KS | 36

419 17 0
                                    

Pejam celik pejam celik, kini tiba hari di mana Haffaz dan Zahra akan disatukan!

"Weh, aku nervous lah! Aku rasa nak muntah!" Ujar Zahra gusar kepada Aralyn.

Sekarang Zahra dan Aralyn berada di dalam bilik Zahra, menunggu ketibaan pengantin lelaki. Mereka bercadang untuk membuat majlis nikah di rumah Zahra.

Aralyn sahaja yang terlebih dahulu datang ke rumah Zahra untuk menemaninya, memandangkan dia tu kawan baiknya. Zahra memang ada kawan lain, tapi yang paling dia rapat adalah Aralyn. Harraz hanya mengizinkannya saja, tadi itu pun dia sendiri yang menghantar Aralyn ke sini sebab dia tak benarkan Aralyn untuk memandu lagi sejak mengandung.

"Hah, itulah perasaan aku waktu nikah dulu." Kata Aralyn dan menjongketkan bahunya. Rasa nervous tu buat kita rasa nak muntah tau!

"Aku takutlah!"

"Apa yang nak ditakutkan?"

"Eh kau ni macam tak tahu pula."

"Oh, kau takut malam pertama kau ke?"

"Hey! Bukan tu lah!"

"Kalau bukan tu, pasal apa?"

"Entahlah, takutlah. You know, tanggungjawab and all. Scary." Jawab Zahra perlahan, jelas dia gelisah.

Aralyn mencapai tangan Zahra dan digenggamnya. Dia mengusap lembut tangan kawannya itu untuk menyalurkan ketenangan. "It's not that bad, just go with the flow. Insha Allah, semuanya akan baik-baik saja. Look at me, aku nampak semakin bahagia tak?"

Laju Zahra mengangguk. Memang lepas Aralyn mengahwini Harraz, wajahnya nampak sangat berseri dan memang nampak gembira. Zahra juga turut rasa gembira dengan kebahagiaan Aralyn.

"I hope you live a happy life with your crush, now husband to be, Zahra." Ucap Aralyn dengan rasa sebak dan terharu. Satu-satu kawan baik wanitanya sudah nak kawin!

"Eh kau jangan buat aku sebak hoi! Rosak makeup aku! Nanti ibu dan ayah aku pula buat nangis, kau jangan jadi orang pertama buat aku nangis eh!" Balas Zahra menahan air matanya dari jatuh. Dia tak nak menangis tapi dia kenal dirinya, dia juga seorang yang sangat beremosi! Apatah lagi bila dengan ibu dan ayahnya!

"Kite baru cakap sikit je wak." Aralyn mencebik dan menarik Zahra untuk memeluknya.

"For real, I just want you to be happy, the happiness of my love ones are my happiness too." Kata Aralyn lembut.

Zahra tersenyum, air matanya kekal ditahan. Selagi dapat ditahan selagi tu kita tahan! Dia membalas pelukan Aralyn. "Same goes to me. I'm glad you're happier now."

Kedua mereka melepaskan pelukan dan tergelak bila sedar mata masing-masing bergenang dengan air mata tapi tak mahu ditumpahkan.

"Tak boleh nangis!" Serentak mereka berkata.

Tidak lama tu ibu Zahra, puan Zainab masuk biliknya.

"Anak ibu, pengantin lelaki dah sampai tu." Beritahu Puan Zainab pada anaknya dengan senyuman. Kelihatan air mata juga sudah bergenang pada mata ibunya.

"Ibu, ibu jangan nangis dulu, lepas akad baru boleh nangis."

"Eh suka hati dia arahkan ibu bila boleh nangis."

Zahra mencebik.

Lalu mereka bertiga pun keluar dari bilik Zahra dan memasuki ruang tamu di mana lafaz akad akan diadakan.

Kelihatan Haffaz sudah duduk bersila dan di belakangnya ada tuan Danial, Harraz dan Hasif . Ayah Zahra, tuan Zaid pula di sebalah tok kadi yang juga sudah di depan Haffaz.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now