KS | 15

371 20 0
                                    

Zahra duduk termenung di sebuah cafe sambil bermain dengan straw minumannya. Dia memikirkan tentang Haffaz.

Sudah dua minggu berlalu tapi Haffaz tidak ada langsung menghantar text padanya.

Dia sedikit rasa terkilan tapi dia cuba fikir positif. Mungkin Haffaz masih sibuk.

Dia mengeluh sebelum bangun dari kerusinya, ingin keluar dari cafe itu.

Baru dia nak menolak pintu, ada yang membuka pintu dari luar. Zahra mendongak melihat gerangan itu.

Haffaz. Wah! Kuat betul jodoh mereka ya? Selalu saja terserempak.

Muka Zahra pada awal nampak gembira apabila terjumpa dengan lelaki itu tapi lepastu dia terus mengubah riak wajahnya. Dia merasa sedikit bitter pada Haffaz.

"Oh, Haffaz." Sapa Zahra singkat dan senyum palsu. Lalu dia pun melintasi Haffaz dan keluar dari cafe itu. Tak nak bercakap dengan lelaki itu!

Haffaz pula sedikit terkedu. Kenapa wanita itu berkelakuan lain? Kenapa dia tak membawa dirinya cakap lagi?

Dia tidak suka akan rasa dengan kelakuan Zahra itu. Dia juga sedar akan perubahan riak wanita itu.

Oleh itu dia terus mengejar langkah Zahra yang baru saja keluar dari cafe itu.

"Zahra!"

Zahra terus menghentikan langkahnya bila Haffaz memanggilnya sambil berlari kecil ke arahnya. Zahra mengerutkan dahinya. "Awak kenapa?"

Haffaz memandang tepat pada matanya dan itu semakin membuat jantung zahra berdegup laju.

"You're acting weird."

"Pelik apanya?"

"Kau macam mengelak aku."

Zahra tergelak kekok. "Ha ha sebab apa pula saya nak elak awak? Kita bukannya rapat."

Kata-kata Zahra tu sedikit membuat Harraz merasa sesuatu yang lain pada hatinya. Kenapa dia rasa seperti ada dicucuk?

Haffaz tiba-tiba teringatkan akan pesanannya pada Zahra melalui text itu. Dia memejamkan mata. Aish! Dia lupa akan hal itu! Dia terlalu sibuk 2 minggu ni. Sebab tu kah wanita itu berkelakuan begitu?

Dia memandang Zahra dengan wajah bersalah. "Is this because of what I said in the text?" Soalnya perlahan.

Zahra melalihkan pandangannya. Dia menunduk. Memang betul, tapi dia tak mengaku. Kalau Haffaz tak nak kenal dengan dia, Haffaz tak patut pun memberinya harapan.

Haffaz mengetap bibir. Sudah tentu pasal tu. Dia mengeluh. "Aku minta maaf. Aku sibuk sangat 2 minggu ni sampai aku tak ada masa sangat untuk pegang telefon aku. Aku betul-betul lupa. Aku tak sengaja." Terangnya panjang, rasa bersalah. Rasa bersalah kerana membuat wanita itu seperti sudah menaruh harapan.

Zahra menggeleng. Dia tiba-tiba merasa malu pula. Dia seharusnya faham yang Haffaz seorang yang sibuk. Kali ni dia senyum memandang lelaki itu. "It's okay. Saya faham. Saya sepatutnya faham yang awak sibuk."

Hati Haffaz merasa tenang kembali melihat senyuman Zahra tu. Terserlah lesung pipit pada pipi kanannya. Comel.

"Hujung minggu ni aku free. Do you still want go out with me?"

Zahra membulatkan mata sebelum tersenyum lebar. Dia mengangguk laju. "Nak nak!"

Sedar akan keterujaannya, Zahra menggaru kepala. Malu. Memang ketara sangat dia menyukainya.

Haffaz tergelak kecil. Comel betul perangai.

Mendengar gelakan Haffaz itu membuat Zahra ingin pengsan. Ini pertama kali dia mendengar lelaki dingin itu ketawa dan itu disebabkan olehnya!

Kekal SelamanyaKde žijí příběhy. Začni objevovat