katanya bila menyedari akan ketinggian anaknya tu. Tak jauh sangat pun, 1 cm je kut.

Mereka berdua merungkaikan pelukan. Kali ni mamanya menyentuh wajah anaknya tu. Terpaksa mendongak habis tau, anaknya ni tinggi sangat! Ikut daddy dia lah tu!

"Aww look at you! Muka Harraz memang sebijik macam Daddy dulu tau! Hensem! " Puji mamanya sambil meniliti wajah anak terunanya tu.

"Dah namanya anak Muhammad Danial Rayyan. Tentulah hensem. Tapi abang lagi hensem." Tukas daddy nya dengan bangganya.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now