KS | 28

358 13 0
                                    

Mereka pun sudah kembali dari london. Dan keadaan pun berterus seperti biasa.

2 minggu selepas mereka pulang tu, Haffaz dan Zahra sudah pun bertunang. Majlis kecil-kecil saja. Diorang berdua pun bercadang untuk bernikah dan bersanding dalam 3 bulan lagi.

Zahra sekarang tengah menunggu Haffaz untuk mengambilnya di rumahnya sebab mereka nak pergi jalan cari barang hantaran nikah mereka.

Sudah 2 minggu sejak mereka bertunang. Dia masih tak percaya yang dia sudah menjadi tunang orang, dan bakal isteri kepada crush nya.

Kedengaran bunyi hon di luar dan sudah tentulah itu Haffaz yang sudah sampai. Terus dia menyalam tangan kedua orang tuanya yang berada dalam ruang tamu bersamanya tadi tu sebelum dia keluar rumah.

"Assalamualaikum tunangku." Sapa Haffaz sesusai saja Zahra ataupun tunangnya memasuki keretanya.

Wajah Zahra terus lagi memanas bila Haffaz menyapanya dengan senyuman manisnya itu. Agh! Hati kite! Dia rasa beruntung sangat dapat tengok senyuman manis Haffaz yang jarang ditunjukkannya kepada orang.

Sejak mereka bertunang, sikap Haffaz kepadanya sedikit-sedikit mula berubah, tak sedingin sewaktu mereka mula berkenalan. Tapi sifat selamba dan annoying nya masih kekal. Lelaki itu juga sering memanggilnya dengan panggilan 'tunangku' dan 'sugar' sejak semenjak ini. Malu dan berdebar Zahra dibuatnya asal lelaki tu memanggilnya sebegitu.

"Waalaikumussalam." Jawab Zahra malu-malu sewaktu dia masuk kereta Haffaz dan menutup pintu keretanya.

"So, pergi mana ni?" Soal Haffaz selepas dia sudah menjalankan keretanya.

"Kita pergi Quartz Complex je lah." Balas Zahra.

Haffaz pun mengangguk dan menukar arah untuk pergi ke kedai bangunan itu.

"Awak, awak, awak!" Panggil Zahra dengan nada teruja. Dia baru ingat ada satu cerita yang ingin diceritakannya pada Haffaz.

"Hmm?" Haffaz menyahut sambil matanya masih melihat jalan. Kalau dia alihkan pandangannya, hah mereka juga dalam bahaya nanti.

"Awak!"

"Iyee.."

"Haffaz!"

Haffaz mengeluh perlahan. "Apa sugar? Cakap je lah. I can't take my eyes of the road, you know that right?" Katanya dengan nada malas, matanya sempat sekilas memandang wanita sebelahnya tu.

Zahra tersengih. "Tahu, saja nak usik awak."

Haffaz mendecit. "Ha, apa?"

"Ha macam ni..." Zahra pun mula membuka cerita.

Sepanjang dia bercerita itu, Haffaz hanya mengangguk-angguk dan sedikit sahaja membalas kata-kata tunangnya itu.

Memang selalu macam tu, Zahra memang banyak cakap dan Haffaz pula lebih selesa mendengar. Hanya sedikit sahaja dia membalasnya. Tapi Zahra tak kisah, dia dah faham akan sikap tunangnya yang memang seorang introvert yang pendiam tu. Nak kawin dengan seorang introvert ni kena faham-faham lah. Siapa suruh nak kawin dengan introvert ha gitu.

Lagipun temannya si Aralyn tu pun seorang introvert. Memang dia dah biasa lah dengan sikap-sikap jenis ini. Tapi Aralyn okay lagi, dia boleh lagi bercerita dengannya dan boleh masuk air dengannya. Haffaz? Heh, jangan harap! Memang jarang nak kongsikan cerita dengannya.

»

Mereka pun sampai dekat kedai bangunan tersebut dan mula mencari apa yang ingin dibeli oleh mereka.

Satu kedai pakaian abaya dimasuki oleh keduanya. Haffaz yang nak masukkan abaya itu sebagai hantarannyan kepada Zahra.

Terbeliak mata Zahra melihat harga-harga abaya itu. Mahal sangat! Cantik memang cantik, tapi kenapa mahal sangat huhu.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now