KS | 24

360 15 0
                                    

"Kenapa awak kata camtu tadi depan semua orang!" Ujar Zahra geram kepada Haffaz yang tenang berdiri sebelahnya itu.

"Apa? Tak betul ke? Kau yang nak kawin dengan aku kan nanti? Bukan ke kalau kita dah kawin kita dapat berpelukan?" Selamba lagi saja Haffaz membalas kata wanita itu dengan soalan-soalan yang membuat lidah Zahra terkelu.

Terkulat-kulat Zahra melihat lelaki itu. Zahra tujukan kata-katanya tadi itu tentang apa yang dikatakan Haffaz sebelum mereka menaiki bas untuk pergi ke restoran tadi. Dia tak dapat nak bangkitkan hal tadi tu sewaktu dalam bas atau di restoran memandangkan keluarga lelaki itu masih sekelilingnya.

Sekarang ni mereka semua sudah berpecah, dua dekat kedai ni, 4 orang lagi dekat kedai sana, pasangan lagi satu tu pula dia tak tahu pergi mana.

Haffaz yang menariknya untuk masuk satu kedai ni. Kedai coklet sebenarnya. Rupanya lelaki itu memang gemar akan coklet dan makanan manis. Tak sangka Zahra lelaki berwatakan macam Haffaz tu suka akan benda-benda manis. Comel juga Haffaz ni. Sekarang ni dia pun tengah melihat koleksi coklet yang dipamirkan. Dia nak beli.

"T-tapi tak payahlah kata depan s-semua orang! M-malu saya tau!" Akhirnya Zahra menjawab dengan tergagap.

"Mulut aku, suka hati aku."

Heee dia hempuk juga nanti kepala lelaki ni. Selamba betul! Zahra mendengus geram. "Ish ye lah. Awak je menang semua. Apa lah saya nak berdebat dengan peguam macam awak." Omelnya tidak puas hati.

Haffaz tergelak halus. Terhibur meliat riak wajah cemberut wanita tu. Comel sungguh! "Tak payah nak masam sangat muka tu."

"Muka aku, suka hati aku!" Sengaja Zahra meniru apa yang dibalas Haffaz kepadanya tadi dengan nada datar.

Kali ni Haffaz betul-betul tergelak. Geli hatinya bila Zahra menggunakan aku-kau dengan dia.

Mereka berdua sudah berkenalan hampir dua bulan, dan Haffaz memang sudah dapat menangkap sikap-sikap Zahra. Orangnya memang lembut, ceria, tapi kadang boleh jadi kasar bila ada yang membuatnya marah dan tidak suka.

Tipulah kalau dia tak jatuh suka dengan wanita itu. Zahra memang menunjukkan sikapnya yang sebenar dengannya. Dia suka akan personaliti wanita itu yang memang berlawanan dengan personaliti dirinya.

"Garangnya dia." Kata Haffaz dengan senyuman melihat wanita tu.

Zahra pun sudah tercair lagi bila melihat senyuman Haffaz itu. Lelaki itu kan jarang senyum, sudah tentu kalau lelaki itu senyum, ha cair lah dia. Hensem aums!

Sebenarnya Zahra tak sangka yang Haffaz sendiri mengajaknya untuk bercuti dengan keluarganya. Awal-awal Zahra tolak, sebab dia malu nak jumpa keluarganya walaupun pernah sudah dia berjumpa dengan mereka. Haffaz memang ada sudah membawanya mungkin dalam tiga kali berjumpa dengan daddy dan mama dia. Tapi dia masihlah agak malu untuk berjumpa dengan keduanya.

Zahra menahan senyuman. "Dah awak ni selamba teruk, malas saya!"

"Dah ini sikap aku. Kalau kau nak kawin dengan aku, kau kena tahanlah." Sejurus Haffaz mengatakan tu, dia memasukkan satu coklet ke dalam mulutnya untuk dirasa. Kirainya ternaik, menandakan dia kesedapan dan suka akan coklet tu.

"Tak nak kawin lah camni." Zahra sudah memuncung. Nak merajuk lah gini. Lelaki ini memang selalu bangkitkan yang Zahra sendiri mahu kawin dengannya.

Memang betul Zahra sendiri yang cakap dia nak 'kawan sampai kawin' tu tapi tak payahlah bangkitkan setiap masa! Nampak macam dia sendiri yang terhegeh-hegeh. Macam dia sendiri saja yang suka akan lelaki itu.

Terus kirai Haffaz bertemu, dahinya berkerut. "Mana boleh macam tu. Kau yang nak kawin dengan aku awal-awal. Kau mana boleh tarik balik."

"Awak ni betul ke nak kawin dengan saya? Nampak macam saya seorang je yang nak!" Suara Zahra mula mengendur. Riak wajahnya juga kelihatan suram. Dia juga tak mahu memandang wajah lelaki tu.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now