KS | 27

360 15 0
                                    

Hari ini hari terakhir mereka menetap di sini. Petang nanti mereka akan bertolak semula ke tanah air.

Pagi ini, mereka bercadang untuk menyempati untuk singgah pada satu taman bunga yang belum lagi pernah dikunjungi oleh Aralyn dan Zahra.

Sampai saja mereka dekat taman bunga tersebut, Huwainaa terus merampas kekasih kedua abang kembarnya dan membawa mereka bersiar-siar pada taman bunga tu. Mereka juga banyak menangkap gambar mereka sendiri dan juga pemandangan taman tu. Sangat cantik!

Harraz dan Haffaz pula hanya membontoti keduanya. Biarkan sahaja keduanya berjalan bersama Huwainaa.

Sempat jugalah Harraz memuncung bibirnya kepada isterinya tanda tidak setuju Aralyn jalan dengan Zahra dan Huwainaa. Nak juga berkepit lagi. Macam tak puas saja berkepit seminggu ni. Dah jadi macam honeymoon mereka yang tidak official.

"You seem to have fallen for her." Ujar Haffaz pada kembarnya yang memang merenung isterinya dari tadi tu walaupun dalam jarak yang sedikit jauh. Riak wajah dan mata lelaki tu juga nampak sangat dia menyayangi dan kasih akan wanita tu. Bibirnya juga mengukirkan senyuman kecil.

Harraz terus mengubah riaknya dengan riak kosong bila ditegur. Kantoi! "Apa kau merepek ni."

"Kau tak payah tipu dengan aku lah. Tak ada makna pun kau tipu aku." Kata Haffaz dengan nada malas. Tak guna kalau kembarnya ingin menipu. Dia memang sudah arif dengan kembarnya. Kembar yang memang bersamanya dari perut mama mereka lagi.

Harraz mengeluh. Pipinya mula memerah bila sekali lagi sedar akan perasaannya terhadap isterinya.

Memang, dia dah jatuh cinta dengan Nur Aralyn Irdina. Wanita yang suatu ketika dianggapnya sebagai sahabatnya, sekarang dah jadi isterinya.

"Then you don't have to point it out."

"Sebelum ni bukan main benci, sakit hati apa lah."

Harraz mendengus. "Diamlah. It's all in the past." 

"Aku dah mula suka dia bila lama-lama berkahwin dengannya. Aku sendiri tak sangka aku boleh jatuh cinta dekat Aralyn." Perlahan Harraz meluah.

3 bulan lebih mereka tinggal bersama, mustahil dia tidak terjatuh cinta dengan Aralyn. Dia sendiri tidak tahu saat bilakah dia mula menyukai dan mencintai wanita tu. Aralyn yang memang sudah lama dikenalinya.

Sifat Aralyn, senyumannya, tawanya, kelakuannya yang kadang tidak dijangka, itu membuat hatinya terpaut.

Bahkan sebelum ni, waktu mereka bersahabat saja sudah dia suka akan sifat wanita tu. Inikan pula bila dah kawin dan halal. Semakin kuatlah perasaannya.

Tak, dia tak pernah menyukai wanita tu selama mereka bersahabat.... kot.

Hahaa dia sendiri pun pernah sekali keliru dengan perasaannya kepada Aralyn sewaktu zaman remaja mereka.

Aralyn dulu seorang yang memang banyak peminat sebab dia mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan dia juga baik orangnya. Mustahil tidak ada seorang pun yang menyukainya.

Tapi disebabkan dia selalu bersama Harraz, tak ada yang berani mendekatinya kerana menyangka Harraz itu adalah kekasihnya. Sedangkan mereka hanya bersahabat.

Tapi sekarang? Eh. Dah jadi suami isteri.

Mungkin, ya mungkin, mungkin dia pernah sedikit lagi nak tersuka wanita tu, tapi dia cuba buang jauh-jauh rasa tu.

Mungkin kah itu juga sebab dia benar-benar terkilan bila Aralyn memutuskan persahabatan mereka?

Entahlah, dia sendiri pun keliru.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now