KS | 20

407 15 0
                                    

"Assalamualaikum." Ucap Harraz seusai saja dia masuk ke apartment mereka. Sekarang dah pukul 8 malam, dia baru saja pulang.

"Waalaikumussalam!" Laung Aralyn dari dapur bila mendengar suaminya sudah pulang.

Aralyn yang di dapur tengah masak tu Harraz ditujui.

Menoleh Aralyn memandang wajah suaminya yang terus saja berdiri sebelahnya. Wajah Harraz nampak sangat keletihan.

"Kau masak apa?" Saja Harraz menyoal walaupun dia dah tengok apa yang dimasak isterinya.

"Ayam masak kari dan sayur cangkuk. Your favourite!" Jawab Aralyn dan tersenyum ke arahnya.

Senyuman Aralyn itu sedikit sebanyak menghilangkan sedikit rasa lelah dan gelisahnya. Harraz tersenyum kecil lalu menghadiah sebuah kucupun pada ubun-ubun wanita tu. "Thanks."

"Ya ya, pergilah mandi. Busyuk!" Kata Aralyn dan buat gaya menghalau lelaki tu. Malu dengan kelakuan Harraz terhadapnya. Rasa ada taman bunga pada hatinya.

Harraz mencebik kecil dan mengangguk saja. Lalu dia pun pergi untuk membersihkan diri.

Selepas saja dia selesai membersihkan diri dan solat, dia menuju ke meja makan di mana Aralyn sudah sedia menunggunya.

Kemudian mereka pun mula makan. Selalunya ada saja yang Harraz akan cakapkan sewaktu mereka makan, tapi kali ni membuatkan Aralyn pelik. Harraz senyap saja. Hanya fokus pada makanannya. Makan memang nampak berselera, normal. Dia memang suka akan masakan Aralyn. Lagi-lagi bila Aralyn masak makanan kegemarannya.

Aralyn berhenti makan seketika melihat wajah suaminya. Tapi Harraz memang tak perasan akan Aralyn yang melihatnya tu. Nampak sangat khusyuk makan, tapi buat Aralyn hairan.

"Harraz." Panggil Aralyn.

Barulah Harraz mengangkat kepalanya memandang wajah wanita depannya. "Hmm?"

"Kau...okay ke?" Soal Aralyn perlahan.

Emosi dari mata Harraz kelihatan berubah sebentar sebelum kembali seperti biasa. Seperti orang yang keletihan saja.

"Yea? Why wouldn't I be?" Soal Harraz balik.

"Tak, you're acting a little different." Ujar Aralyn lagi. Wajahnya kelihatan sedikit risau.

Harraz menggelengkan kepalanya dan membuat senyuman kecil. "Aku letih sangat je. I did a very long surgery today." Balas Harraz perlahan.

Memang nampak sangat dia letih, tapi, Aralyn dapat ada rasakan bukan sebab itu saja.

Namun begitu, Aralyn diamkan saja dan mengangguk.

Disebabkan sunyi tu, Aralyn lah yang membuka mulut untuk menceritakan harinya dan tentang guru-guru yang pernah mengumpatnya. Aralyn kadang saja bercerita dengannya waktu makan, bukan dia tak nak, tapi tu lah kadang sebagai seorang introvert, dia malas nak buka mulut sangat.

Lepas saja Zahra memberi tembakannya pada guru-guru yang mengumpatnya tu, memang diorang terus senyap, tak berkata buruk depannya lagi. Tak tahulah kalau senyap-senyap belakangnya pula.

Tapi beberapa hari yang lalu, mereka sendiri yang datang untuk meminta maaf kepadanya. Diorang merasa kesal. Jadi Aralyn maafkan saja. Buat apa nak berdendam nak marah lama-lama dengan orang. Kecuali jantan seorang tu lah. Itu memang tak layak dimaafkan!

Sepanjang Aralyn bercakap tu, Harraz mendengarnya saja dan hanya sedikit-sedikit saja membalas.

Kan! Memang ada yang terjadi kepada Harraz yang membuatkannya seperti ini! Tapi lelaki itu tak nak cerita. Aralyn juga turut sudah memahami lelaki tu. Nak tanya lagi, tapi Harraz seperti memang tak nak cerita dan tiada mood, jadi dia biarkan saja dahulu.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now