KS | 25

438 23 0
                                    

Sudah 4 hari mereka berada di London. Mereka ada 3 hari lagi sebelum mereka pulang. Memang mereka bercadang seminggu di sini.

3 hari ni mereka meluangkan masa dengan saudara mara mereka. Fiuh, memang Aralyn tidak nafikan, kesemua saudara mereka yang lelaki memang kacak-kacak dan tinggi! Sempat juga dia cuci mata.

Memang Harraz sedikit lagi nak merajuk dengannya. Dia kata, 'aku lagi hensem dari diorang semua. tak payah tengok yang lain! Tengok aku je!' Nampak sangat lelaki tu cemburu, tapi Aralyn buat-buat tak faham dan biarkan.

Aralyn pun rasa hampa juga waktu tu. Susah tau nak jumpa orang hensem-hensem, tinggi-tinggi!

Mereka berdua baru sahaja pulang lepas Harraz membawanya bersiar pada satu taman tu. Nak dating berdua je gitu. Sudah lah dah malam dan sangat sejuk! Dah tahu isterinya ni tak tahan sejuk, masih juga nak bawanya berjalan di luar tu! Menggigil juga dia tadi.

Sekarang ni mereka berdua baru nak naik lif untuk pergi ke tingkat bilik mereka.

Sempat Aralyn menangkap gambar mereka berdua depan pantulan cermin dalam lif tu.

Aralyn mendekatkan badannya dengan Harraz, untuk tidak menampakkan mukanya pada gambar tu. Harraz pula membelakangi dari pantulan cermin itu dan mengucup dahi Aralyn.

 Harraz pula membelakangi dari pantulan cermin itu dan mengucup dahi Aralyn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Suka sangat eh kau kiss dahi aku." Ujar Aralyn lepas dia menjauhi dirinya dari lelaki itu.

"Entahlah, manis sangat dahi kau tu kot." Harraz memang gemar mengucupnya sejak semenjak ini. Bukan sahaja dahinya, kadang satu mukanya tu! Ya, bibir juga termasuk. Tapi dahi itu lah tempat kegemarannya untuk dikucup. Nak selalu dekat bibir, nanti kena sepak pula dia. Aralyn selalu melarikan wajahnya kalau dia ingin mengucup bibirnya.

Aralyn mencebik. Nasib kau suami. Nasib diri dapat suami yang sangat clingy dan touchy. Aralyn pun layankan je. Nanti merajuk lelaki tu.

Lepas lif terbuka, mereka pun keluar dari lif tu dan berlalu masuk ke bilik mereka.

Yang lain juga sudah masuk dalam bilik sebab mereka dah balik awal sebelum diorang berdua.

"Aku mandi dulu eh. Lepas ni aku nak ke bilik Faz dan Sif." Kata Harraz dan terus masuk dalam bilik mandi.

Lepas dia selesai mandi, dia pun keluar dari bilik mandi tu dan memakai bajunya.

Aralyn pula masuk dalam bilik mandi lepas saja Harraz keluar dari bilik mereka tu.

Selesai dia mandi, dia hanya keluar dengan bathrobe dan rambutnya  dililit dengan tuala dikepalanya. Selalunya dia memang terus saja pakai pakaiannya dalam bilik mandi, tapi memandangkan Harraz keluar dari bilik, dia berani lah keluar macam tu. Lagipun Harraz beritahu tadi mungkin dia lama sikit lepak dekat bilik diorang. Entah apa diorang buat.

Aralyn duduk depan cermin dan mula memakai skincare pada mukanya. Nak kulit cantik, kena juga ya. Lepas itu lagi, dia mengeringkan rambutnya yang masih basah dengan pengering rambut.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now