KS | 33

447 18 1
                                    

Hari ini Harraz balik pukul 7 malam. Awal sedikit dari selalunya.

Dia masuk ke dalam rumahnya dengan rasa semangat untuk berjumpa isterinya walaupun dirinya masih terasa sedikit mual dan lelah.

Sebenarnya Aralyn tak benarkan dia memandu disebabkan Harraz tu masih rasa tidak sihat, tapi Harraz tak nak dengar sebab dia masih mampu untuk memandu. Jadi isterinya itu pun hanya mengalah. Tapi ada lah juga sampai dia harus pujuk Aralyn sebab isterinya itu merajuk kerana dia tak mahu dengar katanya.

Bila tidak nampak figura isterinya, bilik tidur ditujuinya terus. Isterinya kelihatan sedang tidur atas katil masih bertelekung. Sudah tentu tertidur lepas solat maghrib.

Harraz juga baru menyedari, isterinya kerap tidur sejak semenjak ni.

Lepastu dia pergi membersihkan dirinya dulu untuk menunaikan solat maghrib, tidak lama lagi habis waktu.

Selesai saja Harraz solat maghrib, dia bangun untuk mengejutkan isterinya yang masih tidur tu. Nak dicubit pipi Aralyn tu, nanti terbatal wudhu dia, terpaksalah dia tahan dari menyentuh isterinya. Jadi dia hanya menepuk-nepuk peha Aralyn yang berlapik dengan kain telekung itu.

Dengan beberapa tepukan, Aralyn pun bangun dan terus duduk. Dia merenung sekejap wajah suaminya dengan mamai. Mencerna segala informasi akan sekelilingnya.

Aralyn tersenyum mamai. Oh! Suaminya sudah pulang!

Cepat Aralyn berdiri di atas katil tu dan terus memeluk erat leher Harraz.
Disebabkan dia berdiri atas katil dan Harraz pula hanya atas lantai, kedudukan itu membuat Aralyn lagi tinggi darinya. Pipinya pula digeselkan atas kepala Harraz yang bertopi haji. Tibe rasa nak manja dengan suami.

Harraz pula membatu. Dia memejam matanya dan mengeluh. "Ara. Batal wudhu aku." Kata Harraz datar.

Dia baru saja nak jaga wudhunya, alih-alih isterinya pergi peluk dia pula! Suka memang suka, tapi dia perlu ambil wudhu lagi!

Aralyn melepaskan pelukannya dan meletakkan kedua tangannya pada bahu Harraz. Dia tersenyum tak bersalah. "Oh ye ke? Sorry." Katanya meminta maaf tapi memang nampak dia hanya bergurau dengan maafnya itu.

Dengan selambanya lagi, Aralyn mengucup cepat dahi Harraz tu sebelum dia cepat-cepat turun dari katil. Telekungnya dicabut cepat dan bergegas masuk ke bilik mandi untuk mengambil wudhu semula.

Harraz sekali lagi membatu. Terkedu dengan tindakan isterinya tu. Pipinya itu pun sudah merah, jangan hairan. Yang hairan kalau pipinya tak berubah merah lagi.

Dia terduduk atas katil, lalu tak semana-mana dia menumbuk-numbuk tilam melepaskan rasa sukanya. Haih, isterinya ni nak buat dia angau ke?!

Memang dah angau dengan isteri pun. Setiap hari, angau kan isteri. Setiap hari isterinya tu dalam mindanya. Tak salah kan?

Lagi satu, Aralyn pun semakin hari sudah pandai membuat perilaku manis terhadapnya. Semakin sukalah Harraz ahaks.

»

Mereka berdua dekat dapur, Aralyn memasak dan Harraz pun menolongnya.

Tapi ini bukan dinamakan menolong, ini dinamakan mengacau!

Aralyn dipeluknya dari belakang, bila disuruh lepas, memang Harraz tidak mahu! Jadi dia hanya mampu sabar melayan karenah lelaki itu. Jangan sampai sudip panas ni dia kenakan pada tangan suaminya!

Harraz tiba-tiba memasukkan tangannya dalam baju Aralyn dan melekapkan tangannya pada perut wanita tu. Tangannya mula mengusap perlahan perut isterinya itu. Anak papa betul-betul ada dalam tu ker?

Diusapnya seluruh kawasan perut Aralyn itu untuk merasa ada bump itu atau tidak.

Memang ada terasa bump yang masih kecil. Kalau ditengok pun memang tidak akan perasan. Harraz yakin itu bukanlah hanya sekadar lemak perut isterinya.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now