KS | 09

396 20 0
                                    

Beberapa minit kemudian, Harraz pun masuk ke dapur dan Aralyn pula baru saja meletakkan hidangannya atas meja makan.

Harraz pun duduk depan meja makan itu lalu Aralyn pun turut duduk berdepanan dengannya.

"Nasi goreng cornbeef?" Soal Harraz padanya bila melihat hidangan Aralyn.

"Yup." Aralyn mengautkan nasi goreng tu ke pinggan dan dihulurkan kepada Harraz.

"Thanks." Ucap Harraz ringkas. Dia pun mula menjamah nasi goreng itu.

Harraz tersenyum kecil. "It still taste the same, Lyn. Sedap." Ujarnya pada Aralyn. Aralyn dari zaman remaja mereka memang pandai memasak dan baginya sangat sedap. Aralyn dulu memang gemar membekalkan dia makanan yang dimasaknya sendiri dan antaranya adalah nasi goreng cornbeef itu.

Pujian dari Harraz itu membuat Aralyn senang hati dan dia senyum lebar padanya. "Lepas ni aku boleh masak selalu untuk kau lah."

Harraz mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman senget. "Betul ke?"

Aralyn mengangguk laju. Dia rasa semangat! Mungkin dengan cara ini juga dia dapat tebus kesalahannya dulu pada Harraz.

Terletus ketawa kecil dari Harraz. "Kalau kau dah kata macam tu, aku tak boleh tolak."

Aralyn pula membalas dengan sengihan.

"Ibu dan ayah mana?" Soal Harraz pula bila dia tidak nampak kedua gerangan ibu dan ayah mertuanya.

"Diorang makan kat luar. Ada kawan mereka yang ajak."

"Oh." Kalau dia tahu puan Aisyah dan tuan Irfan keluar, baik dia sambung tidur tadi.

Tak tak, dia main-main saja.

»

Setelah kedua mereka selesai makan, baru saja Aralyn ingin bangun untuk mengangkat pinggan untuk mencucinya, Harraz menghalangnya.

"Takpe, biar aku je cuci semua ni. Kau dah masak." Jelas Harraz.

"Eeh tapi-"

"Aralyn, takpe."

Melihat Harraz yang tiada tanda mahu mengalah itu membuat dia mengangguk saja.

Sedikit sebanyak sikap Harraz itu sudah mengusik hatinya. Harraz sememangnya orang yang sangat baik dan gentleman walaupun dia juga seorang yang suka menyakat.

Harraz mengangkat pinggan, cawan dan sudu yang mereka telah gunakan dan membawanya kepada sinki lalu mencucinya.

Aralyn pula memasukkan makanan lebihan itu di bawah dulang. Dia melihat belakang Harraz yang sedang mencuci pinggan tu.

Memang sesiapa yang dapat Harraz sangat beruntung. Sangat idaman para wanita di luar sana.

Eh, dia lah wanita beruntung itu kan?

Dia sudah rasa bersyukur, mengahwini Harraz daripada Fahim itu.

Kalau dibandingkan kedua mereka, Harraz lebih jauh sempurna berbanding dengan Fahim. Entah apa yang dia tengok pada Fahim itu dulu.

Kalau bab rupa, kalau difikirkan balik, biasa-biasa saja wajah Fahim itu. Dari segi personaliti, usah dibincang. Baru dia sedar Fahim itu red flag.

Sewaktu mereka bercinta, Fahim sentiasa cuba untuk berpegangan tangan, memeluk bahunya, menyentuh pipinya dan di mana Aralyn sering kali melarangnya. Fahim seorang yang tidak berapa kisah dengan batas. Dia juga seorang yang mudah marah apabila cemburu. Dia memang tidak suka bila Aralyn dekat dengan mana-mana lelaki. Fahim akan terus memarahinya.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now