KS | 31

418 17 0
                                    

Hari itu, Harraz balik lewat sangat, sampai limpas tengah malam. Dia ada melakukan pembedahan yang mengejut tadi.

Risau dan rasa bersalah dia meninggalkan isterinya seorang diri sampai selewat ini. Dia juga rindu akan isterinya, seharian tidak tengok wajah wanita itu. Dia pun sudah memberitahu Aralyn tadi yang dia balik lewat betul hari ini. Nasiblah isterinya bukan penakut sangat.

Memang dia tiada masa sangat di rumah ini, balik je rumah, dia hanya mampu meluangkan masa sekejap dengan isterinya lepas itu terus tidur kerana keletihan. Lepastu waktu pagi, dia harus pergi kerja lagi sebelum pukul 7.30 pagi, begitu juga dengan Aralyn.

Nasib esok dia ada cuti, akhirnya! Dan esok pun hari ahad, jadi Aralyn pun tak bekerja.

Masuk saja ke bilik tidur mereka, terserlah pemandangan yang baginya sentiasa nampak comel, isterinya tidur dengan memeluk teddy bear nya. Harraz senyum kecil.

Lepas membersihkan diri, Harraz pun naik atas katil dan baring. Patung yang berada dalam pelukan isterinya itu ditariknya perlahan untuk keluar dari pelukan Aralyn lalu dicampaknya saja ke lantai. Biar dia yang ambil alih menjadi teddy bear isterinya!

Lepas saja Harraz mencampak patung tu, memang berkerut terus dahi Aralyn, seperti hilang keselesaannya untuk tidur.

Seperti tahu-tahu saja suaminya sudah pulang, dia mengesot badannya pada tubuh suaminya lalu dipeluknya. Mukanya pun terus dibenamkan pada dada lelaki itu.

Harraz pun tertawa kecil. Alahai, comel dan lucu betul isterinya ini. Macam tahu-tahu saja dia dah ada sebelahnya.

Sempat atas kepala Aralyn dikucupnya sebelum dia pun tertidur. Letih!

»

Pada pagi esoknya, Harraz pergi bersenam dan workout pada pagi itu. Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti itu kerana terlampau sibuk. Risau dia nanti 6 ketul 'roti' pada perut dia tu menghilang!

Dia sudah ajak Aralyn tadi tapi wanita itu tidak mahu. Aralyn bukanlah seorang yang suka bersukan! Setiap kali Harraz ajak pun memang dia akan menola. Dia juga lebih suka berada dalam rumah. Malas dia nak keluar rumah lagi.

Jadi Aralyn pun meluangkan masanya dengan membaca novel sahaja sambil baring atas sofa di ruang tamu.

Dia sudah di situ lepas saja bersarapan dengan Harraz tadi. Harraz pun keluar lepas mereka bersarapan. Sekarang pun sudah dalam pukul 10 pagi, entah berapa lama lagi suaminya itu mahu pulang.

Khusyuk sangat dia membaca buku itu sampai Harraz yang sudah pulang dan menutup pintu rumah itu tidak disedarinya.

"Hoi!" Sergah Harraz terus pada Aralyn dan itu membuat bahu Aralyn tu terhinjut. Sedikit lagi buku ditangannya itu dilempar pada wajah suaminya.

"Eh kau ni Raz! Janganlah kejutkan aku!" Ujar Aralyn geram. Suaminya ini sehari memang tak sah ada membuatnya geram.

Harraz menjulurkan lidahnya. "Kau tu lah tak sedar aku balik!"

Aralyn terus menjelingnya.

Harraz ingin menghampiri Aralyn dan membuat gaya ingin memeluknya tapi cepat Aralyn menaikkan satu kakinya untuk menahan Harraz dari menghampirinya.

"Tak boleh dekat! Pergi mandi dulu! Kau tu lepas berpeluh!" Ucap Aralyn dengan riak jengkel.

Semakin rasa jengkel Aralyn bila suaminya itu mula menghentak-hentak kakinya gaya budak-budak marah. "Dah keringlah peluh aku! Aku nak peluk kau je!" Rungut Harraz.

Aralyn menjulingkan matanya. Suami siapa mengada ni? Ada yang mahu kutip?

"Lepas mandilah peluk aku." Balas Aralyn malas.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now