KS | 12

371 19 0
                                    

Aralyn duduk termenung atas katil dalam bilik Harraz. Dia bosan, tak tahu nak buat apa. Dia ada 2 hari lagi sebelum mula bekerja semula.

Harraz pula sudah pergi kerja dari tadi pagi. Sekarang pun dah petang dalam pukul 3. Dari pagi sampai tengah hari dia hanya berseorangan dalam rumah memandangkan semua orang rumah ini bekerja dan belajar. Lepas tengah hari itu barulah ada puan Humaira dan Huwainaa pulang. Kalau dia dekat rumah ibu dan ayahnya, memang dia tak berseorangan sebab ibunya tak bekerja, hanya ayahnya saja bekerja.

Oleh itu Aralyn pun keluar dari bilik untuk turun ke tingkat bawah. Mungkin kedua mama mertua dan adik iparnya ada di ruang tamu. Dia juga ada membawa tudung sarungnya kot kot lah Haffaz atau Hasif tiba-tiba balik.

Bila Huwainaa melihat kakak iparnya, dia terus melambainya dengan ceria. "Hai kak! Jom duduk sini!" Dia menepuk tempat di antaranya dan puan Humaira.

Aralyn membalas lambaian Huwainaa itu dan duduk di antara kedua mereka.

Lepastu kedua puan Humaira dan Huwainaa kembali melihat televisyen. Tu haa drama terbaharu lakonan Lee Dong Wook, pelakon korea selatan tu.

Aralyn merasa masih sedikit kekok dengan mereka berdua.

Tapi dia merasa dia patut cakapkan hal ini kepada puan Humaira.

"Hmm, mama..." Panggil Aralyn perlahan.

"Ya, Ara?" Puan Humaira menoleh kepadanya.

Aralyn mengetap bibir. "Ara... nak minta maaf, sebab dah libatkan Harraz dalam perkahwinan ni, dan sebab, buat Harraz sakit hati dengan Ara dulu..." Walaupun Harraz sudah kata yang dia tidak kisah lagi, rasa bersalah itu belum hilang.

Puan Humaira dan Huwainaa berpandangan. Aralyn yang duduk ditengah mereka tu, dicapai kedua tangannya. Tangan kanannya dicapai oleh puan Humaira dan kiri, Huwainaa.

"It's okay, Ara, lagipun itu pilihan dia sendiri. Mama tak kisah. Dia dah besar, walaupun sikap masih kebudakan, pandailah dia nak menguruskan hidup dia. Dan tentang hal tu, dah cerita lama kan...lagipun, mama bukan orang yang Ara patut minta maaf." Ujar puan Humaira lembut pada menantunya.

Mata Aralyn mula berair. Sebak. Masih penuh dengan rasa bersalah. "Walau sebanyak mana pun Ara minta maaf, rasa bersalah ni tak akan pernah hilang." Air matanya gugur.

"Kak, it's really okay. Everything's going to be fine. Apa yang akak perlu lakukan sekarang ni hanyalah focus for your future. Both of your future. Forget about the past, and just look at the front." Nasihat Huwainaa.

Puan Humaira memandang Huwainaa. "Ewah, pandai betul anak mama berkata-kata sekarang eeh!" Usiknya dengan sedikit musykil.

Huwainaa pula tersenyum sumbing dan melibaskan rambutnya.

Aralyn yang sudah mengalirkan beberapa butir air mata tu pun dah tergelak kecil akan sifat kedua anak beranak tu.

"Thank you..." Ucap Aralyn pada keduanya.

Huwainaa memeluk kakak iparnya tu dari tepi. "Anytime kak! Kalau nak minta advice atau cerita tentang bang Raz tu just datang kepada Wainaa! Wainaa sentiasa sudi menolong!"

Aralyn tergelak kecil lagi. "Terima kasih Wainaa."

"Hehe, seronoklah ada kakak ipar sekarang! Ada geng baru! Kan mama?" Kata Huwainaa.

Puan Humaira mengangguk dengan senyuman manisnya.

»

Aralyn bangun dari sejadah dan ingin melipat telekungnya selepas dia selesai solat maghrib. Dia sudah habis uzur hari ini dan baru tadi mandi wajib.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now